Category Archives: Makan Time

Mee Kampung Pek

Ni kalau member sekolah baca pasl Mee Kampung Pek mesti bengkek kan. Kat my facebook ada orang tanya apa Mee Kampung Pek tuh.Masa balik kampung hari tuh, dok nampak 2-3 biji buah kedai nama Mee Kampung Pek antaranya kat Melor and satu lagi on the kat Rantau Panjang. Tak tahu tu original punya ke tak. SO Kheirul cam nak rasa lah kan cam na Mee Kampung Pek tuh. So on the balik KL, singgah la kat Kampung Pek untuk Beli Mee Goreng. I beli 2 bungkus, buat makan dalam kereta. I beli yang specialnye.sebungkus RM5, punyalah banyak and lauk pauk ada ayam, telur, sotong and udang… rasa dia still sama mcm 10 tahun dulu kot or lebih…

Ha sesapa nak rasa Mee goreng dia, boleh lah singgah kat Kampung Pek (Kuala Krai – Machang). Selain Mee goreng ada gak mee sup, tapi tak pen\rnah try lagi

Ha ni lah rupa Mee goreng dia. Sebab dia banyak I only boleh makan separuh jer, lagi separuh bungkus balik suap kat budak-budak makan malam…dorang pun suka

Bila Makan mee ni, I teringat masa kecik-kecik dulu bila my father balik kerja malam mesti dia bungkus Mee nih, and akan kejutkan kiterang makan. Tapi normally tak larat nak memalam kan, so simpan for breakfast. I miss my parents now….

Laksa Kelantan lagi

Assalamualaikum…

Oleh kerana Laksa Kelantan ni merupakan resipi yang paling top sekali di SawaRecipe so tengahari tadi kita orang buat balik Laksa Kelantan ni. Nak dijadikan cerita… semua bahan-bahan nak buat laksa kelantan ni memang boleh didapati dengan mudah kat area rumah cuma Laksanya sahaja yang susah.. Jadi pagi tadi jenuh gaks la dari kedai ke kedai pi cari laksa kering.. tapi tak dapat.. last sekali.. masuk Giant la gaks…. baru ada.. Alhamdulillah… dapat.. walaupon brand Giant… pon kira ok la…

laksa

Ni cara penyediaannye… Laksa Beras Chap Giant tu direbus dengan air menggelegak dengan api yang perlahan sempai ianya lembut…… nak tahu masak senang jer… amik seurat laksa tu dan picit dengan jari sampai putus… kalu senang putus tu dah masak la tu.. hehehehe

Ni dia sambal kosong… cara nak buat cukop senang… lada besar dan lada kecil merah ditumbuk sampai lumat….tu jer…

Yang ni plak.. ulam-ulaman…. timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan kobis, semuanya dihiris halus. Tidak lupa taugeh atau kace cambah dan asam limau untuk menambah perisa..

Akhir sekali.. semua ulam-ulaman itu dicampurkan dan jadilah Laksa Kelantan yang cukop enak. Tidak dilupakan sedikit BELACAN untuk menambah KICK laksa tu….

Punye le sedap tadi.. sampai tak sedar dah pekene 2 pinggan….. kalau korang nak rasa.. request dengan Yatie ye.. saya tukang tulis dan tukang makan aja ni.. hhehehehe

Dinner yang cukop sempoi

Lauk untuk makan malam yang cukop sempoiiiii…..

Ni dia.. Sup Ikan Merah… memang sedap.. kalau dulu I tak suka makan sup ikan.. tapi semenjak dua menjak nih.. rasa suka plak makan sup ikan…

supikanmerah

Secondly, Daging Bakar….. ni bukan steak yea… daging bakar aja… yang tomato tu dibakar sekali pasal nak kekalkan moist daging supaya tak kering…..

dagingbakar

Nampak macam steak la plak daging bakar ni… kalu nak resepi kene tunggu Yatie masukkan yea… saya pandai makan aja.. hehehe…

pssstt… nampak menyelerakan…tu baru tengok gambar.. belom rasa lagi.. hehehehe