Category Archives: My Notes

Kitten Food, kita kasi review on behalf

Since dah kucing 2 ekor ka rumah plus sekor kucing jiran, rumah macam ceria dengan jerit pekik anak-anak sbb dok kejar dorang je.

doranglah peneman masak, peneman lipat baju..

Embun, kucing betina yang sangat nakal. Dah dua kali dia terjun dari balkoni sebab dia ingat dia  burung. Pandai ajuk bunyi burung.

https://www.facebook.com/yatie.alai/videos/10155344376551328/

Video Embun tengah bersembang ngan burung. Ruti pagi budak dua ekor adalah birdwatching kat tepi balkoni. Tepi rumah kiterang ni adalah hutan…banyak burung lepak..suka lah dorang

Chemong – Sijantan yang manja tapi takleh duduk diam. Semalam dia pun mencuba lompat dari balkoni…haaa lepas tu kaki terhencut. Kheirul kasi urut..nampak ok dah. Bila dah ok dgn hencut sikit=sikit..masih lagi lari sana-sini

Samel plak kira bodygurad lah. Dia ni kucing jiran, tapi selalu lepak sini. Time sidai baju, berkebun dia ada je meneman. Time mencangkul kat depan tu lah dia lepak tengok orang buat kerja. Boleh harap jaga Embun n Chemong. Pantang nampak orang masak dia pun dok lah tepi tingkap dapur meow meow. Makan semua benda. sandwich, roti krim, ikan rebus n nasi n off course lah kibble. Senang jaga. Nak berak balik rumah dia..lepas berak datang balik. Mandi pun balik rumah

Since ada yang dok tanya pasal makanan anak kucing, haa ni dia siap ngan review gitu. Harga base on Lazada.com. Dah situ senang cek online kan

Tapi selalunya makanan kucing kami beli kat Dewi Pet Shop. Harga lagi murah. Kedai dia  ada kat banyak tempat so senang lah. 

Jenama Harga Kesedapan Keadaan najis Kedaan kencing Nak beli lagi ke tak?

Molly Super-premium Cat Kitten 2.5KG

RM41.50 sedap kot nampak kucing makan lahap. Bau macam ikan bilis Najis sangat berbau. Dah taik mesti bau busuk. Tapi memang busuk lahBau najis adalah skala 5 kencing of course bau hancing giler Tak nak dah kot sbb time nak cuci pasit dia, bau busuk lah
IAMS Proactive Health Kitten 7LBS RM80.09 mungkin tak berapa sedap kot sebab budak dua ekor tak berapa nak makan Najis berbau. Dah taik mesti bau busuk. Bau najis adalah skala 4 kencing of course bau hancing Kalau takde choice beli jugak

Blackwood Kitten Food Chicken Meal & Brown Rice Recipe 1.8KG
RM56.29 Sedaplah tu…makan lahap. Dapat je Blackwood, makan macam 50 hari tak jumpa makanan Najis kurang berbau. Bau najis adalah skala 2 Kencing bau lah sikit Memang akan beli, sebab budak 2 ekor tu suka sesangat

EQUILIBRIO Kitten 7.5 kg
RM157 Kucing makan sikit-sikit tapi habis.. Dorang tau mahal kot so dorang jimat lah tu Najis hampir takde bau. Bau najis adalah skala 0.5 Kencing takde bau hancing Memang akan beli, sebab berak takde bau. Tapi kalau EQ habis kat kedai kena beli Blackwood lah

Harap membantu. Bab kesedapan makanan, bergantung pada lahap kucing makanlah. Takkan tuan punya kucing nak rasa plak kan.  Buat masa ni baru 4 jenis cuba. Dan kesimpulan yang dapat dibuat, Kami akan meneruskan penggunaan EQ dan Blackwood kecuali dah takde stock terpaksa kasi iams lah. Molly maafkan kami, tak nak beli dah. Pening bau najis kucing-kucing. Busuk semacam.

Pengalaman membeli barang baby dari iherb.com

MInggu ni dah start masuk minggu ke 32.  Last check doctor Sabtu lepas, Doktor kata takut keluar awal sbb masa Afriena dulu keluar awal dua minggu. So,kena lah mula membeli barang-barang baby. survey toiletries baby kat Malaysia, mahal nya.  Sekali nampak iherb tersengih je everytime google. So apa lagi masuk dalam iherb, start order lah. Harga memang murah giler.

Saya tak beli banyak just beli 5 barang je, saja nak test. Kang beli banyak sekali sangkut kat Kastam kan, Memang dah aware beli apa-apa barang below RM500 memang tak kena cukai, tapi kadang mari angin nak kena cukai sakit gak hati. 

BAnyak besa harga kat Malaysia ngan kat  USA. Jangan kecam ye, saya hanya mahu berjimat dizaman gawat ini.

Saya order hari pada 20 July 2017, dan barang sampai pada 25 July 2017 . Delivered by DHL.

Ini barang yang saya order

NI untuk shampoo dan bodywash baby. anak-anak ..duu-dulu pakai Sebamed je, tapi Sebamed kat sini dah mahal

Ni beli untuk Afriena. Setip kali mama pakai lipstik dok tanya itu ini. So belikan lah untuk dia kasi satu, lebih mama simpan/pakai

Dulu masa Rayyan kecik-kecik pakai ni je. Time tu yang 30ml harga RM30, sekejap je habis sebab serbaguna. Masa Rayyan kena fungal infection, dengan izin Allah krim ni yang banyak membantu

This is for me.

and for me.

Tengok beza harga kat bawah

items Malaysia  iherb
Shea Moisture, Baby Extra-Mild Wash & Shampoo 384 ml 63 30.21
Earth Mama Angel Baby Angel Baby Bottom Balm 60ml 50 37.22
Earth Mama Angel Baby Natural Nipple Butter Nursing Cream (60ml)   75 37.22
Earth Mama New Mama Bottom Spray (120ml) 73.9 37.83
Sierra lip balm – 4pcs 61 15.06
TOTAL 322.9 157.54

Total dari iherb adalah 157.54 , pastu dia tolak untuk first timer sebanyak RM7.88, then campur shipping cost RM8.66, Maka jumlah yang kena bayar adalah RM158.32

Mau tak jimat. Itu adalah harga mengikut nilai matawang semasa,

Memang melekat lah dengan iherb nanti sebab ada jual makeup. Yang buat saya suka adalah banyak organic product. especially untuk eczema lah…

Dah baca banyak review orang…. kalau order supplement macam vitamin, mesti kena ada surat… 

Since saya dah biasa order kat USA, I will always limitkan belian tidak lebih dari RM500

Bayaran guna credit card atau paypal

in case you all nak beli ke, click je link kat sini..dapat lah diskaun

ha dia ada cakap

Let others know about iHerb by sharing your Rewards link with them. They will save 5% off their next order, regardless if they are a new or current iHerb customer. And you will receive 5% Rewards credit, or 10% if they order any of the iHerb house brand products.”

 

At 30 weeks pregnant

Dah 30 weeks pregnant baru nak update. Malasnya lately nak naik atas ngadap PC. Rasa nak lepak baring sambil online window shopping. Like my husband said, duduk ngadapa ni memang berhantu. Ada je nak membeli.  Walaupun aktiviti jelajah shopping mall dah dikurangkan, well memang dah berkurang dah masuk mall kecuali nak pergi makan atau grocery shopping je, Yang lain kita buat online. Selamat dan jimat. hahahah ye lah tu

Yes we’re expecting. SURPRISE!!!! lagi setahun nak masuk 40, tetiba pregnant . Itu kerja Allah. Rezeki dari-Nya, HAri-hari 3 bulan pertama amatlah memenatkan. asyik muntah je kerja. Sampai berat turn 6-7 kg. Masa grading untuk 2nd Dan, I was pregnant tapi tak tau. Patutlah masa nak buat breaking, nak angkat kaki rasa penat sangat.Sparing pun rasa penat semacam. Masa tu memang ada rasa loya-loya, pening-pening n gastrik. So sebab dah 2 minggu lebih dah dok mcm tu je, so pergi lah klinik. Doktor cek..ye you ada gastrik. then dia berseloroh… entah-entah you pregnant tak?

Entahlah doktor… esok tu pi cari stick test… yes positive. Perasaan/ becampur baur. macam biasa. JAdi sepanjang  1 st timester kerja muntah-muntah, masuk dapur bau, duduk sebelah suami pun nak muntah..kesianKheirul entah berapa kali kena paksa mandi sebab rasa macam bau badan yang pelik. Anak-anak pun sama… Kucing lah..agaknya semalam dia berak hari ni pun boleh detect bau busuk dia. Jadi masa masa kerja loya muntah ..Ashraff n KHeirul lah yang masak. NAsib baik Ashraff tau masak sikit-sikit.Setakat pasta, kari, kurma nasi goreng takde hal lah dia. Kheirul kalau setakat ikan bakar, ayam bakar, ayam kicap atau tapau kat keai no problemo. Ada lah beberapa kali makan bubur nasi kosong sebab tu je boleh makan. GI tengok movie pun boleh dalam tu termuntah. Muntah takde warning.

Bila dah masuk 2nd trimester lah… dah boleh masak, dah boleh makan. Sepanjang pregnant, Alhamdulillah masih boleh lagi pergi mengajar kelas Taekwondo, masih boleh lagi pergi training, kena sepak kena baling masa buat self defense. Tapi you all jangan ikut macam saya,.

Bila sarung baju TKD, segala loya atau penat tak larat tu hilang. Sekarang dah sampai 30 weeks ni, masih boleh buat split, buat steching cuma makan tu lah yang susah . Takleh makan banyak macam orang lain. Makan byk je rasa nak muntah. Makan manis je rasa nak keluar balik. BEst food to eat masa pregnant ..buah. Lega je perut. INsya Allah bulan 9 ni, bersalin lah. Semoga Allah permudahkan urusan kami, dipanjangkan umur dan diberikan anak yang sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh/solehah.