Category Archives: Makan Time

Chili’s @ KLCC

Isni kan still cuti…. best and syok. BEbudak memula macam gabra tanya hari ni sekolah ke tak???Pastu I lah do usik apsal tak bangun pagi pergi sekolah.heheheh Takut plak tak gi sekolah kan. Plan nak gi KLCC tu just pop out malam tu masa lepak lepak tengok TV. Dah lama rasa nyatak pergi. Adalah dalam 4-5 bulan. So  excited plak bebudak ni. Sampai je, kena cari makan sebab semua lapar tak breakfast. Nak buat camner, semua bangun lambat. So, mencari lah nak makan apa. Memula pergi Food court, bebudak ni tak nak plak complain, baulah, ramai orang la, nak makan pizza lah.. padahal kat SIgnature food court tu semua ada. Pastu turun ke bawah ke DOme ingat nak makan sana, ramai orang plak then naik atas ke Chili’s, tengok cam ramai orang, turun ke DOme balik kot kot tak ramai orang kan. Masuk and siap duduk, 10 minute takde orang nak amik order terus naik balik ke Chili’s. BEbudak dah merungut turun naik turun naik tapi tak makan lagi. Sampai je, dapat seat terus order. Dalam masa 10 minutes dah sampai makan bebudak. Mak bapak belum.. tengah masak.

BBQ BEEF RIBS
Beef ribs, mesquite-smoked & “triple-basted” with Chili’s BBQ sauce. Served with homestyle fries & sweet corn on the cob.

Kheirul punya. Sedap and rasa macam lembu sekor. Sebab banyak. I makan suku kot, pastu tak leh telan dah sebab rasa macam penuh perut.

CAJUN CLUB SANDWICH
A traditional club sandwich with a kick, stacked high with smoked chicken, topped with beef bacon, cheddar, Swiss and jalapeño Jack Cheese, lettuce and tomato.

Yang ni my menu. Setiap kali datang Chili’s mesti amik diffrent menu sebab nak try semua kan. Sandwich punyalah banyak and besar for me. Memang I makan tak habis siap kena suruh bungkus bawak balik rumah.I only larat makan 1 je

My old time favouite. I tukar dengan fries, Mash potato untuk dikongsi beramai-ramai . Rayyan pun suka. Since kiterang order main  course menu, so bebudak dapat makan free. Dorang punya macam biasa, Ashraff makan pizza and Afriena makan Cheesy Quesadilla. Minum ice lemon tea yang entah berapa kali refill. After makan turun bawah pergi beli benda ni…:)

Baru 3 hari pakai, ada rasa perubahan sikit muka dah tak berminyak macam dulu. Pastu kalau ada jerawat dia cepat kecut. Nak kena tunggu 7 hari baru boleh review…

The pisang lover

Suka sangat dia dengan pisang. Sebiji tu boleh habis dia makan. Actually bukan dia je, abang and kakak dia pun suka. I pun suka tapi prefer cooked version.

Pengat pisang,

cekodok pisang

kek pisang

especially puding raja

hehehehe…. apa-apa berkaitan dengan pisanglah. Lepat pisang,pisang goreng,sira pisang and pernah tak you makan pisang muda masak lemak? sedap kan? tapi I tak reti masak dowh. Ingat lagi kalau kat kampung time ada kenduri, dorang akan masak lemak/ kari pisang muda, pastu ada ikan masin goreng then kerabu lah…fuuhhh sedap tu makan. Rindu plak kat kampung. Adakah nak kena balik kampung?  Kang balik kampung kang …

Kak Long Ikan Bakar Petai

Assalamualaikum,

Lama sungguh rasernya tak buat food review, and last week we all satu family balik Kuantan kejap atas beberapa urusan so we decided to makan seafood. Pusing punya pusing, redah punya redah… kitaorang singgah kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai, Kampung Tanjung Lumpur. We all never had ikan bakar petai sebelum ni.. so nak cuma la camne rasernya… <- namer ajer orang Kuantan.. tapi ikan bakor petai pon belum pernoh cuber (commented by TokNiLa)

Location Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur tu sememangnya senang aja nak pergi. Dari Bandar Kuantan, just naik jambatan Tg Lumpur tu, selepas abis aja jambatan ada junction ke kiri.. ambil junction tu then terus menuju ke arah Masjid Kg Tg Lumpur.. sebelum sampai masjid… deretan kedai dan restoran ikan bakar disebelah kiri jalan.. so pilih lah mana yang suka…

Sampai-sampai aja kami disambut oleh pekerja dan tokei kedai… hah apa lagi pilih-pilih aja apa lauk yang suka….

Kalau makan seafood… tak sah kalau tak amik sotong.. yang ni sotong giant ni memang cukup segar.. seperti biasalah.. sotong goreng tepung satu pinggan ler nampak gayanya…

Kalau makan seafood kat pantai timur.. ikan-ikannya sememangnya super segar… takde tolok banding kesegarannya… we all ambil ikan pari.. nak test tengok camne rasenya kalau dibakar petai…

Ikan dibalut ngan daun pisang dan dibakar dengan bara arang.. peeerrhhhh… tak tahu camne nak cakap nih…  ni baru betul ikan bakar…Moh kita tengok apa lauk yang we all order tempoh hari….

Lala Sweet N Sour

Ni dia… lala sweet n sour.. masakan Kak Long berbeza daripada restoran or kedai seafood yang pernah kami raser sebelum nih.. rasanya cukup istimewa, lain dari yang lain dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Rasanya yang cukup segalanya dengan lala yang cukup segar ditambah pula dengan raser manis-manis nenas tu memang membuka selera kepada sesiapa sahaja. Kami bagi 5 bintang untuk Lala Sweet N Sour ini.

Sotong Goreng Tepung dengan sos istimewa

Sotong goreng tepung memang kelas… sotongnya segar tak ingat punye..  memang super segar… satu tips untuk kenalpasti sotong besar itu segar dan berkualiti adalah.. apabila masak, sotong tu tak keras macam plastik… sotong kat kedai Kak Long nih memang superb.. sotong bersaiz super besar tetapi bila dimasak.. lembut aja isi dia.. lepas tu plak tak keras langsung walaupun dah sejuk… Lagi satu… kalau makan sotong goreng tepung nih jangan lupa cicah ngan sos istimewa tuh.. terrrraaannnggggkat beb…. kami bagi 5 bintang juga untuk sotong goreng tepung nih…. <- dengor citer sotong sampai tapau.. banyok ker?? (commented by TokNila) : Reply by Kheirul : camne nok perhabis tok.. 2 orang jer makan, sorang nak terberak.. sorang lagi dok merenggek…. kacau daun betul mak bapak dia nak menikmati makan yang sedap hari tu

Pari Bakar Petai

Hah ni dia hidangan utama yang dinanti-nantikan.. Ikan Pari Bakar Petai.. Tak sangka… seekor ikan pari yang sedang-sedang besar nih.. abis gaks dibelasah oleh 2 orang jer… dalam melayan kerenah bebudak tu… akhirnya tinggal tulang aja ikan pari nih.. Cara masakan dan rasa memang sedap.. nak nak raser petai tu memang membuat sesiapa sahaja akan terbuka selera makan dia. Rasa pedas-pedas dan masam-masam skit tu memang cukup segalanya.. cuma ikan pari itu ada sedikit berbau… biasalahkan ikan pari.. kalau tak betul cara penyediaannya, dia akan berbau skit terutama dibahagian tengahnya… Secara keseluruhan memang sedap cara masakannya… Secara jujur kami bagi 4 bintang aja…

Last sekali, nok juga cerita satu benda pelik kat Kedai Kak Long Ikan Bakar Petai nih… hah nih dia.. Jus Asmara.. Minuman yang paling special sekali kat sini. Yang specialnya, dia ada rasa tembikai, apple, laici, orange dan isinya ada laici dan kelapa laut, memang sedap dan menyegarkan.. sesuai diminum untuk hilangkan dahaga.

Cerita pasal harga plak.. memang berbalai… Untuk semua hidangan kat atas tu ditambah pula dengan nasi putih satu hidangan serta 3 air tembikai, 2 air laici dan satu air suam…. semua sekali adalah RM86… cukup berpatutan sekali.

Sebelum akhiri posting nih… saya syorkan kepada penggemar ikan bakar atau seafood…. kalau pergi ke Kuantan tu.. singgah-singgahlah kat Restoran Kak Long Ikan Bakar Petai ni.. jangan lupa cuba hidangan paling istimewa kat sana…

GPS Position: N3 47.913 E101 20.401


View Larger Map