Category Archives: Review & Nice Places

Kingfisher Campsite

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua…

Last Friday, my sister ajak my family to visit her friends campsite which was newly renovated with new facilities. At first, I raser cam malas jer nak pergi sebab ada urusan lain tapi bila my sister cakap ada sungai, boleh mancing, ada camp site.. peerggg teringin gaks la nak jenguk kat sana…

So, around 9:30am this morning (Sabtu) kitaorang pon bersiap and terus pi that place… Tempat tu takde la jauh sangat pon dari KL… just aroung 20 minutes driving…. locationnye pon takde la susah sangat nak cari.. just ikut jer jalan pi Pekan Bt 14 Hulu Langat tu.. mesti jumpa punye…

OK… that place called “KINGFISHER CAMPSITE“….tempatnya cantik, sunyi, tenang, seakan-akan berada jauh dari KL….

Sampai-sampai aja.. kita orang disambut oleh tuan milik campsite tu which were my sister punye best friend…. Kak Aiza and dia punye hubby.. Abg AR..dia cakap AR tu = Alfa Romeo…

Jom kita pi usha kawasan campsite tu… ok… first of all… kawasan dia memang cantik gilos…. bersih abis… sesuai sangat kalu nak buat tempat melepaskan tension… dan tempat ni juga menyediakan macam-macam aktiviti dari camping, memancing, jungle tracking, motivation bla bla bla.. dah tak terlarat dah nak tulis.. nak tahu lebih lanjut lagi boleh terus tanya tokey dia…. senang citer…

Kalu masuk dari depan kita nampak tasik dan satu floating chalet… kat tengah-tengah tasik tu ada bangsal yang klasik abis beb… atap rumbia lagi tu.. mana nak cari atap cam gitu kat KL ni….. kat sebelah belakang plak ada sungai.. peerrrhhh air sungai tu sejuk abis… siap ada ampangan mini lagi… water level sungai tu boleh control beb… nak dalam ker or nak kasik cetek… betull kitaorang tak tipu punye.. hehe.. kalu nak tahu camne diorang control water level sungai tu.. datang ler….

Jom kita jenguk bilik chalet dan juga dorm-dorm yang tersedia kat Kingfisher Campsite ni… chalet-chalet dan dorm yang ada semuanya tip-top condition.. masa kitaorang sampai tu… semuanya serba baru.. siap bau cat lagi…

Gambor kat atas ni semua bagi the one and only floating chalet yang ada kat sini… biliknya kemas… siap ada dua katil double deck + satu single…. cuma yang floating ni takde toilet.. kene guna toilet awam kat luor.. hehehe..

Tandas kat tempat ni memang puas hati.. bersih abis… Tip: kalau nak tahu satu tempat tu bersih ker tak.. tengok tandasnya.. kalau tandas bersih.. tempat lain mesti bersih gaks… betul beb…

Selain drp tu… facilities lain yang ada macam dewan, surau, BBQ, dan obstacle courses… jom tengok gambor skit…

tu dia dewan open air … dan yang sebelah kanan tu plak open air surau… oh ya.. lupa plak nak cakap.. setiap chalet or dorm.. memang dibekalkan ngan sejadah…. so takde alasan ler kalau tak bersolat tu….

Sapa yang kaki pancing pon boleh memancing kat tasik tu… tengok tu… macam-macam ikan ado.. tapi yang paling banyak adalah ikan talapia… mengikut cakap kak Ija… ikan talapia yang ada kat situ dah bercucu-cicit lebih daripada 7 keturunan dah…. psstt… sedap tu kalu dibakor…

Hah ni dia kawasan untuk obstacle courses dan gaks jungle tracking.. sesuai sangat ler kalu nak buat latihan bina semangat….. kalu bebudak U yang tak kuat semangat tu.. boleh la datang sini.. gerenti semangat jadi kuat punye…

Ni ada skit gambor.. happy faces semasa kat sana tadi….

Lastly, kalu korang nak pergi kat Kingfisher Campsite ni boleh lah lawat http://www.freewebs.com/travelkl dan jenguklah sendiri facilities yang ada kat sana…

Package yang ditawarkan kat situ berpatutan… kalu tak silap RM70 aja untuk sehari + 6 kali makan…. jap ulang balik.. 6 kali makan tu beb..

Selain drp tu.. kalu sapa-sapa yang nak buat wedding pon.. boleh buat kat situ.. heheh… kalu nak photoG tu.. calling-calling kitaorang kat sini yer..

alamak.. lupa plak nak letak map dia.. ok.. ni map dia… kalau tak tahu.. heheh pepandai ler cari sendiri.. muahahahhahaha

Makan-makan di Seri Muara Alai

Seperti yang dijanjikan, food review kat Seri Muara Alai………….

Udang masak butter- ni pesen kat sana kot, very light taste tapi the freshness of the shrimp memang syiok.Udang tu memang manis rasa dia..besar-besar plak tuh…

ni plak mussell aka kupang. Ni kupang masak cili, sedap. kupang tu rasa manis giler..beza dengan kupang yg ada kat KL. actually kalau you nak beli yang fresh ada jual kat tepi jalan nearby Pantai Puteri.

ni must try…Scallop goreng kunyit. Ashraff boleh makan dalam 15 ketul. Carefull kalau nak makan sbb shell dia tajam. so kena pakai sudu. rasa dia tersangat la manis.. superb la.

Ikan siakap bakar – ikan ni dia bakar kosong je…but since ikan ni really fresh… rasa dia mmg manis pekena la cicah ngan sambal kicap

kangkung goreng belacan- rasa dia biasa je maybe sbb dah enjoy dengan seafood kan..

Ketam sweet sour – sweet sour sauce dia tak berapa umphh tapi sbb ketam ni fresh.. halalkan je… ketam ni fresh giler…

Nasi lemak dia mmg akan di sajikan… but if you like to have normal rice blh request. nasi lemak dia best…sempoi

and finally, jangan lupa order otak-otak dia… sedap. the best otak-otak I ever eat .

selain makanan kat atas… we all jugak dihidangkan dengan Coconut Jelly.

Total we spent kat sana was RM135 inc drinks. So any of you yang nak makan seafood, bolehlah pergi sana. try la S.E.D.A.P

Dan secara ringkasnya… inilah carta SawaScore dari kami:

Kheirul added:

For those yang nak tahu location Medan Ikan Bakar Alai Melaka tu.. ni dia map dia.. terima kasih kepada En. Google… pssstt.. walaupon aku tak suka En.Google.. tapi still pakai dia punye service.. muakakakkaka <- gelak sakan…

Sesapa nak pi or booking : 012-2725310 (Lemax)

Bala Chalet Cameron Highland

HI you all… ni saja nak share Chalet yang kiterang duduk masa pergi Cameron Highland last April…. mana tau kot kot you all plan nak pi sana…

The chalet not bad sbb very stylish with colonial style. 4 of us pergi sana for 2 nights. Room rate was RM600 for 2 nights sbb kiterang amik Family suite. Tak boleh…. budak dah besar tak boleh share bilik.So It has 1 Queen bed and 2 singles bed. no aircond (tak payah sbb sejuk giler). FYI, toilet dia bersih ok.some more toilet dgn shower separate.

ni lah signboard dia

Our chalet

scenery depan chalet

dalam bilik

tempat parking

kat belakang chalet…

pastu kat depan chalet kiterang tu ada taman bunga… sorry no pic.Insya Allah kalau pergi lagi sekali, kiterang amik gambar banyak-banyak

So sesapa yang berminat boleh la check out website dia…http://www.balaschalet.com. Nothing much to enjoy kat Cameron Highland tapi kalau nak release tension mmg sesuai…