Category Archives: Review & Nice Places

Kak Long Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum,

Lama sungguh rasernya tak buat food review, and last week we all satu family balik Kuantan kejap atas beberapa urusan so we decided to makan seafood. Pusing punya pusing, redah punya redah… kitaorang singgah kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai, Kampung Tanjung Lumpur. We all never had ikan bakar petai sebelum ni.. so nak cuma la camne rasernya… <- namer ajer orang Kuantan.. tapi ikan bakor petai pon belum pernoh cuber (commented by TokNiLa)

Location Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur tu sememangnya senang aja nak pergi. Dari Bandar Kuantan, just naik jambatan Tg Lumpur tu, selepas abis aja jambatan ada junction ke kiri.. ambil junction tu then terus menuju ke arah Masjid Kg Tg Lumpur.. sebelum sampai masjid… deretan kedai dan restoran ikan bakar disebelah kiri jalan.. so pilih lah mana yang suka…

Sampai-sampai aja kami disambut oleh pekerja dan tokei kedai… hah apa lagi pilih-pilih aja apa lauk yang suka….

Kalau makan seafood… tak sah kalau tak amik sotong.. yang ni sotong giant ni memang cukup segar.. seperti biasalah.. sotong goreng tepung satu pinggan ler nampak gayanya…

Kalau makan seafood kat pantai timur.. ikan-ikannya sememangnya super segar… takde tolok banding kesegarannya… we all ambil ikan pari.. nak test tengok camne rasenya kalau dibakar petai…

Ikan dibalut ngan daun pisang dan dibakar dengan bara arang.. peeerrhhhh… tak tahu camne nak cakap nih…  ni baru betul ikan bakar…Moh kita tengok apa lauk yang we all order tempoh hari….

Lala Sweet N Sour

Ni dia… lala sweet n sour.. masakan Kak Long berbeza daripada restoran or kedai seafood yang pernah kami raser sebelum nih.. rasanya cukup istimewa, lain dari yang lain dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Rasanya yang cukup segalanya dengan lala yang cukup segar ditambah pula dengan raser manis-manis nenas tu memang membuka selera kepada sesiapa sahaja. Kami bagi 5 bintang untuk Lala Sweet N Sour ini.

Sotong Goreng Tepung dengan sos istimewa

Sotong goreng tepung memang kelas… sotongnya segar tak ingat punye..  memang super segar… satu tips untuk kenalpasti sotong besar itu segar dan berkualiti adalah.. apabila masak, sotong tu tak keras macam plastik… sotong kat kedai Kak Long nih memang superb.. sotong bersaiz super besar tetapi bila dimasak.. lembut aja isi dia.. lepas tu plak tak keras langsung walaupun dah sejuk… Lagi satu… kalau makan sotong goreng tepung nih jangan lupa cicah ngan sos istimewa tuh.. terrrraaannnggggkat beb…. kami bagi 5 bintang juga untuk sotong goreng tepung nih…. <- dengor citer sotong sampai tapau.. banyok ker?? (commented by TokNila) : Reply by Kheirul : camne nok perhabis tok.. 2 orang jer makan, sorang nak terberak.. sorang lagi dok merenggek…. kacau daun betul mak bapak dia nak menikmati makan yang sedap hari tu

Pari Bakar Petai

Hah ni dia hidangan utama yang dinanti-nantikan.. Ikan Pari Bakar Petai.. Tak sangka… seekor ikan pari yang sedang-sedang besar nih.. abis gaks dibelasah oleh 2 orang jer… dalam melayan kerenah bebudak tu… akhirnya tinggal tulang aja ikan pari nih.. Cara masakan dan rasa memang sedap.. nak nak raser petai tu memang membuat sesiapa sahaja akan terbuka selera makan dia. Rasa pedas-pedas dan masam-masam skit tu memang cukup segalanya.. cuma ikan pari itu ada sedikit berbau… biasalahkan ikan pari.. kalau tak betul cara penyediaannya, dia akan berbau skit terutama dibahagian tengahnya… Secara keseluruhan memang sedap cara masakannya… Secara jujur kami bagi 4 bintang aja…

Last sekali, nok juga cerita satu benda pelik kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai nih… hah nih dia.. Jus Asmara.. Minuman yang paling special sekali kat sini. Yang specialnya, dia ada rasa tembikai, apple, laici, orange dan isinya ada laici dan kelapa laut, memang sedap dan menyegarkan.. sesuai diminum untuk hilangkan dahaga.

Cerita pasal harga plak.. memang berbalai… Untuk semua hidangan kat atas tu ditambah pula dengan nasi putih satu hidangan serta 3 air tembikai, 2 air laici dan satu air suam…. semua sekali adalah RM86… cukup berpatutan sekali.

Sebelum akhiri posting nih… saya syorkan kepada penggemar ikan bakar atau seafood…. kalau pergi ke Kuantan tu.. singgah-singgahlah kat Restoran Kak Long Ikan Bakar Petai ni.. jangan lupa cuba hidangan paling istimewa kat sana…

GPS Position: N3 47.913 E101 20.401


View Larger Map

Hoan Kiem Lake, Vietnam

Ada lagi citer Hanoi tak habis…. meh nak sambung kot kot mana tau boleh kasi info sesikit pada yg nak ke Hanoi. Tasik ni ada dalam itinerary, Maklum ada 1 whole day. Kat sini lawa untuk bergambar.Mengikut kata pakcik Wiki, Maksud tasik ni ialah Lake of the Returned Sword. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh check wiki.Untuk ke Tasik ni, kiterang jalan kaki je dari Dong Xuan Market. Takdelah jauh lagipun hari sejuk, baik jalan kaki. Ni kira tourist spot.

Ni kat tepi tasik…. Tu jambatan tu nak ke Tokong. Actually kiterang tak tahu pun tu tokong. Nak masuk kena bayar.

ha ni kalau dok atas ni sejuk bangat

sejuk sangat…. dah lah kena posing

ni dah kat tengah tasik… budak ni rasanya budak homeless. kesian tengok dia, [akai kasut orang tua, muka macam kena pukul, baju pun sekadar nak hangatkan badan…. Dia dok main dengan Rayyan.Orang vietnam ni suka baby kot.

Cubaan mengambil gambar berdua

Kiterang kat sini dalam  setengah jam jer, pastu belah sebab Kheirul dok ngambik gambar. I lepak jelah.. sebab bukan menarik pun hihi sebab dia tokong. Cuba kalau tempat tu ada jual barang???? ye rambang mata gak jap. Lepas tu apa laei kiterang ke Nisa Restoran carik makan. Perut dah bunyik dah masa ni

Halal Food in Hanoi, Nisa Restaurant

Salah satu restaurant halal kat Hanoi, Nisa Restaurant. Kalau dari Dong Xuan MArket tu jalan kaki je kiterang. Pakai peta and tanya orang sesikit. Restaurant dia kecik jer tapi selesalah. Masuk je dah boleh jumpa few Malaysians.

Depan kedai makan

Dalam kedai Makan

Kat dalam, ada jual telekung sembahyang jugak

Gambar menu

Jus Mangga for Kheirul and Lassi Mangga for me

Memang pekat likat lah both drink ni. Rasa macam sebijik manggan kat dalam nih. Balik KL terus dok ketagih minum lassi mangga tapi kat sini tak pekat sangat.

Spring Roll

Sedap, garing kat luar moist kat dalam. Rasa dagingayam yang manis and sayur-sayur dalam tu. cicah dengan sos ikan.

Pho – untuk saya

Yang ni sesuai sangatla makan masa msim sejuk. makan panas-panas, perah asam limau and letak cili.pehhhh. NI sebenarnya  mi beras makan dengan sup daging. Pastu dia ada bawang, daun bawang, daun ketumbar. MAngkuk dia besar tapi I macam tak cukup plak. Daging dia very tender.SUp dia tak oily, no wonder vietnamese semua kurus…

Mihun Tomyam – untuk Kheirul

Sedap, tomyam ni ada sikit santan. pedas macam keluar asap ikut telinga. cukup rasa masam manis, masin. Walaupun ni Kheirul punya, hehehe I serbat jo. sebab banyak sangat.

Jumlah harga  makanan

So pada sesapa yang ke Hanoi, nak cari makanan halal boleh le kesini.  Check lah dia punya website, http://nisa-restaurant.com. Lepas makan nak sembahyang pun boleh sbb ada surau kat atas.