Category Archives: Makan Time

Mamak On Sunday

Hari Ahad, sarapan and dinner memang kat mamak. Pagi Ahad selalunya sebelum pergi kelas Taekwon-do, memang akan sarapan kat rumah. MAkan roti ke, buat cekodok ke atau cereal, ahad tu benda-benda yang biasa ada kat rumah dah abis stok. Pastu malas plak nak  masak benda lain, maka awal pagi dah keluar 3 beranak. Tujuan nya nak breakfast kat mamak sebelas gym. Dorang nak makan roti canai. Ashraff roti telur Afriena plak roti kosong. I makan tose je.  Sekali sekal makan kat mamak best jugak.

image

Ok ah jugak tose dia.  I paling suka kuah putih dia tu. Memang lawas lah perut

image

Suka lah dapat makan kat luar dgn mama je kan

image

Kena makan cepat-cepat, kang nanti nak tukar baju plak

Tengah hari balik rumah, I goreng mee je. Malam plak..hajat dihati nak makan satay, tapi gerai satay tulang tu tutup plak. So mamak je lah. Oleh kerana 3 hari tak jumpa nasi, so I makan nasi kandar. Ok not bad rasanya but, daku mau Penang mari. Bebudak makan western. Apa kelas makan western kat mamak???

image

makan cheese roll

image

Sup ni share- Rayyan n Afriena

image

Dia suruh amik gambar dia

image

Mamat cerewet makan. Komplen takde gravym Ayam hangus

Mamak lah satu hari. Sekali-sekala ok lah. Kalau selalu tengok muka mamak pun takmo.

Makan-makan di Suki-Ya Restaurant

Setelah seminggu I kena chicken pox, mulalah rasa bosan. Maka ajak suami keluar. Kitarang pergi Paradigm Mall. Saja jalan-jalan tengok kedai, tengok orang, tengok restoran. Jalan-jalan, sekali nampak Restoran Jepun. Buffet plak tu. Eat all you can. Apa lagi, beratur lah tunggu masuk. Macam tau tau je suami saya ni kan, Isteri nak makan Japanese food.

image

Masuk amik  buffet pastu order ala carte…ikan belut atau nama jepun dia unagi kabaraki. Rasa dia sedap lah.

ikan belut. Yang kaler pink tu halia jeruk. I suka.

ikan belut. Yang kaler pink tu halia jeruk. I suka.

Pastu order jugak #ikanapaentah tapi nama jepun dia  shisamo karaage. Nama orang putih dia willow fish.

image

nak makan perah lemon cicah tartar sauce

 

Tak besar mana ikan tu tapi setiap ekor ikan tu penuh dengan telur. Dia goreng garing celup tepung pastu makan dengan tartar sauce.

nampak tak telur ikan tu?

nampak tak telur ikan tu?

Pastu yang lain buffet lah. Rayyan tak kena bayar tapi rasanya, Sfriena lah tak payah bayar. Susah sangat nak makan. Baik Rayyan berpinggan dia makan.

image

Nampak tak Rayyan dia senriasa excited kalau nak makan

image

buffet spread

Memang I sukalah . Punyalah banyak mushroom. Sayur banyak. Bebudak suka makan tofu yang ada cheese tu. Apa nama dia tak tau tapi sedaplah. Ulang alik Ashraff amik tofu tu. Sekali amik 10.

 

image

free flow wagyu beef

Yang ni free flow. Tak cukup mintak. Celup air panas sekejap pastu cicah sauce makan. Cara sebenar makan, kalau sukiya broth, celup sekejap, pastu cicah telur mentah yang dah di kacau rata. I tengok orang makan cam sedap  je tapi I ni adalah orang pelik. Kalau telur tak masak sikit pun, I tak makan. Tapi kalau pergi lagi sekali nak try lah jugak. Kheirul pun tak berani nak try padahal dia ok je kalau telur mentah. Ada daging kambing jugak. Yang tu kena try sbb sedap.

image

daging ayam. Daging ayam kena masak lama sikit.

image

ini bukan cara betul masak dia

Makan ni memang kenyang lah. Kenyang dengan sayur dalam perut. Sayur kegemaran ialah mushroom dan bayam. Afriena makan jagung je. Nasib baik the boys makan banyak.  Cara masak dia, kena masukkan sayur dulu, masa menggelegak tu baru masukkan daging. Celup sekejap je pastu masuk mulut. Cicah plak ngan sauce dia yang macam sambal belaca (suka hati panggil sambal belacan) sangat sedap. Tengok benda ni terus rasa nak makan lagi. Abang boleh tak makan benda ni lagi???? Selain buffet boleh jugak order ala carte. Kat meja buffet ada sushi jugak. Makan 2 ketul dah kenyang. Lepas makan, ada ice cream.  Chocolate ice cream and yang paling best green tea ice cream. free flow gitu. Bayangkan muka anak-anak saya. Punyalah suka.

image

NI Kheirul punya pinggan sushi. Halia jeruk sangat sedap. Saya sangat suka. KAlau buat ginger soda syiokk ni.

 

Oh ya harga Bufffet

Adult RM29.80

Kids 50% off

Makan lah puas-puas selama 2 jam. Pastu makanan semua mesti habis kalau tak dia akan charge tambahan sebab membazir.

 

Pasar malam plak

Hari Ahad …kira hari lapar kot. Hari tu jerebu kuat. Kelas taekwondo pun tak pergi sebab jerebu kuat, takut nak kasi Afriena expose kat luar. Tapi petang tu nampak clear. Boleh nampak langit dan awan. So keluar pergi pasar malam kat Taman Tun. Tak beli banyak pun. Beli sayur sikit, pastu beli roti boom and laksa. Kids plak beli snack makan sambil lepak.

pasar malam3

dah lain sikit susun atur meja kat pasar malam ni. I suka pasar malam sini walaupun ada yang kata tak best.Kat sini banyak makanan best. Yang paling I suka laksa utara yang jual atas motor. Sedap.

pasar malam2

Duduk dalam stroller kena ada style tau. Makan apam beras. RM1 -4 biji. Dia suka la kuih tu. Afriena tak habis-habis ngan kopok lekor  and Ashraff plak Ayam Uncle Bob tu.