Category Archives: My Notes

Salon Muslimah

Assalamualaikum semua…dan selamat berpuasa. Hari ni saya berkongsi mengenai Salon Muslimah. Susah benar nak mencari Salon ala Muslimah. Kriteria yang diperlukan ialah, private room dan the stylist must be a muslim n female. Seminggu lebih dok google carik tempat nak gunting rambut nak treatment rambut sebab banyak yang jumpa tempat dah tertutup dah tapi stylist non muslim. Pastu tergerak hati nak tanya kawan, pastu dia cakap dia selalu buat kat Shah Alam. So google and terjumpa la

Salon nya

Bilik Khas
Ni sekadar berkongsi maklumat je la sebab memang susahkan nak carik. Now terpikir plak,kan bagus kalau I pi amik course and bukak Salon Muslimah?
Pricelist
Alamat dia seperti berikut

Suasana Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Salam semua, walaupun sedih dengan kekalahan Malaysia tetapi suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam amat meriah sekali.. Jarang sangat kita lihat peminat bolasepak negara kita memberi sokongan padu kepada pasukan negara kita. Boleh saya katakan tiada ruang kosong langsung didalam stadium malah diluar stadium pun orang ramai masih lagi berpusu-pusu untuk masuk kedalam stadium

Saya bersama rakan opis sampai dalam jam 6 petang.. suasana dah cukup meriah dan kami bernasib baik dapat tempat duduk. Orang ramai masa tu penuh ceria dengan sorak. Kawalan ketat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji. Cuma kami tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman masuk ke stadium, dan sebab itu juga harga makanan di dalam stadium melambung…. sendiri mau ingat ler.. air miniral pon RM4 sebotol…

Tidak kira dimana pun kita berada, perintah Allah S.W.T tetap diutamakan.. Walaupun surau tersedia tetapi tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai… Tepat jam 7:30 malam kami solat Maghrib diperkarangan stadium aja. Tahniah kepada saudara-saudara sekalian yang tetap menunaikan suruhan tidak kita keadaan, tempat, masa dan juga suasana.

Selepas solat, saya dapati pintu masuk ke dalam stadium sudah sesak dan tidak ada ruang untuk masuk.. mujur dengan kepakaran yanga da dalat gaks menyelit dan menyelinap masuk… Nasib baik tempat saya dah book awal-awal ada rakan yang jaga.. kalau tak… hehehe tentu takde tempat nak duduk…

Dalam jam 8:30mlm….. suasana menjadi lagi hangat dan riuh rendah stadium… tak tahu nak cakap camne… macam-macam gelagat ada.. tetapi satu benda yang harus dipuji…. penyokong Malaysia memang sporting… Kami umpama sebagai satu keluarga besar yang menyokong satu tujuan dan impian yang sama… cuma nasib sahaja tidak menyebelahi kami semalam…. tapi takpe… cuba lagi dilain masa…. Teruskan ngaumanmu Sang Harimau Malaya…!!!!

Tahniah Malaysia

Tak kira , nak cakap gak tahniah untuk Harimau Malaya walaupun tak layak ke peringkat seterusnya. Sekecewa kita, kecewa lagi pemain-pemain Harimau Malaya kan.  Geram gak tengok semalam bola, penuh dengan aksi drama yang tak patut diadakan.Aksi drama yang dilakonkan oleh konon-kononnya singa-singa bertaring telah banyak membuang masa dan yang pasti merosakkan momentum harimau-harimau muda untuk berjuang. Pada pendapat sayalah kan, aksi-aksi drama ni boleh simpan untuk tontonan dalaman jela, sebab kalau berlakun macam tu macam mana nak show  that you betul-betul layak ke peringkat seterusnya? For me they don’t deserve it!

Semalam bila gol je , bersorak satu neighborhood including my two boys. Rayyan siap pergi tingkap cakap golllll (yang  bunyi more to dolllll). Tapi bila Singa dah sumbat satu gol semua dah macam  malas nak tengok. I pun layan citer Chuck je la. Sebagai peminat bola sejak dari kecik, satu kelemahan yang patut diperbaiki,

  • pertahanan patut lagi kuat, tak boleh leka
  • pemain kena rajin and cepat turun naik contohnya Kuna. rajin budak tuh turun naik
  • kena belajar macam mana nak atasi tekanan supaya tak cepat give up

And saya rasa, the best player should go to Khairul Fahmi Che Mat.glamer tuh. Sampaikan twitter trending pun no 3 babe. in the world okey.

Boleh cakap Asia best player lah… glamer dia selain main bola glamer dengan gossip. Eh you all tak baik tau dok citer pasal gossip dia dengan pempuan lain. kesian tunang dia n dia jugak. entah-entah tak betul. Kang citer tak betul tetiba jadi betul lagi kesian. Kita tak tahu apa yang terjadi antara mereka so janganla buat andaian. cuba kalau kita dok kat tempat dia? kalau baca komen kat fb tunang dia, mungkin masa tu dia marah who knows? biasalah perempuan.. muda lagi.angin amarah dia lain. Sebab tu kalau boleh jangan le siram minyak kat api nanti  marak plak. dapat tempias dosa fitnah kang. Jangan dok tokok tambah … I dok baca dalam twitter ada yang kutuk tunang dia, kutuk dia. no one perfect!!