Category Archives: My Notes

Cerita Raya Kedua – Merisik ke Meminang ni?

Raya kedua, bangun tido je, I dah pikir nak masak apa. Beginilah nasib chef of the house. Sangat penat bila kena masak untuk ramai orang tapi sangat happy. Cuma tak happy kalau yang makan tu tak reti cuci pinggan. I kerah je yang lelaki, cuci pinggan sendiri. Korang nanti kahwin jangan malas tolong bini cuci pinggan. Tak jatuhnya martabat kelakian korang kalau cuci pinggan.

So raya kedua, pagi tu I goreng bihun , pastu my sis buat sandwich sardin dan french toast. Abuden, anak-anak I kan anak mat salleh celup, mesti nak french toast lah pa la. Air pulak, kita buat teh o’. Favorite semua orang. Saja buat breakfast berat sikit sebab tengah hari tak payah masak sbb nak pi rumah bakal menantu hahaha. Dorang dah masak siap-siap dah. Habis makan breakfast, Bebudak lepak kat atas, sementara Rayyan sambung makan ketupat plak. Biasalah sikecik ni. Badan je kecik, tapi makan Masya’ Allah. Lepas tu, kiterang bertungkus lumus buat barang hantaran. Takdelah banyak pun cuma 3 bekas. Pihak perempuan  cakap tak payah bawak, cincin pun tak nak, tapi takkan kite pi rumah orang nak pi tangan kosong kan. So buat 3 bekas. Satu bekas buah-buahan, Satu bekas persalinan, satu bekas manisan. Seronok je buat hantaran. Semua menyebok yang lelaki lah menyebok. My bro yang kahwin dgn chinese tak merasa antaran ni semua sbb dia main kasi ang pow. Yang laki lagi sorang plak dia tempah je. So kali ni merasa lah buat hantaran. Tak sabar nunggu untuk buat hantaran kahwin plak. Harus buat bunga telur, bekas hantaran ni. Excited kakak nya..habis tu nak tunggu anak sendiri lambat lagi kan hahahaha.

Tengah hari plak.. lelaki-lelaki macho pi solat jemaah. Yang tak pi tak macho tau. Sementara nunggu dorang balik yang perempuan jelita semua siap-siap. Sampai je dorang terus bertolak ke destinasi. Pergi anak-beranak je, pastu bawak atuk kiterang. Sedih nengok atuk saya. Dah tua dah tak larat. hari tu jatuh motor, patah bahu. Takde plak sapa nak cerita kat I. Atuk I ni sangat baik tau sbb dia selalu ajar solat masa kecik dulu,selalu tazkirah bila lepas solat. Ye lah masa tu dia dok sama ngan kiterang. Bila dia re-married dia pun dok rumah sendiri.

image

Susah nak ngambik gambar dengan anak yang nak dok atas riba, Nampak Ashraff tu? Ustaz muda . siap dengan songkok bagai. Afriena je belum bertudung. Insya’ Allah next year sebab dia nak mintak nak bertudung nak tutup aurat katanya. Next year kita mulakan. Alhamdulillah, Afriena bila diajar pasal aurat dia dah paham. slowly akan berhijab next year.

image

Lauk yang simple, tapi menjilat jari makan. Ada budu, sambal dan nyelor.

image

Jurucakap yang baju hijau tu..my BIL. Yang tudung biru tu my sis. Yang berkopiah is my atuk. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat atuk (ayoh).

image

Afriena. Siap mintak pakai lip balm tu. Itulah anak pempuan..heheheh. Tarikh kahwin tak tahu lagi bila tapi katanya next year.Tapi sebelah pempuan suruh cepat sikit sbb memasing dok jauh. I dulu bertunang 4 bulan je. bayangkan persiapan perkahwinan 4 bulan je.

Majlis Buka Puasa Keluarga

IMG_0061

Sabtu lepas ada majlis berbuka kat rumah BIL bersama MIL.  Sebab dorang dah siap masak, so kita bawak kuih dan kerabu sare je. Biasalah sbb ramai maka makanan pun banyak sampai dah tak tau nak makan mana satu. Ada sate, ikan bakar, ikan sweet sour, nasi beriani, nasi putih, sup ekor, sambal ikan bilis

IMG_0062

Ikan bakar tu tak tau beli kat mana… tapi sedap. Tengok ni pun meleleh air liur nih. Sabar jelah. Sup ekor dalam periuk tu pun sedap

IMG_0063

Ni ikan talapia kan?? Tak sempat makan. Banyak sangat nak makan

IMG_0064

onde-onde yang sempat di gentel dalam masa 10 minit siap. 3 orang buat. Kalau yang kaler macam guli tu I yang buat. I kan budak nakal :)

IMG_0067

Tengok tu budu punya banyak…Walaupun I hantu budu tapi tak sempat makan. Sebab hati berkenan dengan sambal ikan bilis dengan tempe. Sekali sekala nak makan tempe gak.

IMG_0068

Yang ni bahagian bawah. banyak kuih-muih. Ada cheese cake,  caramel pudding, akok, roti john, murtabak,bubur pulut hitam

IMG_0070

Best sekali sekala makan beramai-ramai.  riuh rendah gak la

 

Pasar Borong Seri Kembangan

Jumaat malam lepas, malam lepas terawih tu, kiterang satu family pergi pasar.  Sebab musabab kena pergi satu family adalah sbb I nak ikut pi pasar sbb nak beli sayur sendiri. Nak cari sayur pelik yang nama dia murangai sbb nak campur dalam kari ikan. Dah lama tak pi pasar. Bebudak pun sama, sampai lupa bau pasar. Sampai je..ayoyo sangat busuk nya. Mungkin dah lupa bau pasar kot. Kitarang, pi beli ikan dulu. Ikan pun dah mahal harganya. Bukan ikan jelah…ayam pun sama. Ni apa kena semua mahal harga ni????

IMG_0038

Sangat suka pergi ke gerai sayur. Tapi I lagi prefer kat Pasar Malam Taman Tun kalau beli sayur. Segar dan takde bau

IMG_0039

Sayur-sayur kampung pun banyak. Cuma yang pelik kenapa ramai warga asing yang meniaga? LEsen alibaba ke semua. Sampaikan dah habis membeli, pi pat kereta, I boleh cakap kat Kheirul..welcome back to Malaysia. So not homely kat pasar tadi. Patutlah pasar borong nampak lagi kotor abb it was handled by foreigner. Senang jer, bila foreigner yang handle, dorang akan set the standard macam tempat dorang. Tak suka tau suasana macam tu

IMG_0044

Ni kawasan ikan. Terubuk ni baru naik kot..RM18 ke RM20 sekilo. Mahal gila babas. Rayyan kat pasar hari mulut terlopong je sebut fish, fish,fish sbb banyak fish

IMG_0049

Gerai Ayam. RM7.50 ke RM7.80 sekilo tak ingat sbb Kheirul yang bayar. Ayam pasar besar sikit dari ayam supermarket.

IMG_0048

Udang ada macam jenis udang. Besar-besar dan duit pun kena besar. Tapi kat rumah udang tak berapa laku kecuali buat rencah masak mee atau sayur.

IMG_0046

Ni plak gerai kambing pastu gerai lembu. Tak beli pun kurang makan daging dorang ni. Kambing tu nampak sedap plak.