Category Archives: Makan Time

Resepi Puyuh Goreng Berempah

Dah lama tak share pasal resepi. Bukan tak masak, masak cuma bila dah habis makan, baru teringat, ” Alamak lupalah nak snap gambar”………..Okaylah ni ada resepi untuk di kongsi.

INGREDIENTS

  • Burung puyuh 5 ekor
  • kunyit hidup sebesar ibu jari
  • halia sebesar ibu jari
  • sesudu kecil biji ketumbar
  • sesudu kecil jintan manis
  • 2 biji bawang putih saiz besar
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menggoreng

METHOD

  • tumbuk semua bahan hingga lumat
  • gaul dan perap burung dgn bahan perap selama 3-4 jam
  • bila nak goreng, panaskan minyak
  • goreng pada api sederhana
  • bila masak bolehlah makan

NOTE: Pastikan api pada tahap sederhana. Kalau api kecil , daging burung jadi kering, kalau besar sangat daging burung tak masak.

Breakfast Basket

Salam Jumaat……… Hari ni saja nak share pasal anak-anak juga. Ashraff and Afriena kuat makan kalau nak tau. Dorang suka makan benda snack macam biskut and bread. So, memang Roti and Biskut kenalah ada setiap hari atas meja. Normally I letak semua dalam bakul and tetiba je dapat nama Breakfast basket.

Dalam bakul tu kena lah make sure ada spread for the bread. Our favourite is Nutella and Strawberry Jam. FYI, Ashraff tak suka jam dia suka butter. So dorang alernatelah kekadang nutella , kekadang jam or butter. Kalau dah boring bread dorang makan biskut. For me oklah makan benda macam ni dari makan junkfood. Tapi merasalah jugak dorang dapat makan junkfood. Tapi no no no to sweets. I memang tak berkenan kalau budak makan sweets. Bukan apa selain rosak gigi, dorang jadi hyper plak. Fruits pun ada tapi memilih, Ashraff suka Mango Afriena suka Orange. Kalau makan Apple or grapes plak kena kupas kulit. Aci tak. Malaslah nak kupas kulit grapes tuh…

Kid’s Menu: Fried Rice

Since dah jadi SAHM nikan kenalah creative bab masak esp for my kids yang sangat cerewet pasal makan. Dorang tak suka makan nasi dengan lauk-pauk tapi kalau nasi goreng dorang suka lah.

ni pinggan Afriena

I nak sharelah resepi nasi goreng simple for kids. Orang tua pun boleh. Semua lauk pauk I potong kecik sebab senang untuk dorang telan dan ini adalah cara terbaik untuk elakkan dari tercekik. Disamping itu, good for kids yang kononnya vegetarian like Afriena . And for vegie I pakai mix frozen senang untuk kids yang choosy bab sayur macam Ashraff.

INGREDIENTS

  • 2 cawan nasi (I pakai leftover and beras wangi)
  • 2 batang hotdog – potong dadu
  • satu ketul ayam drumstick – potong kecik /minced
  • sebijik telur – pukul dengan lada putih
  • 1 biji bawang putih – minced
  • 1 cawan sayur campur – celur dalam air panas kejap so color dia nampak lawa
  • sedikit minyak
  • garam dan lada hitam

METHOD

  • panaskan minyak, masukkan bawang putih, goreng hingga layu
  • masukkan daging ayam yang dicincang, kacau hingga masak
  • lepas tu, masukkan hot dog, kacau hingga masak
  • Bila hotdog nampak dah masak, masukkan sayur dan kacau
  • masukkan nasi, kacau sebati
  • buat lubang kat tengah nasi, then masukkan telur, pastu tutup  telur dengan nasi
  • Dengan api yang kecil, rasakan nasi dengan garam dan lada hitam
  • lepas tu kacau sebati telur dan nasi
  • siap untuk dihidangkan.

Kalau masak macam ni memang habis dorang makan.

Ni pinggan Ashraff. kena tunjuk kalau tak dia merajuk. :)