Category Archives: SawaBlog

Short Trip To Singapore

Nak kata plan gila tak juga memang tak plan pun nak Singapore. Hari jumaat tu lah before Kheirul pik kerja, I cakap kat dia

Abang…ada kenduri kahwin lah kat Singapore

Sapa kahwin? ala Siti anak cik Ani

Dia ada jemput tak?

Ada last year lagi tapi dah cakap tak leh pi sbb  bebudak sekolah

pastu dia keluar bilik, pastu masuk balik…and cakap apakata Jom?

saja je kan..mana lah nak cari hotel dalam masa terdekat ni semua kan, so I contact je my cousin cakap nak pi sana, nak tumpang tido boleh… dia cakap..datang je.

260120131239

masuk kereta terus suruh on TV nak tengok citer Puss In Boot

260120131242

Kakak kena duduk kat belakang supaya tak bergadun dengan Rayyan

260120131255

same goes to Ashraff. I plak kena flexible bila-bila diperlukan. jap dok depan, jap dok tengah, jap dok belakang yang penting Rayyan tak melalak. kena susu tempat duduk gitu. bantal kena bawak sorang satu.

So Sabtu pukul sepuluh pagi kemas baju and siap siap. Tu pun banyak barang terlupa. benda paling penting kalau travel iaitu Camera . Hahahah rasakan no camera masa kat Singapore?? dah lah terlupa bawak kain sembahyang Afriena.Ni semua gara-gara Rayyan yang mengamuk sbb dia dah tak sabar nak keluar rumah. Dia pagi-pagi dah mintak mandi, jadi bila dia siap yang dia tahu nak keluar je lah.Finally pukul 11 keluar rumah and pukul 3 dah sampai  JB. lambat sikit sbb jalan jam sampai Ayer Keroh. Nama je highway..lepas bayar tol terus mengadap jam.Entah apa-apa. Sampai JB, kiterang singgah ZZ Sup Tulang for late lunch. Lepas makan terus masuk Singapore. Singgah masjid untuk solat jap , jadinya takdelah kelam kabut kat rumah orang. Ada cerita istimewa kat masjid nanti buat special entry. Lepas ke masjid terus ke rumah my cousin yang sorang lagi sbb rumah yg nak tumpang ni takde orang , sbb dorang pi majlis akad nikah. Dekat je pun. Sampai lepak minum-minum then baru kerumah yang nak tumpang tido. Bebudak nak mandi. LEpas mandi gedebak gedebuk, kiterang keluar pi makan.  Bebudak dah kenyang sbb dah pekena Double Cheeseburger kat McD. Murah rega S$2.50 je. sorang satu la makan dah lah besar.Syok makan kat Long Beach..satay kambing terbaik wa cakap lu , pastu dorang order Sup tulang merah. Kiterang keluar ramai-ramai. Cousins, my auntie and anak sepupu.Habis makan, balik rumah dah pukul 12. Tido jelah semua. Sebab besok nak ke kenduri.

Nanti kita sambung ye. ada citer pasal kuda kepang.

Al-Quran Digital

Q1

Al-Quran Digital – Kotak aluminium

Q2

  • – Senaskah Al-Quran
  • – Pen Digital
  • – Earphone
  • – USB Cable
  • – 2pin power plug

EXTRA:

  •  Panduan Solat & Doa Harian
  •  Panduan Haji & Umrah
  •  Buku Panduan
  •  Hadith-Hadith Pilihan
  •  Dan banyak lagi…..

Q3

  •  Pen Digital
  •  USB Cable
  • Earphone
  • 2 pin power plug
  • panduan pengguna

Q4

  •  Panduan Solat & Doa Harian
  •  Panduan Haji & Umrah
  •  Buku Panduan
  •  Hadith-Hadith Pilihan
  •  Dan banyak lagi…..

Q5

 Halaman Al-Quran berkualiti dan berwarna

Q6

Panduan Solat dan terjemahan dalam Bahasa Melayu

Q7

Panduan Solat bergambar

Q8

Panduan Haji & Umrah

Berminat untuk memiliki? Boleh lah hubungi kami di SINI untuk harga.

Tiramisu In Glass

DSC_5290

First time ni buat tiramisu. Buat ni pun sebab untuk celebrate birthday suami yang tercinta. heheheh. Sekali lagi.. Hippy Birthday Suami…Sorry lah takde hadiah pun. Isteri takde duit la. Isteri hanya mampu buat kek dan dinner je. Since tengah hari lagi I dah start buat tiramisu ni. Resepi kastard dia I guna dari  Joy Of Baking. Dan untuk base I guna cake biasa celup dalam nescafe. Tak guna pun crisp ladyfingers tu. mana mau cari. malas nak keluar dengan Rayyan pastu balik pastu keluar balik. Siap masak kastad, kasi sejuk then baru assemble. Masa buat kastad…umm sedap baunya. FYI… kat resepi tu cakap guna RUM tapi I tak guna sbb haram…tukan alcohol. I baca …Rum tu boleh ganti dengan jus apple atau nenas. I tak guna pun. mula-mula ingat nak letak rootbeer je dalam kastad tu hahaha… suka hati je kan.

Sapa kata buat tiramisu susah? senang je rupanya. Lepas assemble, simpan dalam fridge untuk 3-4 jam. Bila nak hidang ayakkan serbuk koko atas dia pastu boleh lah santap. Afriena makan banyak la.  Biasalah perempuan… mesti suka dessert kan.

Resepi Tiramisu cara saya

Cream Filling:

1 cawan susu – bahagi 2

1/2 cawan gula (saya kurangkan lagi dalam 2 sudu)

2 sudu tepung gandum

3 biji telur kuning

1 sk esen vanilla

2 sudu butter

150g cream cheese – mascaporne takde dlm peti sejuk

Base 

sponge cake

Coffee Soaking Syrup:

1 1/2 cawan nescafe pekat

Topping:

Cocoa Powder for Garnishing

 

Cara buat kastad

masukkan separuh susu dan gula dalam periuk, kacau dgn api kecil.kacau sampai nak nampak mendidih tapi bukan mendidih. Sementara tu pukul telur  dgn susu, gula dan tepung dalam bekas yang lain . Bila susu nak mendidih.tuang kan susu tersebut kedalam mangkuk yang berisi campuran telur dan kacau hingga sebati. Lepas tuanglah campuran tadi dalam periuk dan kacau hingga pekat. Bila dah pekat dan takde ketulan, tutup api dan masukkan esen vanilla dan butter.  tutup kastad dengan plastik wrap dan simpan sejuk selama 2 jam atau lebih.

Bila kastad dah sejuk, keluarkan dari peti sejuk. Dalam mangkuk lain kacau keju krim hingga lembut dan sebati, lepas tu baru masukkan castad tadi dan kacau sebati

To Assemble

kacau kopi dengan air panas. rendam sponge cake dalam air kopi lepas tu transfer dalam gelas comel-comel. pastu isikan kastad. buatlah berapa lapis yang anda suka. bila dah selesai kerja assemble, simpan tiramisu dalam peti ais. Bila nak makan ayakkan serbuk koko. kalau ada buah berry boleh la letak.

Sekian sahaja resepi saya..anak dah nangis. Memang dia takleh tengok mama dia dok ngadap PC.