Tak sampai dua minggu , dah siap dan sampai depan rumah je. FYI, 3 hari selepas buat photobook secara online, FotoZZoomakan hantar email untuk preview photo album kejap je. Senang je pun. Kalau you all order, bila dah ready for review, you all boleh je amend apa-apa… nak ubah gambar letak muka surat mana, nak buat cover photo untuk photo book pun boleh. Senang je. Once dah amend, terus click yes then FotoZZoom akan akan hantar email lagi sekali untuk confirmation. Dia suruh kita confirm gambar yang kita amend tu ok ke tak. Kalau ok, click je kat Print order. Oh ya.. order preview cuma available selama 48 jam je, Kalau takde apa-apa perubahan …kira confirm lah tu, so dia akan print photo album dan terus deliver kat kita. Senang je, tak payah nak pi kedai. Kalau nak buat kat tempat lain… I know mahal. Sebab pernah buat . Kos print pun dah RM200 lebih, tapi kat FotoZZoom ni berbaloi. Cepat, mudah dan berbaloi.
Let see our family’s photo book. Yang ni cuma RM163 termasuk GST ok dan shipping fee is FREE. Mana nak cari benda FREE sekarang oi… Dan yang lebih menarik sekarang ni ada promotions.
Check this out…. To know more, click the picture
Photo Books, Photo Prints dan Framed Prints. Menarik…
OK ni Photo Book kiterang.. Cover dia yang simple but lovely
Gambar lama ni, tahun 2008 punya
Gambar 2008 jugak… ni kira compilation lah
Ni gambar 2010 dan 2011
Banyak lagi ada few more muka surat…tapi takkan nak show semua kan…. puas hati lah lawa kan? Ha you all nanti gambar raya tahun ni boleh buat macam ni, atau gambar kahwin ke, gambar baby baru ke kot kot nak buat milestone dari masa pregnant sampai bersalin…Gambar travel. I suka macam ni instead of digital picture .
Dulu masa belajar, hidup susah takde loan, sanggup jual nasi lemak letak kedai mamak sebab takde duit.Pernah buat part time job buat survey, pernah makan roti canai je untuk jimat duit. Bila habis belajar, niat nak sambung belajar padam sbb takde duit, namun Alhamdulillah senang dapat kerja berkat pandai cakap orang putih tanpa gagap. Pernah dulu kerja , ada fresh graduate (ada degree) selalu dok komplen gaji saya rendah macam budak diploma je (aku lah tu diploma… tapi dia tak tau gaji saya tinggi mengalahkan budak degree)… baru masuk kerja cakap oram puteh pun tak boleh, tapi sebab nak tolong melayu, saya ajarkan cara berkomunikasi dengan betul. Bukan berkomunikasi dengan local, tapi european dan australian yang piang hawau punya slang… alhamdulillah dah maju kot… tapi dia kena set dalam kepala otak dia, degree dan diploma cuma kertas dan pengiktirafan je… yang penting ilmu dan akhlak.
Kisah Zahra ni harap boleh buka mata pemimpin, ahli ekonomi yang terbuka hati…untuk beri peluang… para graduan plak jangan pasai hang dok ada degree… hang demand … korang kena cari ilmu dulu.. biar mula gaji ciput, tapi ilmu yang penting. Ilmu masa bekerja sgt penting.. ilmu berkomunikasi, ilmu tahan kena bebel, ilmu merendah diri, ilmu membuat keputusan. Cari peluang yang ada .. bila dah ada cukup ilmu baru diri maju.
Dulu… gaji masa mula bekerja gaji saya cuma RM800 sebagai Admin Exekutip, tolak epf tinggal RM700 lebih. tolak duit sewa rumah RM300, hantar ke kampung RM100, Duit makan dan tambang bas RM200.. (masa tu naik bas..turun tepi jalan pastu jalan kaki setengah jam, bawak payung satu takut kena kejar anjing atau orang jahat…err memang pernah nak kena ragut, tapi sempat saya belasah sampai lunyai tepi jalan… budak peragut tu saah orang lah..) RM50 simpan kot ada nak beli baju or nak joli… dan duit lebih untuk masuk bank. Simpan nak amik lesen kereta. Kereta takde lagi ni…. lesen yang penting sebab selalu sangat kena ejek orang tanya bila nak ada kereta. ada lesen pun jadilah..hahahaha
Haaaa adik-adik sekalian…korang mampu hidup RM800?? tak mampu kan sbb barang dah mahal…tapi cuba dengan RM900? gaji minimum kan???
Dulu bos pat kerja yang gaji RM800 ni, kedekut… tapi dia baik. Dia banyak kongsi ilmu,Mengajar macam mana nak tulis email kat client dengan betul, bercakap dengan client dengan betul, time management mesti pandai…Katanya… you are the only Malay I know and you different. Tapi kejap jelah kerja ngan dia tak sampai setahun sebab company dia pindah jauh, saya ni takde transport bas pun tak lalu situ. Selepas itu bermula lah realiti tempat kerja baru.. Memang senang lah dapat kerja… Gaji terus dapat double gitu.
Jadi sekarang nampak tak ?
Apa yang penting???? ILMU
Apa yang penting???? BERANI
harap apa yang Zahra cakap tu… orang -orang kat atas ni bukan sekadar dengar tapi buat sesuatu.
Semalam masa tungu lift kat rumah, ada mak guard datang sembang…. dia cakap hidup susah, anak dua sekolah, kerja dari 8 pagi hingga 8 malam, gaji cuma RM1200. Bila dengar RM1200, dalam hati pikir… cukup ke dia anak beranak makan? Macam mana lah orang tempatan tak nak bekerja ..kerja penat, masa lama, gaji ciput.. itu pasal lah bangla, indo vietnam segala bangsa luar datang sini cari kerja sbb orang kita tak nak kerja bukan malas tapi gaji ciput, mana nak bayar sewa rumah, makan minum anak-anak… bila pendatang datang…walau gaji murah takpe dorang boleh je hidup berhimpit janji duit masuk…
macam manalah nasib anak anak kita nanti….I love malaysia…semoga Malaysia negara kita sentiasa diberkati.
Inilah resepi yang paling hits dalam sawanila.com. Kari sotong yang mudah dan sedap. Memang sedap kari sotong ni, nak plak kalau dapat sotong yang ada teluur. juling-juling mata makan nasi. Kena pulak ada sambal belacan atau sambal tempoyak, Ikan masin goreng dan ulam…. pehhh memang meleleh je air liur. Total hits untuk resepi ni dari sejak di “publishkan” adalah 21252 hits and akan mungkin lebih. Setiap hari ada je orang cari.
Alhamdulillah…moga dapat membantu ibu-ibu yang busy bekerja, anak-anak dara yang baru belajar nak masak atau anak-anak bujang yang dok rumah sewa. kata GST kan haa masak lah tapi jangan lah korang tayang masakan dorang dalam kuali dengan dihiasi timun dan cili tak buang tangkai kan.heheheh gurau je jangan marah ha…