Category Archives: Makan Time

Shredded Cabbage Salad

Kadang-kadang atau mungkin kerap terasa malas nak masak yang jenis dok lama kat dapur.  Yelah mana nak layan anak, mana nak layan kerja lain  boring gak lepak kat dapur. So masak mana yang sempat je. Hari tuh nak masak sayur tapi malas nak amik kuali, tumis-tumis dan cuci kuali ..heheh malas terlampau nih. So decided to make Shredded Cabbage Salad . Ala yang macam selalu kita makan kat restoran jepun tuh. Tapi dorang pakai mayonnis jepun yang berkrim tuh. Kat rumah ni takde mayonis jepun  yang ada mayonis biasa dan thousand island. So pakai thousand island je.  Sedap gak salad ni, makan dengan nasi pastu buat lauk simple. Rayyan suka plak salad macam ni.

Resepi Shredded Cabbage Salad

INGREDIENT

  • semangkuk kobis yang telah dihiris nipis (kalau ada shredder dia lagi bagus)
  • 1/2 lobak merah iris nipis
  • 1/2 bawang besar hiris nipis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu cuka epal
  • 1 sudu kecil minyak zaitun/sunflower/kelapa sawit pun boleh
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • thaousand island secukup nye

METHOD

  • cuka, madu dan minyak dikacau sebati (goncang dalam botol lagi bagus) dan rasakan garam dan lada hitam
  • Satukan sayur yang telah di potong halus – sejukkan dalam peti sejuk
  • Bila sedia untuk dihidangkan, gaulkan sayur dengan bahan yang telah dikacau tadi (madu, cuka, minyak)
  • letak thousand island di atas sayuran.

Next time nak buat, ingat nak letak purple cabbage plak…makan dengan nasi pastu pekena plak dengan Negimaki, sure terangkat

Garrett Popcorn yang sangat S.E.D.A.P

You all pernah makan Garret popcorn tak? Tak lama dah ni dok ngidam cuma takde kesempatan nak pergi KLCC or IUtama nak beli. Finally hari Ahad lepas dapat pergi KLCC sebab nak pergi collect hadiah kat SKII. So sampai je KLCC from parking tu Ashraff dah tanya something..

Ashraff : What’s the smell mama?

Mama: popcorn kot….

terus dia cakap nak popcorn..hehehe memang nak pi beli pun…

 

I told Kheirul….Bang … dah lama tak makan popcorn yang sedap, last popcorn yang sedap adalah masa kat Disneyland Hong Kong 2 tahun lepas. Lama dah tu. So dia cakap yela yela..kita beli la nih..hahaha. Nak pow kena kasi ayat kesian sikit

 

Tapi 15 minit gak beratur..pheww punyala ramai orang beratur. I beratur dengan Ashraff and Afriena sebab dorang nak tengok popcorn dekat-dekat. Yang  staff kat situ plak dok melayan budak 2 orang ni. Beli 3 pek kecik yang ingat pek medium.

This is for me and Kheirul … Chicago Mix (Caramel Crisp and Cheesecorn). Sedap rasa dia. Paling suka sebab ada masin ada manis. Tengoklah popcorn diabesar-besar. satu biji dia sebesar ibu jari.

 

Afriena punya yang caramel and Ashraff punya yang cheese. Dua-dua sedap tapi lagi sedap bila makan 2 flavor serentak. Rasa cheese yang sikit masin akan mencair dalam mulut pastu rasa manis caramel yang crispy akan datang menyelamatkan lidah anda. Kalau nak beli beli yang mix or beli 2 jenis ni then balik rumah , letak dalam mangkuk gaul dan makan.

Lepas beli popcorn , amik hadiah lepak kat tepi tasik jap sambil tengok maid indon yang cutihujung minggu dengan entah apa pesen baju dok dating. Lepak kejap je…tak tahan mata den tengok gelgat memasing. Balik masuk kereta sambung makan, pastu kat rumah makan pagi tu pun makan lagi. Now sudah sangat ketagih nak makan lagi. Harus kena kesana lagi. Next month la kot. tetiap minggu cannot la….

Bubba Gump @ The Curve

Dah lama tak makan  kat Bubba Gump. Last Sunday, before pergi event Chipmunk, kiterang pi pekena makan kat Bubba Gump.  Sapa pergi sana kena makan udang tapi kiterang tak order pun udang, yang lebih menarik perhatian adalah ribs. Ribs dia sedap gila.  First time makan which was 2 years ago pun makan ribs tapi takleh habis sebab amik yang besar but this time amik combo. Ada ayam, ribs , chips and coleslaw. Nak tukar ke mashed potato pun boleh. Order 2 ribs combo + ice lemon tea and kids  makan free. Rayyan share je sesapa punya sebab dia suka makan share orang lain punya esp mama dia punya.

Yang ni free meal Ashraff punya, cheese burger + chips + apple juice and jelly. Bila tanya dia sedap tak ? Dia senyap je, bila habis baru cakap sedap sebab nya bila dia kata sedap nanti semua nak try.Kedekut kan

Afriena plak , pastaq with tomato sauce + chips+apple juice and jelly. Banyak for kids tapi habis dorang makan. Memang tak rugi bawak bebudak ni makan sebab dorang makan banyak. Cuma yang pelik napa dorang kurus. Nak beli baju sekolah , saiz ok dah tapi bab pinggang semua longgar.

iuioh h 

Inilah hasilnye selepas 1 jam lepak makan kat situ. tinggal tulang je. recommended makan ribs sebab bbq sauce dia kena dengan ribs yang isinya yang tender tapi tekstur dia masih tak lari dari bentuk daging yang asal. Balik rumah terus check darah , tengok ada perubahan ke tak sbb doktor suruh makan daging lebih sikit so that bp boleh naik. Tengok biasa je tak naik pun. Next time pergi nak order baked rice la plak… tapi nak ribs jugak. cam na nih???