Category Archives: Review & Nice Places

Welcome to Phuket

We were in Phuket….but not Phuket, Thailand, It’s Phuket seafood restaurant

This is Restoran Phuket kat Tanjung Lumpur… memang tak sah kalau pergi Kuantan tak makan seafood.

tengok le seafood dia….

Apalagi… kita pilih itu seafood

seafood yang begitu segar….

Tengoklah kawasan restoran yang begitu luas…

sesuai untuk kanak-kanak yang hyper yang tak reti duduk diam…siap ada playground lagi tuh

Apple juice and Lime juice – untuk hilangkan loya , 5 bintang

Hasil tangkapan – udang masak sweet sour , esp for kids. Udang ni rasanye overcook sikit… maybe dorang goreng lama sangat… tapi kuah dia sedap juagk cukup dengan rasa masin, manis and masam and tak pedas ,3 bintang

telur dadar – compusory for us.Telur ni biasa jer but very oily la for me

Ikan Aji-Aji Bakar – sedap ikan bakar nih. Ikan bakar bersambal ni sedap, kesegaran dan kemanisan ikan ada lagi. Isi dia lembut and sambal ngam -ngam tak pedas sangat. I kasi 5 bintang. Memang sedap sekali… mesti cuba “MUST TRY”

Chili crab, first time order ketam harimau not bad rasa dia, but as a pecinta makanan laut, I was a bit upset sbb sedikit overcook on my crab but crab manis cuma sikit keras sbb deep fry (they should steam the crab). BTW kuah dia sedap sbb sikit pedas, 2 bintang

Kailan ikan masin… tidak menghampakan sbb cukup segalanya, masin, and the freshness of the vegie – 5 bintang

The side dish is the timun and sambal belacan yang sangat pedas

and nasi yang tak baper luak sbb byk mkn lauk jer

tgk muka I dua beranak yang suka mkn seafood … NOT BAD

Secara ringkasnya, inilah markah SawaScore dari kami:

Ikan Bakar Bellamy

Posting lewat kali ni.. ni citer pasal makan kat Medan Ikan Bakar Bellamy hari Khamis lepas sebelom I ngan Yatie pi LHDN untuk buat E-Filing…..

Malas nak citer pasal E-Filing tu.. pasal I kene membayour lagi kat gomen…. raser-rasernye dah banyak potongan tetiap bulan tapi masih tak cukop lagi… kira punye kira… dekat RM2K kurang lagi.. mana nak cekau duit ni nak membayour cukai ni….. Yatie plak terkurang dalam seratus lebih… kene potong skit duit shopping dia bulan nih…

Lupakan pasal cukai tu…. ok ni nak citer skit pasal makan kat Bellamy tu… tentu korang dah biasakan makan ikan bakar kat Bellamy tu kan.. Medan Ikan Bakar kat belakang Istana Negara tu… ala yang femous sampai keluar kat TV tu….

Kali ni kitaorang pergi sajer jer jenguk pasal dah bertahun tak pergi sana.. so pergi tengok banyak pembaharuan… tandas awam yang cukop bersih dah tersedia dan banyak menu baru dah ada.. antaranya adalah.. Kerang Bakar Berempah …. tengok ler gambor kat bawah ni.. hehehehhehehehehehehhehehe….. jangan marah tyer

Selain drp tu, kitaorang order ikan TURBO(terebuk) bakar sorang satu…..

Dan tak lupa… nasik dengan lauk-lauk sampingan..

Raser ikan bakar kat sini special… walaupon nama aja ikan bakar sebenarnya ikan tu tak ler dibakar atas api directly… cuma dibakar atas kuali…. tapi yang pasti.. sedap!!!…. rasernye memang tak berubah walaupon dah lebih 15 tahun kitaorang dah try ikan bakar kat situ.

Kenapa ikan bakar kat sini sedap???? sudah semestinya air asam pencicahnya…. memang sedap kalau dikombinasikan dengan kicap + cili potong.. eeemmmmm… raser cam nak pi lagi

Dan akhir sekali SawaScore dari kami

Run Forest Run..

Ada tak sesapa yang pernah tengok citer Forest Gump?? I dah tengok 2 kali kot… citer ni ada sedaih and ada membakar semangat…but this entry bukan nak citer pasal Forest gump tapi pasal makan. Last 2 weekend, we went to Ikano and had lunch kat Bubba Gump.Sampai sana, kiterang amik port paling best and the waiter kasi bebudak crayon. tapi part paling best Afriena sebab dia mintak 6 crayon.

Siap cakap ” Uncle, I want 6 crayons”

so dapatlah, since Afriena berlagak cun je kan….janji aman kiterang makan

Apa yang di order???

4 gelas air kosong…..rasa air kosong ni menyegarkan…..

BBQ spare rib – dia punya spare rib lagi sedap daripada Tony Romas… dah lah besar. 4 orang makan baru habis ni. ni rasanye lembu baka 10,000 BC kot

Udang – udang – kalau kat Bubba gump tak sah kalau tak order udang. tapi ni bukan udang yang Forest gump tangkap kot. Dalam ni ada udang goreng dengan kelapa (resepi turun temurun dorang nih), cold shrimp, udang goreng bertepung…

Ha ni paling best, baked rice and seafood. sedap lemak berkrim memang hancuss diet. Nasi ni dia bake dengan segala cheese, ada cheddar cheese, Jack Cheese and etc… We all share separuh and lagi separuh ashraff makan. Afriena makan coleslow. Setiap meal ada chips. and chips dia sedap gak…..

Apa yang best makan kat sini,

  • potion besar so kalau you all nak order, kena la share unless you all boleh abiskan.
  • waiter dia memang bagus, panggil je datang….layan budak pandai tak setengah tempat asal nampak kiterang pakai selekeh mulalah ingat org miskin tak mampu nak makan kat situ
  • suasana yang best sbb ada tv , tak bising….