Category Archives: My Notes

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Tadi pagi masa hantar Ashraff dan Afriena kat bawah, masa cikgu dorang sampai, I nampak cikgu teacher dorang dok cek Ashraff and Afriena. Check, tangan kaki and mulut. So , I pi tanya dia, teruk sangat ker HFM kat sekolah dia? Dia cakap 10 org 4 yeasr old student kena. So dia kena berhati-hati. It happen since the concert day sebab masa tu terlalu ramai orang masa concert. Ada dalam 800-1000 orang. So I tanya dia apa sebab HFM nih, dia cakap tak tahu. Then I tanya lagi macam mana boleh kena? Dia cakap mungkin from sekolah or dari luar.

So naik rumah, tidurkan baby , I pun searchlah pasal HFM. Kot -kot ibu-ibu di luar sana kurang mengetahui pasal nih, see below:

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Informasi boleh didapati melalui:

  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

Sumber:http://www.infosihat.gov.my

Kemaruk asah pisau

Nilah rupa orang kemaruk asah pisau

Balik dari IKEA beli pisau and pengasah pisau, pastu abis semua pisau kena asah….. adakat 2 jam kat dapur. I nak masak pun kena tunggu maklumlah dapur kecik je.ANW, I dah imune dengan Kheirul, tiap kali ada new gadjet or tools, mesti dia mengadap dulu. asalkan bahagia bang.

Happy Birthday Arash Ashraff

Happy Birthday to you my darling. Hari ni pukul 12.34, genaplah Ashraff 6 tahun. Cepat je masa berlalu. Kalau ikut EDD dia patutnya keluar 6 oct tapi dia nak lepa lama lagi dalam perut mama dia.Nama Ashraff ni dipilih oleh mama and papa. Arash was chose by me and Ashraff by papa.Takdnye amik sempena nama pelakon.

Anyway, bangun tadi pagi semua dah wish happy birthday cuma Afriena sikit jeleous kenapa birthday dia lambat lagi. Hahaha lagi 3 harilah birthday Afriena. Today takde buat celebration pun tunggu nak celebrate sekali harung. Birthday Ashraff, Afriena and Mama.

Walaupun dah 6 tahun, manja still ada. Tak nak mengalah and paling tak suka nakal. I know biasalah budak nakal cuma kekadang tu terover sikit. Setakat ni kegemaran dia adalah komputer game. Cita-cita nak jadi Formula 1 driver and bila masuk sekolah nak main football.Apa-apajelah Ashraff. Tapi nak jadi FOrmula 1 driver tuh, kena pikir dulu. mana nak cari duit??

This morning dah dapat hadiah birthday from teacher. Complaints pasal tak siap homework. Apa la teacher, kan dia absent for a week pergi bercuti? Homework mengalahkan sekolah menengah. banyak satu buku ada few pages. mana budak nak suka buat homework? Patutnya, masa kindergarten lah kena terapkan rasa suka untuk ke sekolah ni tak memberi satu rasa tidak suka pada sekolah adalah. I told teacher, too many homework teacher, and she said chinese school like that huh, not that much la dahlah syllabus budak darjah 3 punya, siap ada bina ayat dalam bahasa cina lagi. Mama dia yang tak berapa reti cina pun dah reti bahasa cina.