Category Archives: SawaBlog

Sendiri Kentut, Sendiri Terperanjat

Inilah budak yang setia menemani mama dia menunggu kepulangan papa dia semalam. Biasalah hujung tahun camni, lambat lah balik papa dia dari kerja. Terlebih setia Rayyan menunggu sebab mama dia dah tido, dia tak tido-tido. Papa dia sampai pukul 2 pagi tengok dia dok main-main lagi. Geram betul ngan dia. Kita konyok-konyok dia. I dah tidur, telefon ada bunyi 2-3 kali takde pun dia kejut mama dia. Nasib baik I sedar, kalau tak, tido luar lah Encik Kheirul ye. Memang dia bawak kunci, tapi menjadi kebiasaan, pintu akan di selak dari dalam jugak. Nasib baik I ada mimpi bunyi telefon , mimpi citer kartun rupanya telepon betul bunyi.

Papa dia sampai je, papa dia amik ipad, cakap kat dia tido. I rasa masa nak tido iPad tu dah nyawa-nyawa ikan bateri, rupanya dia pi charge iPad tu. Lepas kena rampas iPad, nangis sambil peluk-peluk mama dia, terus tido. Ni gambar ni masa dia dok main-main atas katil, sekali dia terkentut, pastu dia terperanjat …Sendiri kentut sendiri terperanjat. Macam tu la Rayyan

Give Away : Sapa Nak Novel Adam & Hawa ?????

Sapa nak Novel Adam & Hawa??? cepattt free je. Kan sekarang tengah hangat citer tu? I bukan lah peminat novel, tapi sebab citer dia panjang sangat cam nyampah plak spent 1/2 hour just to dengar lagu la, or just tengok dorang SMS..mengalahkan sinetron indon or citer drama hindi or telenovela. Jalan citer best dah tapi BORING plak. So I beli buku baca, dah.. tgk pun forward je…

Sapa nak?? Kalau sapa nak email je kat SINI, cakap

Saya nak Novel Adam & Hawa kerana ____________________________ . Pastu berikan cadangan,posting apa yang menarik untuk dikongsi disini? pasal masak ke, nak ke? review ke? apa -apa je

Tak pun tulis je kat komen tu. Sapa yang mengayat paling best akan dipilih sebagai pemenang. Satu je pemenang ye. Pertandingan akan diadilli oleh adik saya Sidah.Tarikh tutup adalah pada hari Khamis 11.59pm , 8 Nov.

Ok  bye

Pasal Breastfeeding pun mau propa ke?It’s on Galaksi

Sapa tengok Galaksi Sabtu Lepas? I tak tengok tapi, terbaca pasal isu ini kat Facebook. Hish apa la, pengacara and Kiah propani..macam takde isu. Pasal seorang artis menyusu anak kat Lobby punjadi isu besar.Jijik sangatke, ibu yang menyusu anak kat public?

You all lakan yang menyusu anak kan… tengah dok tempat orang ramai sekali anak dok meraung nak susu, sampai hati tak you all rilek tangguhkan dulu. takpe anak nangis tahan je..Kalau I tak sampai hati, mesti kasi susu. In my case memang kalau menyusu badan memang takde bekal botol kat luar. Less hassle. Yang penting, pakai baju yang proper, ada nursing cover dah cukup . Tapi budak kecik kalau menyusu dia  kira dah nak selak baju mak dia semua kan, I think itulah yang terjadi pada artis tu, Bukannya dia sengaja nak tayang aset, maybe anak dia selak ke..paham jelah budak kecik, kalau dapat susu macam setahun tak dapat. Kiah propa cakap selak sehabis baik.Bagi yang tak tengok lagi..sila ke Tonton, Galaksi episod 42 minit ke 20.

I told Kheirul about that,dia cakap ..yang tukang cakap tu, mak dia tak kasi susu badan ke dulu?? hahaha ada lagi orang yang kolot, yang menganggap menyusu badan in public sesuatu yang memalukan. I think ni perkara biasa. Sepatutnya, kalau nak propa..propa pasal artis yang pakai baju ala ala dah nak terbogel ke?

Sepatutnya pengacara kena peka pada benda macam ni, ramai yang terguris, ramai ibu-ibu yang menyusu complained.Pernah tak you all tengok citer Charmed season 7, The Bare Witch Project? Ha yang ni Phoebe, buat protest pasal satu restaurant yang misstreat Piper masa breastfeed Chris kat situ. Dia pun, sebagai tanda protest, dia naik kuda naked.pusing town. Ha yang tu orang nak tengok plak… kolot.

ANW, Rayyan dah fully wean off, finally…Alhamdulillah. Now dia dalam phase makan tak ingat :)