Category Archives: My Notes

Short Trip To Singapore

Nak kata plan gila tak juga memang tak plan pun nak Singapore. Hari jumaat tu lah before Kheirul pik kerja, I cakap kat dia

Abang…ada kenduri kahwin lah kat Singapore

Sapa kahwin? ala Siti anak cik Ani

Dia ada jemput tak?

Ada last year lagi tapi dah cakap tak leh pi sbb  bebudak sekolah

pastu dia keluar bilik, pastu masuk balik…and cakap apakata Jom?

saja je kan..mana lah nak cari hotel dalam masa terdekat ni semua kan, so I contact je my cousin cakap nak pi sana, nak tumpang tido boleh… dia cakap..datang je.

260120131239

masuk kereta terus suruh on TV nak tengok citer Puss In Boot

260120131242

Kakak kena duduk kat belakang supaya tak bergadun dengan Rayyan

260120131255

same goes to Ashraff. I plak kena flexible bila-bila diperlukan. jap dok depan, jap dok tengah, jap dok belakang yang penting Rayyan tak melalak. kena susu tempat duduk gitu. bantal kena bawak sorang satu.

So Sabtu pukul sepuluh pagi kemas baju and siap siap. Tu pun banyak barang terlupa. benda paling penting kalau travel iaitu Camera . Hahahah rasakan no camera masa kat Singapore?? dah lah terlupa bawak kain sembahyang Afriena.Ni semua gara-gara Rayyan yang mengamuk sbb dia dah tak sabar nak keluar rumah. Dia pagi-pagi dah mintak mandi, jadi bila dia siap yang dia tahu nak keluar je lah.Finally pukul 11 keluar rumah and pukul 3 dah sampai  JB. lambat sikit sbb jalan jam sampai Ayer Keroh. Nama je highway..lepas bayar tol terus mengadap jam.Entah apa-apa. Sampai JB, kiterang singgah ZZ Sup Tulang for late lunch. Lepas makan terus masuk Singapore. Singgah masjid untuk solat jap , jadinya takdelah kelam kabut kat rumah orang. Ada cerita istimewa kat masjid nanti buat special entry. Lepas ke masjid terus ke rumah my cousin yang sorang lagi sbb rumah yg nak tumpang ni takde orang , sbb dorang pi majlis akad nikah. Dekat je pun. Sampai lepak minum-minum then baru kerumah yang nak tumpang tido. Bebudak nak mandi. LEpas mandi gedebak gedebuk, kiterang keluar pi makan.  Bebudak dah kenyang sbb dah pekena Double Cheeseburger kat McD. Murah rega S$2.50 je. sorang satu la makan dah lah besar.Syok makan kat Long Beach..satay kambing terbaik wa cakap lu , pastu dorang order Sup tulang merah. Kiterang keluar ramai-ramai. Cousins, my auntie and anak sepupu.Habis makan, balik rumah dah pukul 12. Tido jelah semua. Sebab besok nak ke kenduri.

Nanti kita sambung ye. ada citer pasal kuda kepang.

Rutin Baru

Dah seminggu Ashraff dan Afriena sekolah. Seminggu jugaklah dorang bercerita tentang keseronokan di sekolah. Dulu sekolah lama jarang dorang bercerita best buat itu buat ini. Sekarang masuk kereta je… Mama I dah solat. Just now, my friend bla bla bla..sambil gelak gelak. Semalam Ashraff bercerita yang kawan dia main kejar-kejar dengan ustaz… Emmm  I rasa sangat odd sebab pada fikiran saya, ustaz selalunya sangat serious tak boleh itu tak bleh ini. But this one, main kejar-kejar dengan anak murid. Mungkin ini cara pendekatan yang berbeza kot.Tergelak-gelak dia cerita.

Tanya dia.. Are you happy with your new school? yes  I am

why? because I can solat, I can go to masjid

tu kata Ashraff, kata Afriena… I like new school because I can sleep at school.. hahah ini memang pelik rupanya kat sekolah, before solat Zuhur, Dorang kena nap for 10 mins, then solat then makan. Lepas makan, gilir-gilir cuci dulang sebab dorang makan berdulang. I suka situasi macam tu, Selain bebudak tu belajar, dorang juga dididik untuk bertanggung jawab. Kat sekolah tu takde pun pekerja cuci pinggan mangkuk, semua budak yang buat ..I guess tapi takpe, Konsep dorang semua sama..tak kira anak orang kaya ke, anak orang sederhana ke atau anak yatim ke, semua sama. Makan nasi lauk yang sama, kalau dapat makan ayam..makanlah ayam, kalau dapat makan lauk sardin, makan la sardin. Makanan yang dihidang adalah sama dengan apa yang dihidang kepada anak-anak yatim. Takpe  .. biar dorang belajar tak semua mudah kan..so far budak berdua takde complain pasal makan. Dorang makan je walaupun dorang tu cerewet. First few days bawak bekal, now tak nak dah sebab makan cukup. Dorang happy..homework pun tak banyak.

I plak rutin baru, pagi 5.30 dah bangun… kena kejut husband dulu sebab dia paling lama spend masa dalam bilik air, pastu kejut Ashraff dan Afriena mandi,solat , breakfast then 6.45 dah start kereta dah. Tapi kengkadang pukul 7 baru jalan. Mula-mula rasa ngantuk gak but now macam dah biasa, cuma sekarang dah takde movie night. Pukul 10.30 dah ngantuk dah.Sementara bebudak di sekolah, me n Rayyan spend time kat rumah. Hari-hari dia suruh vacuum rumah, mop lantai… hahaha. Tapi tulah, anak takde kat rumah tapi kerja tetap sama banyak. Baju kena cuci, kain kena lipat..heheh tak macam dulu himpun seminggu lipat, now angkat terus lipat.

Rayyan dia busy dengan citer Agent Oso, pastu kena pantau mana dia pergi. Kalau masuk bilik dia, kena ikut takut dia panjat katil Ashraff. Memang I dah nampak dia panjat…

Ok..lah btw you all aware tak pasal fenomena LISTEN! LISTEN! LISTEN! :)

Setia Hujung Nyawa

Sapa tengok citer ni??? I baru je terjebak. tu pun main forward je citer tengok kat Tonton. Nak tengok tetiap malam time maghrib takdelah.. rimas… time busy ni.Lagipun bukan contoh yang sesuai untuk anak-anak. Kita suruh dorang mandi get ready untuk solat, tapi kita sendiri mengadap TV.

setia-hujung-nyawa

image : credit here

Citer dia oklah..takdelah macam mengarut. nampak macam more to realiti sikit. Takdelah kahwin sampai tunggu 8 tahun kan. Paling suka tengok watak Raja Ema, sebab kemanjaan dia masa remaja masih sama tahap manja dia masa dah berumur. Oklah sepanjang dok tengok citer ni, I perasan something, Perasan tak u all, rumah yang Zain dan El duduk tu , macam sama je rumah Ain dan Azie dalam cite Adam Dan Hawa?Rumah sama eh?