Category Archives: Review & Nice Places

Raudhah di Pagi yang Sejuk

Esoknya……

macam biasa pukul 3.30 semua dah siap. Senang semua bangun tidur. I macam biasalah kalau sejuk sejuk macam ni, hidung dok berdarah je. Ada kawan yang duduk Qatar cakap.. Try minum Laban. Dia macam minuman yogurt tapi dia punya pekat perghhh bukan setakat menyejukkan badan, tapi melancarkan proses pencernaan  Hahaha sedap. Ada perisa mango, ada perisa strawberi ada takde perisa. Tu belum lagi pekena jus mangga. Memang real jus lah

ok…meh citer bangun pagi. bangun pagi kat sini senang sangat. Cuma yang paling susah nak bangunalah Afriena lah. Tapi kalau kejut bangun gak. Dia tu kan, pantang lepa tidur jela. Sambil berjalan pun boleh tidur.jadi pagi tu pergi ke masjid ngan MIL and cik we ye…. Kiterang tunjuk pintu terdekat untuk ke Raudah. pintu 25. Nanti masuk pintu tu jalan lurus je. Kalau kat dalam masjid tu insya allah tak sesat sebab, setiap pintu ada nombor, setiap blok parking ada nombor. Masuk pintu 25, cari port nak solat subuh. Sampai situ buatlah apa yang patut ya. Dah habis subuh, cakap kat mak mertua, I balik dulu lah nanti masuk Raudhah sendiri sebab Afriena lapar . Jadi lepas subuh, singgah kedai beli yogurt, balik hotel makan dulu pastu dalam 7.30 setelah selesai uruskan anak-anak baru ke sana.

I masuk pintu sama, tapi ikut group orang arab. Kali ni takde plak mak guard suruh masuk group Melayu, mungkin sbb berpakaian serba hitam kot. Jadi bila masuk group arab ni, lajulah sikit langkah dia. Alhamdulillah rezeki dan aturan Allah. Dalam group arab ada juga orang Malaysia menyelit, dan ada juga indonseian 2-3 orang. Adalah boleh buat teman. Bila dah beratur, bukan beratur sebenarnya bertolak berasak, tapi semangat dia macam nak pergi perang.Rasanya kalau berperang macam ni lari musUh. Dalam dok berasak ada sorang perempuan tengah dok meraung-raung panggil ya Rasulullah. Dah berapa kali Mak guard pesan jangan buat macam tu. Tak di layan nya. Biarlah dia….. Yang kelakar bila berasak, mak guard cakap…

Hajah, hajah, sobar sobar….

pastu tolak lagi…ya hajah hajah sobar…Innallah ma’assobirin

lailahaillallah… Pastu bersahutan…muhammaddarasululah…

nak tergelak dengan perangai orang arab ni. Heee memang terjal dorang…degil pun ye kalau kena orang tua memang takleh lah berasak. Macam kita muda belia boleh lah nak berasak. Dari 7.45….8.15 I dah sampai lagi sepuluh langkah nak masuk Raudhah. Fuhhhh… Boleh nampak dah tiang…karpet hijau tak nampaklah sbb penuh umat. Takpe sabar, Bila lepas je dapat masuk terus berlari kedepan…dapat pijak karpet hijau…ohhh sebaknya…I terus lagi ke depan, dapatlah bahagian tengah. Dapat je port baik solat lah kat situ. Solat tahiyatul masjid.  Hajat di hati nak ke depan tapi tak kesampaian. Takpelah… dah dapat masuk ke sini pun dah Alhamdulillah.

Apa yang saya perhatikan, masuk dalam Raudhah, you angkat je takbir, secara automatik, jemaah wanita dalam tu buat pagar. Tujuan nya adalah untuk melindungi kita dari di tolak di asak. Insya Allah boleh solat dengan tenang. Itu semua kuasa Allah. Dan bila dah habis salam je..khuruj khuruj lah..suruh keluar. Dalam perjalanan nak keluar tu, ada orang angkat takbir, secara automatik, kita (saya lah) tangan dipegang dan bagai disuruh untuk buat pagar kecil untuk jaga orang tengah solat. Masya’ Allah..sesuatu yang tak pernah terlintas untuk difikirkan, macam mana jemaah yang berjalan tak tengok kiri kanan,tiba-tiba tangan berpegangan buat pagar. Habis solat dengan sendiri pagar “roboh”. Kuasa Allah

Dalam Raudhah, Bahagian Lelaki

So habis kat Raudhah, saya terus balik bilik je lah. Ingatkan MIL dah habis…belum rupanya. Kesian dia tak breakafast sbb I tengok ada lagi mihun goreng atas meja bilik kiterang. Dia cakap dia dapat masuk pukul 10. Ye lah…dia masuk laluan orang Malaysia. Takpe better that way.

Dah balik…petang tu lepas asar , giliran Kheirul plak. Orang laki senang je. Dia pergi ngan Ashraff.  So dorang lepak sana sampai Maghrib. Kiterang jumpa sana masa Maghrib, solat kat luar sebelah-belah saf rasanya. Lepas solat, kiterang keliling masjid pergi makam lagi, sebab malam tu kira malam last kat Madinah. Sedih rasa hati, Rindu plak …teringat dengan keramahan jemaah, Kesibukan penjual. Best duduk Madinah. Cakap kat Ashraff nanti, nak hantar dia belajar kat sini. Dia diam je. Takpe banyak masa lagi. Dia pun ada cita-cita dia sendiri. Biar dia pilih.

Mencari Ar-Raudhah

Salah satu kawasan dalam Masjid Nabawi iaitu di ruang yang terdapat di antara ruang kediaman Siti Aisyah (sekarang kawasan yang berkurung) dengan mimbar Rasulullah s.a.w

Kalau dah sampai ke Madinah, inilah peluang yang ingin direbuti. Tapi ingat, kena jaga adab. Hari Sabtu tu dah suarakan kat Kheirul, nak ke makam Rasul, nak ke Raudhah. Jadi  sabtu tu kiterang jalan- jalan keliling masjid. pergi  makam Rasul. perempuan kat luar je lah . kat kubah hijau tu. Takpe kat luar pun dah rasa special. Perasaan yang sungguh berlainan. Sampai di situ, buat apa yang patut, sampaikan salam dari yang meminta untuk disampaikan. Hanya Allah yang tahu perasaan masa tu, ada perasaan yang macam tak percaya, perasaan sebak, perasaan gembira…entahlah clueless

nampak kubah hijau tu.

Oleh kerana kami ni new comer….no no first timer, Allah permudahkan urusan kami dalam mencari jalan ke Raudhah. misi malam tu cuma untuk mencari cara untuk masuk ke sana. actually boleh je nak tanya MIL tapi biarlah dia dgn Cik We Ye. hehehe bila ingat Cikgu We Ye (Cikgu Wan Yam) mesti nak senyum. Cepat menggelabah, tapi dia baik hati. Walaupun dia macam dah tak larat, tapi rezeki masing masing kan. Kuat jugak dia berjalan dengan bertongkat, kadang – kadang sampai lupa tongkat dia. pastu I suka sakat dia…

Cik Ye… Tongkat ni dah taknak pakai ke? Sampai I guna tongkat dia buat jalan jalan… Tergelak orang tua tu tgk perangai menantu kawan dia kot. suka-suka je guna tongkat dia jalan terhencot-hencot.

dia pun jawab… Nak…ya Allah cik Ye lupa tongkat plak.

I miss this place so much

ok lah berbalik citer Raudhah, sedang kami mencari pintu masuk, tiba- tiba seorang lelaki datang bertanya Kheirul. kheirul pun cakap lah, kami cari pintu yang senang untuk masuk ke Raudah bagi kaum hawa. Yang laki dah tau. Pintu masuk orang laki pun sama…punyalah ramai. Hamba Allah tu cakap, takpe pak biar saya bawakan. Maka kami berjalan dari pintu masuk kaum adam, kira keliling masjlis jugak untuk ke pintu 25. Baik jugak mamat ni. Orang yang kami temui ini bukan calang- calang orang rupanya. Dah lama dia di sini, asalnya dari Indonesia tapi dah 22 tahun di Madinah. Kerja dia ialah tukang bentang sejadah imam masjid. Selain dari tu dia masih lagi belajar kalau tak silap. Punya lah jauh nak berjalan, tapi baiknya hati dia tunjukkan kami jalan.  Syukran ya Allah. Bila sampai… Dia suruh masuk tengok dulu. Saya memang masuk dengan Afriena Memang ramai orang.

Raudhah entry is only open every after fardu prayer. So masuk sekejap tengok macam mana aturan nya. Memang akan di bahagikan. Kepada kumpulan tertentu. Nusantara (bahasa melayu) satu group, india/pakistan satu group, arab satu group dan byk lagi la….

baru dapat masuk dalam tu, kena tunggu lagi. tapi I fikir, mungkin baik kalau dalam esok lepas subuh kot. Kesian Afriena ni dia ngantuk, so I keluar lah dulu…. Cakap kat Kheirul, kita balik dulu. raudhah.. i akan pergi sorang tanpa Afriena sebab I nak join group arab je.

kita sambung esok.

Maggi Kari Ketam – D’Syaz PCB

k0

Ini adalah maggi termahal yang pernah kami makan. Hahahaha… Sebab ada ketam dalam tu. Ini semua member Kheirul punya pasal lah ni, ajak kita orang makan maggi, adoiii punya lah sedap maggi ni. Sebelum ni orang dok berserita, maggi ketam kat PCB , cubalah sedap, bla bla bla. Selalu kalau balik Kelantan jarang dapat peluang makan kat luar sebab kami lebih suka mengada-ngada ngan ibu masing-masing nak makan itu ini. Mak masak lagi sedap tau. hahahaha

k1

Tengok ni, amacam mengagumkan? menarik? menyelerakan? Satu bekas ada 4 ekor cukuplah untuk share 5 adult, 4 kids. Rayyan tak makan dia dah sampai London. Actually dia ada yang semangkuk dengan sekor ketam, tapi sebab makan ramai-ramai, baik order yang ni. Kalau yang semangkuk tu rasanya dalam RM25 kot. Tapi rasanya harga ikut berat ketamlah…

k2

Tengoklah besar mana? Afriena memula kata tak nak makan…dia memang maggi kurang sikit..nak nak perasa kari. Tapi dia makan banyak malam tu. Hahahaha tak pernah-pernah akan maggi kat kedai, merasa jugak kat sini.

K3

Rasa dia? let me think…. S.E.D.A.P. Ketam yang segar dengan rasa manis bercampur dengan rasa maggi kari yang sedap. Memang perfect rasa dia.Ketam dia besar-besar, gemuk, isi padat. Bila kopek isi ketam lepas tu letak dalam sudu , campur dengan maggi dan kuah kari dia pedas sikit…pehhhh gua tak perduli sapa kat belakang. Jangan kacau. ngeh ngeh ngeh. Sapa yang pi Kelantan memang kena cuba ni.

k4

Kalau ke PCB, sebelum masuk ke tepi Pantai akan jumpa ini kedai. dia dok tepi jalan je. Tengok apa hasilnya setelah di makan oleh beberapa orang??? manyak syiookkk ohhh.