Category Archives: My Notes

Banyaknya contests

Lately..banyak plak contest yang ada kat internet. Sapa kaki contest ni memang lah sangat suka kan. I pun suka. Tak salah rasanya mencuba kan.

Berikut contest yang ada  dan kalau you all nak join ke apa boleh lah click for details

 

Drypers contest – yang ni kena submit story pasal kita bila dah ada anak. Grand prize RM3500. Banyakkan. –click gambar untuk details

ni contest ice cream kat facebook. Hadiah dia RM1000. ada 9 pemenang – click gambar untuk details

Hadiah dia  RM3000 cash – click gambar untuk details

This is so cute. Yang ni pun ada contest . sapa ada baby  boleh lah. kena buat scrapbook. baby I dah besar.

BEst kan banyak contest. Tak salah mencuba. Kalau menang rezeki tak menang tak rugi

 

“Kurma” Termahal

Hari Jumaat lepas adalah seperti jumaat yang biasa tiada yang luar biasa cuma Jumaat lepas , I tak masak nasi..I buat roti jala. Haih lenguh kaki berdiri dok menjala. Tu pun pakai 2 dapur dah. Kari Ayam dah siap. Cuma kena menjala je. Sambil menjala sambil suap Rayyan. Dia tau mama dia buat roti jala, makanya dia buat muka cute datang dapur nak makan sambil peekaboo kat fridge. Last  Jumaat , I menjala 6 cawan  gandum untuk buat roti jala. Mana taknya, Afriena booking nak makan sepuluh, dia makan roti jala dengan madu. Pastu Ashraff cakap, tamaknya Afriena, Ashraff nak makan 9 je. 9 ? ada beza tak? sama je kan …Tapi takpe makan je lah nak tu memang kegemaran dorang jugak. Roti jala memang takleh beli pun kena buat sendiri. Lagipun kalau beli ada je yang tak kena. Kadang rotinya basi, kadang kuahnya air campur serbuk kari. Dari I kutuk situkang jual baik buat sendiri. Maka menu hari tu, cuma roti jala dan  Kari Ayam.

Sementara dok menjala, suami pun baliklah lah. Terdengar tapak kaki Afriena berlari bukak pintu untuk papanya. Sampai je I dengar..

“mama mana?” tanya suami

“in the kitchen, cooking ” jawab Afriena – bertuah punya budak orang tanya bahasa melayu dia jawab omputeh

“mama masak roti jala ” sambung Afriena dalam pelat cina hahahah

“Papa beli apa?” tanya isteri

“nothing la mama… it’s Ashraff ‘s shoe ” Ashraff tolong jawab

“Buah kurma je..nah mama buah kurma” kata si suami

“Oh ok…” jawab isteri sambil sibuk dok menjala

“Nah mama buah kurma…” kata suami

jap jap (dalam hati sambil berkata, awatlah tak simpan sendiri )

“Nah mama buah kurma..” kata suami lagi sambil menghulur beg plastik

I pun sambutlah buat kurma tu yang hampir nak jatuh, pestu tetiba rasa  macam ada kotak dalam, banyak nye kurma sempat lagi bisik yusuff taiyyob.. sekali nampak kotak satu lagi..what??? iphone 5? $^%&(*)($_)$ terpekik -pekiklah I kat dapur , hahaha pastu tanya apasal papa beli? tak payah lah beli. Phone lama ok lagi kan. Still boleh SMS, whatsapp, boleh call, boleh MMS…Dia cakap ala, phone yang lama tu bukan betul dah pun dah berapa tahun pakaikan.

hohohoho thank you , thank you sambil memeluk suami tapi masih menjaga batasan puasa ye. hahahaha. Lepas tu dia pun amik balik phone tu sebab nak setting kan macam-macam dalam tuh. biasalah . Pastu Rayyan pun datang buat-buat terkejut ..dia cakap hah iphone? mama? padahal abang dan kakak dia dah tau dah.

Thank you husband for the surprise <3

Tak payah lah tayang phone sama je mana-mana iphone 5 dan untuk pencerahan, ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, ini adalah untuk berkongsi rasa gembira saya je dan mengekspresi rasa penghargaan saya terhadap suami. Jadi bila dah ada iphone, maka rajinlah snap gambar makanan jeng jeng jeng

ayam-bakar

ayam bakar -sat lagi saya kasi resepinya

baked-pasta

Baked pasta-resepinya di sini, atau  di sini

sayur

 

dan resepi kangkung belacan di sini

 

Sekian

Online Shopping Di Tesco

Walapun I bukan shopaholic tapi kekadang ada jugak shopping. Hahaha.. no I am not shopaholic. I am just normal person. Semenjak menjadi surirumah, aktiviti shopping dah bertukar rentak dan gaya. Dulu pantang lunch hour ada je pi membeli. hehehe almost everyday. Kalau benda takleh makan, benda yang boleh makan. Tapi most of the time kat supermarket Cold Storagelah especially masa stress dgn virtual boss kat jepun. I suka sangat grocery shopping. Entahlah menenangkan. Itu dulu ok, ada masa masuk supermarket kat shopping mall. Now?? I rasa malas sangat nak pi supermarket cari barang dapur. Bukan I je, Kheirul pun sama. Bawak anak 3 macam 10 anak. Terpekik sana, terpekik sini. Nak kata dorang ni jakun tak pernah masuk supermarket dah selalu dah masuk. Pastu barang yang dok dalam list takde yang takde dalam list banyak plak. ce citer acane?

Now bila I dah tau pasal Tesco online…wawawa suka suka suka untuk spesis macam kiterang laki bini yang suka sangat online shopping. Dua dua suka membeli secara online. I memang takleh lepaslah HopShopGo. Dua bulan sekali cukup duit tabung, mulalah dok senyap depan PC . Kadang siap sembunyi hahaha takut laki marah.hahaha dia tak marah pun sebenarnya tapi excitement tu best. Alah nak marah buat apa dia pun sama, senyap senyap barang sampai kat opis lagi senyap. Benda yang best pasal online shopping, kita boleh budget banyak mana RM nak guna, boleh memilih dengan tenang dan selesa. Buat masa anak dok tidor lah takde gangguan. Kalau ngan anak nak pilih baju pun susah. Kalau beli baju dorang, I tanya je yang mana satu berkenan kasi multiple choice pastu pilih.

Ha back tu Tesco, semalam baru mencuba. Susahnya nak cari review pasal online shopping tu. Tesco taknak amik sawanila ke tolong buat iklan??? hehehe Senang je step dia. Macam biasa kalau nak online shopping haruslah register dulu, kena key in alamat rumah, clubcard details . Macam biasa. Lepas register ha apa lagi..berjalanlah secara virtual pilih barang. I tak beli banyak mana pun , beli mana yang perlu. Sebab kalau nak pi Tesco semata beli kicap , belacan cereal harus sampai RM300 beli barang. Semalam RM122 je termasuk kos penghantaran RM10. Murahkan

tesco1 tesco2

 

Senarai barang yang dibeli.

Kebaikan beli online kat Tesco, ni pada sudut pandangan saya ye

  • Kalau orang yang malas macam I nak ke Tesco bersesak beli barang beratur kat kaunter nak membayar memang sesuai. I memang tak suka drive and cari parking kat sana. Kereta panjang memang terhegeh-hegeh lah nak parking. I dah lah jenis paranoid dgn tempat parking nak-nak berdua dgn Rayyan.
  • Boleh pilih barang dengan tenang, boleh survey harga jugak. Contoh macam kicap cap kipas udang, harga yang biasa kiterang jumpa kat mana-mana even kat Tesco, harga dia RM10 tapi semalam jumpa RM7.59, terus Kheirul cakap beli 3 botol senang. Dia memang, takde kicap tak tenang dia nak makan. Kicap brand lain tak nak. Pastu Telur ayam, boleh tengok berapa harga then beli. Kat rumah kuat makan telur jadi memang kena ada dalam stok
  • Shopping dari rumah ni senang, boleh je check kat dapur apa yang takde then click add. Pastu kalau dah confirm order sekali teringat alamak..belacan habis, sirap takde cheese pun dah menyusut, boleh je tambah. I tambah orde semalam pastu Tesco hantar email lagi sekali .Tapi ni semua kena buat before pukul 11pm
  • Boleh set budget. Macam ni I set RM150 je, so pilih apa barang yang habis. Kalau tak asal pergi barang dapur je, RM300. 4 kali pergi acu kira berapa
  • Barang dah sampai, kita boleh check dan bayar. Tak suka barang itu kalu boleh je decline without any charge
  • Boleh booking slot untuk delivery. Maksudnya boleh pilih pukul berapa nak dorang hantarkan. Macam I yang dok rumah ni haruslah pagi lagi senang :)
  • Sesuai sangat untuk housewife macam I ni kan :)

Keburukan?

  • Bab barang fresh ni, takut nak try jadi I tak beli pun. Ingat nak beli lauk ke tapi sebab suami saya sangat crewet bab lauk maka dia dia cakap..takpe yang tu beli kat pasar. Bab sayur kena serahkan pada I lah sbb I mesti nak cium nak hidu baru beli
  • Tak boleh check tarikh luput.. jadi masa barang sampai sila check… kalau dah luput boleh decline
  • Bayar pakai credit /debit card je. No cash

 

brg

 

Alhamdulillah barang dah sampai. Delivery man pun mesra pelanggan. Barang yang sampai saya check dulu..semua ok. Yang penting kicap cap kipas udang ada dan murah. Selalu jumpa RM10. Telur Sandy murah kali ni, ada macam-macam cheese untuk sandwich and cereals for us sahur nanti. Next time beli beras pun I order online je kot :) . Puas hati. BArang sampai baru bayar ye :)

Nota kaki: Ini bukan iklan ye , segala feedback adalah ikhlas dari hati. Supermarket lain patut buat macam ni jugak