Ni Hurricane kat Dreamworld Bangkok. Kualiti tak bagus pakai phon je and menghadap matahari sambil pegang Rayyan. Seram situtt. Kheirul naik, turun je dia kata pening kepala and jantung tertinggal kat atas.
Category Archives: Review & Nice Places
Dreamworld Bangkok

Hari ketiga kat Bangkok, kiterang ke Dreamworld. Special trips for kids. Haruslah ada tempat menarik untuk dorangkan. Pepagi dah bangun dorang. Mandi and breakfast and lepak dalam bilik. Pukul 8.15 waktu siam turun bawah sbb driver dah sampai. Rupanya jauh jugak nak ke Dreamworld.Makan sejam jugak and sempat kiterang tidur dalam van.Ni kiterang amik pakej untuk pergi Dreamworld. Buat arrangement dengan Patama yang bawak kiterang ke Grand Palace. Normal harga is RM100 sorang x 4 = RM400 tapi dapat le discount RM20, so jadi le RM380. RM380 tu termasuk tiket masuk park for all game except Snowtown, transport pergi balik and buffet lunch. Buffet lunch boleh request halal. Tapi masuk dalam tu, dapat makan sayur jela. Tapi kalau tak nak buffet boleh je makan KFC muah muah muah and makan popcorn yang murah cuma RM3.

Masuk, first ride budak, Rayyan takleh naik

sebab tu dia tengok je sambil pekik, sian dia. Takpe nanti Rayyan dah 4 tahun baru boleh naik ok. Sayang baby ni.

Lepas tu beli popcorn, murah betul. Mostly makanan dalam ni murah. Air pun normal price macam kat luar. Kalau banding kat Sunway, geram betul. cekik darah nak mamposs. Pastu bebudak pergi masuk 4D theater. Me tak masuk jaga baby . Keluar Ashraff n Afriena nangis sbb takut. Memang ganas sikit game n ride kat sini.

Lepas tu, Kheirul naik benda nih. Gila ganas, takmo naiklah saya. takut…sakit belakang. Rasanya ada org terkencing sbb dengan dia cakap I’m peed.

Ni pun roller coaster ganas. tak naik tengok je. seram..tapi kalau ada geng mau naik gak. Mostly ride banyak kids yang naik, tapi dorang strict jugak, tak cukup tinggi takleh naik. So most of the time Ashraff yang naik. Dia siap naik Space Mountain dengan papa dia. Keluar tersengih while Afriena just tunggu and nangis. Rayyan just naik kereta kat Play land yang khas untuk budak bawah 4 tahun.Lepas tu kiterang pi main kat kawasan air. Ada ride Super Splash. Best. terpekik-pekik me, Ashraff n Afriena. basah baju. Pastu dorang naik lagi dengan papanya. Lepas abis SuperSplash, dorang naik game apa tak macam rafting. pun dua kali. once with me and pastu ngan papanya. Yang kelakar my turn, naik rafting tu dengan pondan and the gang. Mak aiih pekik keluar suara jantan. Anank aku confuse kejap.

Lepas tu layan je bebudak naik game, naik boat, helikopter , monorail, keretapi and last dorang naik gajah

tersengih-sengih naik gajah. Rayyan just bye-bye je. Sian baby comel ni takleh naik ride banyak. Ashraff n Afriena memang have fun sesangat. Habis turun daripada gajah boleh cakap, mama, the elephant so smelly. Senyum je gajah tuh. Gajah tu paham ke kita cakap?Dekat pukul 3 kiterang baliklah dengan baju basah yang dah kering. bau hapak giler memasing. make sure bawak baju lebih sebab nanti nak main airkan. Actually, kiterang bawak, tapi malas nak tukar. Banyak gambar tak amik especially atas air sbb takut camera basah.
Makan-makan @ Restoran Nakhoda, Umbai
Ni citer semalam nak hapdet cecepat sebab citer Bangkok belum habis. kasi laluan kat citer lain dulu. Sebab citer Bangkok banyak gambar nak upload. Kiterang pi Melaka setelah seminggu dok plan adik-beradik nak pi makan-makan since Fadli, My 5th brother nak belanjer makan ikan Bakar kan. Almaklum dia ada rezeki lebih. Sepatutnya 6 beradik join tapi 5 je, lagi sorang my 2nd sister, tak sihat.. biasalah ibu-ibu mengandung. So semalam dalam pukul 3 kiterang bertolak ke Melaka. Excited gak sebab dah setahun lebih tak jumpa. Since dia kahwin hari tuh. Tak sempat nak sembang dengan adik ipar. Semalam jumpa banyaklah dok bercerita. Rupanya dia silent reader Sawanila.com, Malunyaaa err thank you.
Sementara dok tunggu Fahmin and Wife and Sidah yang masih single (ada sapa nak berkenalan ke), Kiterang lepas je bebudak yang macam tak pernah jumpa tanah. Dorang main kat luar dengan uncle Faisal yang datang dari Kelantan and with cousin dorang , Airin. Dok main kejar si Limah dengan Hussin. Penat Limah dgn Hussin kena kejor. Oh ya Limah dan Hussin tu laki bini, Arnab peliharan Airin.
Sampai je rombongan Fahmin, lepak kejap, asar , tunggu dorang makan durian then dalam 6.30 after mandikan bebudak terus ke Umbai. Kiterang ke Restoran Nakhoda. Pandai Fadli laki bini pilih tempat sebab ada skrin besar so bolehlah kiterang tengok bola. Yang bestnya, sebab dorang dah siap booking and standby cakap pukul baper sampai so, bila sampai duduk jap makanan sampai.
Tengok apa yang kiterang berlapan + 3 orang budak makan.

Siakap tiga rasa

sambal sotong

Ikan bakar kosong and bakar bercili

kerang rebus

kailan ikan masin

kepah sweet sour

ikut arah jam: sotong goreng tepung, udang bakar kosong dan ketam masak lada hitam
Banyakkan, Dorang amik package. Dalam RM350, termasuk, nasi kosong, nasi lemak,jus orange, jus tembikai, air kosong dan buah potong . Pastu yang lagi best dapat seat bersila. Memang syiook sebab macam dok kat rumah sambil makan sambil tengok bola.
Nilah tempat duduk dia. Berlari je bebudak.
Overall, makanan kat sini semua sedap. recommended sebab semua sedap. Ikan bakar dia manis, Sotong goreng tepung tersedap sangat, Udang bakar manis giler, Ikan tiga rasa sedap rangup (cuma terlebih garing), Kepah sedap and paling sedap adalah Black paper crab.Terbaikkkkk. Lepas makan terus berpanas dan berpeluh. Ingat lepas makan terus balik, dorang semua blh lepak dgn tokey kedai tengok bola. Tahniah Malaysia sebab main dengan cemerlang dan saya rasa bangga untuk pakai jersey Malaysia. :)
And to Fadli, terima kasih bebanyak ye sebab belanja , semoga dimurahkan lagi rezeki.ameen…….
Jom kita tengok berapa score restoran Nakhoda ni

