Category Archives: My Notes

Nasib Rayyan yang tidak diduga…

Hari ini Rayyan diduga skit… Nak dijadikan cerita, pagi tadi kami bercadang nak buat passport untuk Rayyan. So, pepagi lagi dah pergi ke Pejabat Imigresen kat Shah Alam. Sesampai kami kat sana dalam jam 9 pagi, kami pergi ambil gambar Rayyan kat kedai gambar dulu… 5 minit siap gambar.. punye lah excited Rayyan amik gambar siap gelak terkedu lagi bila kene flash…

Lepas tu kami terus ke pejabar imergresen kat tingkat 2. Siap isi borang dan ambil nombor, kami terus dipanggil ke kaunter… memang cepat dan pantas Imigresen tu buat kerja… Lepas 10 minit pegawai imergresen tu panggil. Ingatkan dah siap tapi sebenarnya permohonan passport Rayyan ada masalah skit kat Sijil Kelahiran dia…. ADUUUSSSSS…… Selama nih semua orang tak perasan sijil kelahiran dia ada ralat tang nama bapa dia… Kesilapan ejaan daaa… so takbleh nak buat passport pasal nama bapa dia silap eja…  Baru perasan ejaan pada sijil kelahiran tu “KHERUL” dan sepatutnya “KHEIRUL”…Huruf “I” dah hilang daaaaaa….

So nak tak nak terpaksa pi buat pembetulan sijil kelahiran dulu lah sebelum buat passport. Tanpa lengah masa kami terus plak ke Pejabat Pendaftaran kat Plaza Masalam…. sampai kat sana plak pegawai tu cakap tak boleh buat pembetulan sebab Rayyan didaftarkan kat Kuala Lumpur dan bukannya Selangor.. so terpaksa bergegas plak ke Pejabat Pendaftaran Kuala Lumpur kat Maju Junction.

Tahu jer la kan… dari Shah Alam nak ke KL.. Masa pon dah kul 9:45 pagi dan kami terperangkap plak dalam traffic jam… peeerhhhhhh… dekat sejam la sangkut.. dalam kul 11:30 pagi baru sampai ke Maju Junction…. Terus ke kaunter ambil nombor dan isi borang semua dan sekali lagi Alhamdulillah.. nombor kami terus dipanggil…..

Untuk membuat pembetulan sijil kelahiran nih, bayaran sebanyak RM7 dikenakan dan segala dokumen asal kena serahkan kembali. Dokumen yang diserahkan adalah, Sijil Kelahiran Asal, MyKid, Salinan Kad Pengenalan Bapa, dan Borang Penukaran Butiran Sijil Kelahiran. Proses untuk membuat pembetulan ini mengambil masa seminggu….. so minggu depan baru boleh ambil sijil kelahiran yang baru…..Mykid pon kena buat baru dalam sebulan ke 3 bulan baru siap…….

Kene tunggu posting menggu depan untuk mengetahui cerita selanjutnyeee……

Our Vacation Wishlist

Semalam masa dok lepak tengah tengok TV, tiba-tiba boleh keluar tajuk pasal vacation wishlist. Pastu tetiba je dapat idea nak buat posting. hahaha.

Our vacation wishlist are

  1. Morocco – memang dah lama berangan nak pergi untuk honeymoon tapi takde duit lagi. Kitrang nak pergi sana sebab suka tengok keadaan kat sana, nak try makan makanan kat sana and offcourse nak merasa berposing kat bangunan dorang yang lawa and also berjalan dalam Assouq
  2. Japan – Nak pergi disneyland and nak tengok cara hidup orang Jepun kat sana
  3. Gold Coast -tetahujelah kenapa
  4. Europe – preferably Eastern Europe, sebab kat sana masih ada lagi tinggalan bangunan lama, makanan yang pelik-pelik, scenery yang lawa-lawa. Yang ni kalau boleh nak round naik Motor. hahaha ni tak tau boleh buat ke tak.Kena pakai duit banyak nih
  5. Egypt – Sebab nak tengok piramid??? Entahla… from the day 1 Kheirul dok cerita pasal  Mesir yang sangat trill tuh, I teringin nak pijak kaki ke sana…
  6. Pulau sipadan – yang ni kena tunggu anak besar, sebab we want to dive

Most of the reason pergi vacation adalah kerana nak merasa and tengok tempat orang. FYI I am not really into shopping. Cukup sekadar sightseeing. Kalau beli pun ala kadar jer. Bila lah dapat merasa one of them nih..

Ada lagi satu tempat we all nak pergi…Mekah. But this is not a vacation. Ia adalah untuk beribadat. Insya’ Allah dengan izinnya akan sampai nanti.

What is your vacation wishlist?

Ni gambar Kheirul masa dok Mesir…

My Birthday Wishlist

Tengah dok sedap tengok Rayyan tidur sambil menikmati rasa Horlick suam yang segar, I dok pikir.. apa aku nak buat posting nih? Ting mentol lampu keluar…. My wishlist

My wish list for my birthday……..Tak banyak sikit jer

  1. Actually tak tau nak hadiah apa and normally I’m not asking for hadiah pun just a few kisses from the love ones. So untuk suamiku tak payah la beli hadiah memahal ke apa… hand bag mahal ker cos I’m not interested and barang kemas pun dah banyak…. SO no need to waste the money
  2. A birthday cake….birthday cake yang lawa and sedap and off course I buat sendiri hahaha. Yang kat kedai too sweet for us and me and Ashraff have problem with sweet stuff.
  3. A honeymoon.. yang ni susah sikit nak dapat sebab sapa nak jaga anak-anak. FYI we never left anak-anak dengan sapa pun. Takut menyusahkan orang so most of the time honeymoon bawak anak-anak.
  4. Bunga- tak payah bunga membazir sebab I prefer bawak pergi makan tempat best , I love seafood
  5. Cuti-cuti , ikutlah dalam Malaysia or luar Malaysia
  6. Last, a me time. En suami, saya nak mintak off day from being a housewife for one day. Let me go out have fun and let you be with 3 kids. Don’t worry me not going for  clubbing. dah stop dah semua tuh

So mana satu yang akan saya dapat? Kalau boleh nak semua but I may want no 6,5 and 3

Note: Birthday saya lambat lagi but normally dapat hadiah awal…:)