Category Archives: My Notes

Pasar Malam Day – Sunday

Semalam balik je rumah dari training, terus cakap kat Kheirul…. Abang malam ni gi pasar malam nak tak?  Dia bolehkan ajer. Dah lama tak pi pasar malam. Nak pergi cari buah-buah dengan sayur. Malas nak masuk supermarket ni. Kang masuk sana semua benda nak beli.So petang lepas Asar tu, kiterang ke pasar malam Taman Tun. Pasar malam feveret la tu. Tempat lain jangan tanya. Dulu suka pi Bangsar tapi sekarang pasar malam dia macam dah mengecil, so pasar malam Taman Tun la yang best. Sampai je pasar malam, pergi beli keropok untuk Afriena dan ayam Uncle Bob untuk Ashraff. Kasi mulut dorang diam dulu baru boleh melilau cari sayur dan buah. Ternyata barang sudah naik harga. Mana-mana I pergi penjual yang banyak mengelih. Kedai baking mengeluh, kedai runcit mengeluh, cina pasar malam pun mengeluh. Tak lama lagi kalau nak beli gula sekilo kena bawak duit satu plastik.

image

budak botak tidur. Senang lah. Tapi masuk kereta bangun and makan banyak

image

Aiskrim legend….sedap

Ok dah dapat ap yang dicari, maka kiterang pusing tengok barang lagi. Beli buah orange, sayur 3-4 jenis, pastu barang kunyahan. Nampak ais krim potong beli ais krim potong. Tapi dorang jelah, I tak beli pun sebab takde perasa durian.Sedap aiskrim potong tu, sampaikan masa tengah dok berjalan ada orang tahan Kheirul tanya beli kat mana . hahaha.

image

Ketam nipah. RM25 sekilo. Kalau kat kawasan rumah ni harga dia RM35 sekilo. Ada yang lagi mahal dari ni pun ada

Sambil makan ais krim, sambil berjalan sekali nampak ketam plak. Terus Kheirul cakap slang orang puteh. Mahu makan ketam? Aiseyman, kena tanya soalan macam ni baru betul, Nak masak ketam tak? I cakap ok je. So kiterang beli sekiloa. Tak payah banyal sebab yang makan 3 orang je. Afriena n Rayyan tak makan benda ni.Jadi sebab dah ada ketam, maka kena balik cepat sebab nak masak pastu nak tengok bola lagi. Pukul 8 dah boleh makan ketam tu. Makan dengan mantau. Budak yang tak makan ketam makan mantau je. sedapnya yummy yummy. Kalori yang dah terbakar masa training tadi ditambah baru. aiyo…

image

Pastu masak jadi macam ni

 

Jogging lagi

Macam biasa, hari Sabtu hari bersenam sekeluarga. Mesti pergi jogging. Sekarang tempat pilihan adalah Tasik Perdana. Bersih tempat tu takde monyet yang pastinya dan paling penting anak-anak suka sebab ada banyak playground. Pukul 8.30 jogging sampai pukul 10. gilir-gilir jogging sebab nak jaga bebudak main playground.

photo 1

best je..pagi-pagi sejuk nampak air

photo 4

kuat merengek..suruh orang lari slowly 

photo 2

pagi sampai taknak jalan,nak duduk stroller

photo 5

dah start panjat dah,,

Bukan boleh percaya budak bertiga tu, panjat sana-panjat sini, buai laju-laju tinggi- tinggi. Aktiviti macam ni kena buat by weekly lah nampaknya sebab semua suka dan tak payah bayar apa-apa. Tempat parkng pun senang  kat sini. Sementara, bebudak ni main kat playground, Kheirul jogging round  tasik and I pulak buat senaman setempat. Buatlah apa sampai badan lencun. Baru puas hati. Dah habis turn Kheirul I buat satu pusingan je.

photo 6

dah nampak playground terus taknak stroller

photo 7

cheeky face

photo 8

Saja nak tunjuk ketiak lah tu

 Pastukan nak balik satu kerja plak nak memujuk Rayyan. Dia dah tangkap cintun dengan buaian. Bila ajak balik, dia cakap taknak…pastu I pujuk lah dia,

ok mama push 10 only ok

dia cakap ok, bila dah 10 kali push dia cakap tak nak

dia cakap taknak.. dia boleh suruh push 12… main tawar menawar plak

Dah habis 12 push taknak turun dia up kan lagi… dia suruh 20 push.

Habis 20 push taknak balik, dia up lagi 20 20 20

argghhh banyak lah dia. main up up macam tu. letih tau, matahari dah meninggi, last I tanya Baby nak orange tak, terus nak turun. Siap jogging berlari balik ke parking. Jogging ala terkedek-kedek sampai semua orang tengok dia senyum. Ashraff dgn Afriena pun tak larat nak kejar. Nak air orange punya pasal. Last Afriena duduk dalam stroller Ashraff tolak. hahahaha

Our Birthday

Yeay dah start sekolah, maka kena lah start kemas rumah, settlekan hal baju sema. Balik KL since jumaat, kesian mesin basuh, dok cuci baju je. Berapa kali kena cuci dah.ada kat 8 load sbb kiterang away from ome for 6 days. 2 load dark garment, 1 load colour garment, 1 load white garment, 1 load undergarment,1 load denim, 1 load handwash, 1 load towels.

Banyak kan mau nangis mesin basuh. So sekarang aktiviti lipat undergarment, towel, jeans. Sat lagi lagi la. Pening kepala kena hujan pepagi.

Oh ye semalam birthday kita tau. Terima kasih semua yang wish birthday kat saya ye. Sob sob birthday semalam takde kek. Bila diutarakan soalan pasal keke, Kheirul cakap…. Tak boleh makan keke, kata nak kurus. Huhuhu…. Actualy balik kampung hari tu, kerja makan je la. Belm sampai rumah dah makan nasi kerabu. Sampai rumah, ngap lagi dan lagi dan lagi.Tak sampai rumah, I dah pi pasar beli lauk. Balik terus masak. I masak kari kepala ikan, my sis plak masak sayur. Bla bla..and dessert plak pengat durian makan dengan pulut. Haih bayangkan…tu belum lagi makan rumah MIL. Nanti separate entry pasal makan. So happy birthday to me, Afriena and Ashraff. Ashraff n Afriena macam biasa sambut sama-sama. Dorang dah macam kembar, cuma lain tahun je. Kiterang beli kek, kat KB je. Makan kat rumah MIL.memula ingat nak celebrate kat rumah my mom, sbb ramai orang, cari kedai kek kat tanah merah semua tutup. Halamak …. sampai menangis Ashraff sbb takde kek. Siap cakap nobody remember my birthday.  Ololo sian dia.

image

 

anw, happy birthday to us….