Category Archives: Review & Nice Places

Maggi Kari Ketam @ Bucida Court

Alkisah cerita selepas melawat kawasan 1U, Kami pergi makan kat  Bucida Court. Inilah Kheirul yang cakap, Dia bilang, kawan dia bilang, makan situ sedap. Makan Maggi Kari Ketam. Maka kami peminta ketam pergilah makan kat situ. Dekat je dari 1U. Nama gerai yang jual Segala jenis masakan ketam ni ialah Miss Pah Hot Pot’s. Kami sampai masa tu dah pukul 6. Ada lebih kurang 10 gerai kat situ. Tapi Miss Pah je yang nampak mula ambil order. Yang lain, bila nak order semua tak de dalam menu lagi, belum masak lagi, belum bukak lagi. Aiyo…too bad lah peniaga, It’s weekend, bukalah awal sikit, Nanti senang nak order. Budak-budak ni kan suka makan western, tapi semua yang dorang nak takde, terpaksa order mee hot plate kat Miss Pah. Nasib baik dorang makan. Next time kalau nak datang sini, we will come a bit later after Maghrib.

IMG_0764

Ini lah rupa menu yang saya order. Saya request ketam bunga, sebab kalau ketam nipah masak dalam kari, saya tak berapa nak “in”, Ketam nipah.. saya cuma suka kalau buat chili crab, black pepper, or any dry dish. Tapi nxt time kalau datang, mesti mau order 2 ekor ketam. Talak cukup la seekor. Rasa dia???? Kuah kari dia pekat lemak berkrim…Kena plak dengan jus dari ketam kan. Jus ketam bunga rasa dia lagi tajam penuh perasa memang sesuai untuk kuah kari. Memang makan pun senyap je sedap. Ketam plak di masak dengan sempurna. Tak overcook tak pulak undercook. Memang sedaplah…

IMG_0765

Yang ni ketam nipah. Buat masak sweet sour. Ni Kheirul punya. Dia makan dengan nasi. Saya kalau ketam macam ni suka makan kat rumah. Kalau makan kat kedai, mesti orang tengok tak nak buat besan. Bersememeh nanti. Rasa dia, Ketam tu je pun sedap. Rasa yang fresh, mana tak fresh…pilih masa dok merangkak dalam kotak lagi. Kena dengan sos masam manis… hehehe dapat lah jugak merasa kaki dia satu tu sebab Kheirul kedekut taknak share.

IMG_0769

Tengok licin mangkuk saya. Punya sedap. Miss Pah mesti happy tengok pelanggan makan licin. Sampai kulit ketam pun takde.

IMG_0772

Haaa nilah kedai Miss Pah Hot Pot’s. Sapa yang datang sini, jangan risau ada surau kat depan parking tu, ada toilet yang bersih kat belakang. Masa pergi toilet tu bersih dan mendapat kelulusan dari Rayyan, Ashraff dan Afriena. Sebab kalau toilet kotor berlendir , hampeh dorang tak nak masuk.

Macam mana nak pergi sana?

Ini ada peta lokasi Bucida Court

peta

 

Alamat Bucida Court

Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala, KL

GPS Coordinate

3.159550, 101.615959

Sekian….

 

 

Jalan TAR vs Pasar Buluh Kubu vs Pasar Bulat

Ahad lepas, I ke Jalan Tar. Pagi lagi lepas hantar bebudak pergi kelas Taekwondo, terus ke sana.  Pergi pagi senang tak ramai orang dan tak panas. Tujuan dia hanya satu, nak cari jubah hitam untuk Afriena sebab dia kena pakai untuk school trip. Memula tu dah cari kat Bangi, jumpa la tapi ada yang mahal sampai RM89 padahal kat Jalan Tar cuma RM40. Ada yang murah kat Bangi dalam RM69 tapi kualiti..haih ni yang geram ni. So nak tak nak kena pergi sana. I tak suka pi JAlan Tar kalau time orang ramai. I rimas you. So bila pergi pagi, ah nyaman. Tapi pergi sana hati kena baik, semangat kena kental dan bawak duit cukup-cukup je sbb kalau tak laju je kaki menyinggah, tangan menyambar dan mulut ringan bertanya. I takleh tengok shawl yang lawa dan kain pasang dia cantik. Hujung tahun ni kena beli ni sbb tahun depan ada kenduri kahwin kan.

image

Ni pesen terkini ke… eee tak nak lah pakai camni

 image

Kain pasang tapi tak lawa sangat kalau nak banding kat Kelantan tu

image

Beli jubah camni untuk Afriena.Arab mari kain dia sedap sikit

So pusing punya pusing jumpa lah jubah Afriena. I beli labuh sikit sbb budakkan cepat tinggi. She was so happy sebab dia kan suka melaram. Dekat Jalan Tar ni, apa yang best untuk shopping bagi I la kan ialah kain pasang and shawl. Hari tu pepagi lagi dah ramai makcik-makcik Singapura dok tunggu kedai bukak. Best lah dorang, duit dorang tinggi kan, nak shopping syok lah. Tapi ada lagi tempat shopping best kat Malaysia, kalau bab kain baju, tudung-tudung ni, kat KB. Pasar Siti Khatijah dan Pasar Buluh Kubu.Koman-koman harga kain batik sutera kat situ RM250-500. Kain songket pun RM500 – RM1000. Tengok jenis tenunan lah. Ingat dulu masa nak kahwin kiterang pergi situ je beli kain songket yang harga dia RM500 tapi MIL tawar sampai RM280 (rasanya) pastu kain sembahyang yang harga RM150 jadi RM80. Agaknya kalau kiterang je pergi memang tak tawar menawar lah sbb kesian plak ngan makcik tuh. Best  jalan kat KB ni, masuk pasar pun suka. Baju batik kain sutera, nak je petik-petik beli. Tapi kain pasang biasa yang murah-murah pun banyak. Banyak seleksi no worries. Yang I tulis rega ni yang mahal nya. Tapi kalau uolls pergi tengok harga lain jangan plak marah I. Ini yang I nampak tau.
image

Pemandangan yang biasa – trademark . Pasar Bulat/ Pasar Siti Khatijah

Hari tu tak beli apa sangat sbb kedai nak tutup dah sempat beli baju tidur bebudak dan rempah-ratus. I beli rempah gulai kawah, rempah kerutuk dan rempah kurma.  Sebab bau dia sedap sangat masa tuh and sangat menarik untuk dipandang. Pastu beli ragi untuk buat tapai,  beras pulut hitam,  beras nasi dagang. Beras nasi dagang ni, kat kelantan yang best kat supermarket tak lawa. Nak plak dalam rumah ni peminat nasi dagang. Beras pulut tak beli sbb MIL dah bekalkan. Best betul balik kelantan.
image

Sambal daging, sambal aya,. Sedap ni.

image

Jenis rempah yang dijual

So far dah masak kerutuk. Sedap fall in love with the taste. Kurma belum. Rempah gulai tu I guna sikit masa nak masak gulai ikan tongkol nasi dagang last week.

 

 

 

 

Restoran Marhaba,Publika Solaris

M1

Pada hari Sabtu 2 minggu lepas… Kami sekeluarga pergi makan kat restoran Arab.  Haih..  sebelum pergi lagi kepala dah terbayang-bayang kambing, nasi mandi, roti tempayan dan seangkatan dengannya… adehhh meleleh air liur kalau fikir semua tu. Makan kat restoran makanan Arab ni memang senang kalau bawak bebudak sebab ada banyak variaties. Ashraff suka flavoured rice, Afriena suka roti, Rayyan hantam sajalah mama, semua dia makan.

So kali ni kami ke Restoran Marhaba di Solaris Dutamas (Publika). Sampai je restoran tu, tengok persekitaran restoran yang sangat lawa dan cantik serta dihiasi dengan perabot dan hiasan dalaman yang mahal-mahal… wow hati terpegu dan teruja… macam pergi ke Dubai plak

M2

Sangat terpesona dengan hiasan dorang. Sangat ekslusif dan bercirikan budaya timur tengah. Terdetik terus dalam hati, ni mesti makanan kat sini mahal-mahal harganya agaknya.  Tapi sangkaan kami meleset… nak tahu kesah kesudahannya, kenalah baca sampai habis ya….

M3

Ok. Gambar kat atas tu adalah meja yang berada diluar restoran, dan sesiapa yang suka kepada angin luar bolehlah makan disini.

M4

Yang ini plak untuk mereka yang nak duduk bersila. Muat sepuluh orang ni dan kalau yang nak merasa macam mana orang Arab menjamu selera, saya syorkan sangat duduk kat tempat ni.  Nampak comfy je kan.

M5

Ini Wall of Fame dorang. Wah glamour nye restaurant ni. I like. Ada pak menteri, ada artis, yang femes-femes pon ada… ni mesti sedap ni. Kepala pun terus terbayang-bayang hidangan kambing yang sedap.

Alhamdulillah.. kami dapat satu private room yang boleh memuatkan 6-8 orang.. tapi kami berlima aja so senang skit nak menjamu selera dengan bebudak yang super hyper active ni..  Senang kan duduk dalam bilik bila ada anak. Takdelah ganggu pelanggan lain.

M7

Look at me… I tengah mengagumi keindahan lampu dia. Kalau MIL datang mesti dia suka. Sebab dia suka lampu, Kristal. Tapi hiasan ni semua I suruh simpan, nanti Rayyan start dia punye exploration dia , susah plak. Sudah tentu punah ranah jadinya.  Oh ya itu adalah En. Azlan , rakan kongsi niaga restoran ni a.k.a tokey kedai la… Peramah dia. Terima kasih banyak-banyak sebab bagi layanan dan penerangan pasal makanan yang terbaik…..

M6

Haaaa… tengok tu ada complementary , air apa tu? Ashraff tanya..

Mama… ni Pu Er tea ke?

No ni Arabian tea, ada rasa mint

So dia minum, pas minum muka kelat-kelat . Tanya kenapa? Dia cakap macam ubat gigi. Hahaha….terus dia mintak watermelon juice…

Tapi Mr. Husband (Kheirul) suka teh nih… dia cakap macam teh yang dia rasa kat Mesir dulu.

M8

Ini pun komplementeri starter ni. Ada carrot, timun dan daun kaler hijau ..lupa nama dia. En. Azlan cakap bagus untuk lelaki :) .

M9

Nampak tak sup kosong ni? Sup kambing uolls. Sedap sampai bertambah tau. Hirup masa panas-panas. Komplementari jugak. I cakap kat Kheirul, bila minum sup ni teringat cerita Madu Tiga yang P. Ramlee hirup sup ni pastu terbayang muka Sarimah kat pinggan. Sup ni sedap, tengah menaip ni pun terasa macam kena lap air liur. Cukup rasa kambing dia.

M10

Ini adalah Roti Mulauwah. Roti yang dihidangkan ini adalah saiz yang paling kecil. Saiz kecil pun adalah sebesar dulang dan boleh makan untuk 4 orang.  Kalau nak paling besar, En Azlan cakap boleh buat selimut.

Roti ni sedap sangat, garing dan lembut. Makan masa panas-panas. Lembut dan yang istimewanya, ada habbatussauda. Makan plak dengan Saltah Fahsah. Saltah Fahsah tu sebenarnya daging kambing yang di masak dalam periuk sizzling tu.

Rasa Saltah Fahsah ni sangat istimewa dengan rasa ramuan rempah ratus rahsia. Lidah I tak dapat nak teka apa ramuan resepi dia, gabung plak dengan rasa kambing yang sedap. Afriena makan banyak roti mulauwah ni sebab dia suka rasa habbatussauda. Special sangat. Rayyan plak lepas makan nasi, dok ulang makan roti. Makan macam tu je takde dia nak cicah dengan saltah fahsah tu. Dia cakap sedap.

DSC_6153

 

Ini yang ditunggu-tunggu. Lamb Hanith. Satu portion ni boleh 4 orang makan. Tapi kami tak dapat habiskan, makan separuh pastu mintak bungkus aja. Maklumlah portion orang Arab nih besar-besar belaka. Banyak sangat.

Ni masa tengah tulis ni, dok telan air liur. Sedapnya kambing tu sampai tak terkata. Lembut. Kalau goyang-goyangkan tulang kambing tu, memang daging dia runtuh macam tu je. Tekstur daging dia lembut, pastu bila masuk mulut, macam cair je dalam mulut.

Nasi dia, begini SEDAP #angkatibujarimataterbeliak. Mana tak sedap, kambing import ni. Selalu kalau makan kat restoran Arab lain, nasi selalu berminyak. Kat sini nasi tak berminyak dan kambing dia tak kering. Dapat plak bahagian rusuk. Tangkap nangis woo makan sedap. Terima kasih Pak Yunus- Pengurus Restoran sebab rekomenkan hidangan ni.

M12

Ada lagi… Chicken Mandi. Die-die must try juga yang ni, kalau tak try nanti menyesal. Yang ni Rayyan dan Ashraff yang suka. Daging ayam dia sangat lembut. Walaupun bahagian dada. Selalunya Ashraff tak suka daging putih tapi kali ni dia makan penuh nikmat. Daging  ayam cukup rasa rempah ratus. Yang Rayyan plak nak makan sendiri, nasib baik tak bersepah.. kejap-kejap, mama nak chicken. Ashraff dah sampai rumah, dah panjat katil tu masih boleh bercerita, nasi yang dia makn tu sedap. I kenal sangat dia, kalau sedap dia akan makan banyak dan akan bercerita pasal makan. Kalau tak dia tak makan dan senyap je.

M13

Yang ni pon MUST TRY. I memang suka yang ni. Layan dengan nasi pon sodap, dengan roti pun sedap. Namanya Tabbouleh.  Ada timun, tomato,salad, perahan lemon dan yang best ada feta cheese. Rasa dia sangat menyegarkan. Pinggan besar tu I makan separuh kot. I kan peminat salad. Yang ni pun Pak Yunus yang rekomen. Terima kasih Pak Yunus…. Memang terbaik..

M14

Nampak tak roti tu besar mana. Besarkan . Tengok yang lain tu, semua big portion. Lain kali kalau I nak datang kena datang, ramai sikit sebab baru enjoy makan beramai-ramai ni. Nampak bos kecik tu. Nak duduk situ. Kira sangat ok lah dia . Behave sebab dapat makan sedap yang dia suka.

M15

Oh lupa nak selit sini. Ada promotion la makan kat sini. Lunch Treats  at RM30. Nasi dia banyak tu, kena kongsi makan ni. Pastu sebab restoran baru je buka, dia ada promotion. Beli 1 Lamb Hanith, dapat Chicken Mandi dengan harga RM1. Datang berempat  cukup dah ni kenyang perut. Murah kan. Itulah bila dah habis makan, rasa sangat berbaloi, suasana restoran yang sangat menenangkan, dah rasa macam kat arab, makan sedap layanan yang superb pastu harga plak berpatutan. Sangat puas hati dan memang nak ke sana lagi.  Ha sapa-sapa nak lunch ke nak dinner ke apa lagi , pergi je Publika cari Marhaba Restoran. Memang I rekomen sangat-sangat kalau nak rasa makanan asli Yemen dalam suasana “fine dining, datanglah ke sini. Kalau nak tau, semua bekalan makanan mentah diimport dari Yemen. Patutlah nasi dia, panjang-panjang

M16

Selesai menjamu hidangan dan masa nak balik, sempat lagi kami sekeluarga bergambar dengan En Azlan. Terima kasih En Azlan, Pak Yunus dan semua staff kat situ atas layanan yang sangat baik. Sebenarnya nak try dessert, tapi keadaan perut tak mengizinkan. Kenyang sangat-sangat sampaikan kena bungkus bawak balik. Esok tu panaskan makan untuk lunch. Punyalah besar portion dia. Insya’ Allah nak pergi lagi. Nak makan kambing, mulauwah dan this time nak makan dessert plak.

OK… Kepada semua readers yang nak cuba hidangan di Restoran Marhaba ni boleh hubungi terus:

D1 -G4 -1, Publika Solaris Dutamas,

No 1 Jalan Dutamas , 50480 Kuala Lumpur

Tel: +603 – 6207 8222 / 9222

http://www.marhabarestaurant.com.my/

Lokasi

image