Category Archives: My Notes

Doa ketika anak sedang tidur

Ni I dapat facebook yang orang dok share. So I panjangkanlah kat sini.

doa

 

My MIL selalu pesan baca Surah Toha  ayat 1-5  pastu sapu kat ubun-ubun anak. Buat jugak kekadang time teringat. Anak-anak I pada pandangan I macam budak biasa jugak. Nakal jugak kadang tak bertempat, Malas jugak especially Afriena kalau time buat homework bahasa melayu. Memang kalau ajar bahasa melayu rasa macam boleh bertukar jadi naga. Jadikita sebagai mak ni kena rajin berdoa betul tak. Terima Kasih pada yang buat poster ni ye.

Shopping Raya

Helooo awak semua…dah shopping raya dah ke? Kiterang dah. heheheh seperti tahun-tahun sebelumnya, shopping raya adalah sangat sederhana. Beli baju untuk raya pertama je. Raya kedua pakai jela baju mana ada. Banyak baju jangan membazir. Macam biasa, kiterang takde istilah sofa raya, cat rumah raya, langsir raya, kereta raya dan sebagainya. Cuma beli baju melayu untuk boys and baju kurung untuk the only daughter.  Kena berhemah belanja walaupun rayasetahun sekali.

So last weekend ..Ahad to be exact, kiterang ke Bangi .Bangi je dekat ngan rumah pi cari baju melayu untuk Ashraff n Rayyan. Kiterang mencari baju raya yang sesuai untuk budak lasak iaitu Rayyan. Maka fabriknya mestilah kain cotton atau dalam bahasa melayu kain kapas. Sebab Rayyan kan tak boleh panas, nanti badan dia naik bitik-bintik pastu dia tak nak pakai baju. First kiterang lalu tempat jual jubah aka tempat biasa pi beli jubah Ashraff tapi tutup plak , tapi masa nak balik dia bukak plak … Sebab pernah nampak dorang jual baju melayu kain cotton. So sbb masa sampai kedai tutup kiterang ke Bangi Utama, jalan kaki je, takmo parking kat Bangi  Utama, seram sbb roof keter lalu tak berapa lepas. So, jenjalan kat luar tengok takde baju melayu, masuk dalam naik tingkat atas, nampak banyak tapi tak jumpa saiz Rayyan and some more sangat mahal. Baju cinonet saiz Rayyan dan 60-70. Kain cotton je pun. Mahal nya. Jalan lagi last jumpa satu kedai . Kedai ni jual baju melayu berderet semua kain cotton. Harga dia tak agak-agak kau..murah baju budak kat situ cuma RM30 and baju orang tua RM50. So kiterang pilih kaler kat situ. Kena tanya budak nak kaler apa. Ashraff awal-awal cakap taknak kaler pink hahaha takut dia kaler pink and I awal-awal dah cakap tak nak kaler merah sbb setiap tahun baju melayu dia kaler merah. So finally kiterang amik kaler macam nak kelabu tapi nampak hijau dan purple. I pun tak tahu kaler apa. Murah je RM30 tapi saiz Rayyan ada satu je. Dah alang-alang murah Kheirul pun beli untuk dia satu . RM50 je.  dalam hati berkata sempoi betul laki aku pakai baju melayu murah-murah ” Suka plak dia dapat baju melayu murah. Kalau you all nak mencari kedai..pergi cari kat tingkat atas. Dia ada jual baju melayu , baju kurung dan peplum untuk bebudak. Nama kedai tak tahu lupa nak snap. I berkenan baju kurung at situ kain cotton and sejuk tapi sbb takde untuk saiz budak maka kita cancel.

Turun bawah cari baju Afriena. Kat tepi-tepi kat bawah ada jual baju budak. Beli dua, satu hijau, satu polka dot merah-pink. So boleh lah match dengan I baju hijau and dress merah. Bukan apa raya kedua kiterang nak pi meminang anak dara orang kena cari baju kurung. Harga baju kurung budak adalah RM45, tapi sebab saya orang kelate, jadi sayo kecek kelate jah, pahtu jo jual bui RM30 sepasey. ambik duo lah seney..muroh key. pehe dok sayo royak ni. Lepas tu misi mencari tudung plak. kedai sebelah ada jual..amik satu shawl je.  oklah untuk baju hijau dan merah. Thank you suami. Tak beli baju raya sbb ada dua pasang baju tak pakai lagi. Pakai je mana yang ada jangan membazir. Sekarang kita pikir buat kuih raya. Afriena ajak buat kuih raya plak. nak buat kuih apa ye?

Iphone 5 case

Dah ada Iphone 5 ni…maka kena mencari case dia plak.Suami cakap..haa casing kena beli sendiri takde dalam pakej hahah. takpe bab bab online shopping serahkan pada saya ye. Maka surf lah saya few dan berkenan. Ada gak yang rege samapai beratus ribu ripanya. Apalah dorang ni, phone tu lagi murah dari case dia.

Ada few iphone case yagn I suka dan berkenan. Harga dia oklah

 

1. PETULA STRIPE IPHONE 5 CASE by Kate Spade

kspade-8aru0125-seaglassbrightberyl-1-long

 

Harga dia USD$40 by Kate Spade. Kalau ada kaler hitam lagi bagus boleh match dengan my kate spade purse

2. POPPY STAMPED C IPHONE 5 CASE

 

 

03984186_zi_multicolor

 

Harga dia USD38. Lawakan

Tapi semua ni Kheirul tak berkenan, sbb dia cakap amik yang yang boleh tutup skrin lagi bagus. Maka I pun cari lagi. Kena dengar cakap suami you all hahahahah… and finally jumpa yang ni

2

 

Kalaideng Painting series. Harga dia RM40 beli kat sini je. Ha dia nak yang tutup camnilah. dalam ni boleh letak card dan duit jugak. Ok lah tu..lawa jugak dan yang penting phone tak calar ke apa nanti. Yang dua kat atas tu, insya’ allah kalau ada duit lebih nak gak beli.