Category Archives: Makan Time

macam-macam jenis tomyam

Hari tuh tengok masterchef ada  kena masak masakan siam, Ary sorang je buat tomyam. Naper tak ramai buat tomyam ek? Sebab penangan tomyam yang Ary buat terus esok tu masak tomyam. Buat tomyam udang dan ayam, letak sikit santan. Rasa dia sedap . Mesti ada rasa masam, pedas,manis dan lemak. Posting ni bukan nak citer resepi tapi nak share gambar-gambar tomyam yang telah dimakan masa kat Thailand.Antaranya adalah….

Yang ni tomyam bangkok-ada letak santan sikit. sedap rasa dia. Tomyam seafood.

Tomyam merah yang kiterang makan kat phuket. Berair hidung makan tomyam ni. sedap. Kalau boleh nak pergi Siam lagi just makan the tomyam.

Yang ni plak tomyam putih makan masa kat Hadyai….perghh sedap.

Apa-apa pun ketiga-tiga jenis tomyam ni semua ada rasa tersendiri dan I suka sangat makan tomyam dengan telur dadar. Rasa macam satu padanan yang sangat sesuai. Sambal belacan jangan lupa. lapar lapar lapar

 

 

Makan-makan di New Castle

Biasalah bila travel …. carik makan jela kerja nya. Badan pun dah naik-naik dah. Nak tahu apa kita makan tak?

Nasi dagang kat KADA.. beli sampai 8 bungkus. Makan 2 bungkus sorang. Sampai je dari KL terus pergi kedai nasi dagang baru balik rumah. heheheh

Sate ikan… beli masa on the nak pi Kota Bahru. sedap. Orang siam yang jual

Ni rupa satay ikan. Boleh request kuah manis or kuah pedas

Budu yang tak dapat nak dilupakan..hahaha buat makan dengan nasi kerabu

 

Nasi kerabu yang MIL masak. Dia buat tumis budu while me helping her buat sambal kelapa and potong semua kerabu. Sambil-sambil belajar masak lah ni. You all semua sila tiru macam saya ye. She also made nasi impit with kuah kacang and sambal ikan. Rajin betul dia masak.

close up kerabu yang I potong…. now I know how to make nasi kerabu together with budu tumis and sambal kelapa.

Rupa nasi kerabu….so now imagine, macam mana tak tambah berat badan? tu tak masuk lagi makan lain yang dimakan. And kat my mom house , I lah yang masak. Ada ikan pekasam lagi, pulut, laksa sampai Kheirul cakap…. dia dah gemuk. hahahah memang pun kan.Tak puasa rasanya balik kampung tapi esok Afriena dah start sekolah… so kenalah balik KL and me off course rindu my bed. heheheh

Kari kambing masaala bukan masalah

Last friday buat kari kambing masaala…. not bad gak . Masak dengan yogurt. Bila pakai yogurt ni boleh la makan tanpa rasa bersalah. Saja masak nak habiskan tulang seketul lagi. Nanti resepi I tuliskan ye sebab sikecik dah bangun. So kena kasi dia breakfast dulu. Since cheerios kegemaran dia telah disembunyikan so hari ni kasi dia makan gorilla sandwich je aka cheese sandwich.

Buat jugak ayam tandoori sebab bebudak suka sangat. perah asam limau..pergghh rasa dia… resepi dah ada kat blog. Kalau nak boleh tekan kat sini.

Pastu buat sayur. Guna resepi aloo gobi.

Makan dengan naan. Resepi roti naan kat sini ye. Oklah nak ciao dulu . Rayyan nak susu.