Category Archives: Kids & Family

Kelas Taekwon-do

Dah 2 minggu Ashraff n Afriena oergi kelas taekwondo. Sambung balik kelas lepas 2 tahun tinggal sbb tak minat masa tu. Sekarang mintak nak plak. Kali ni kalau separuh jalan pun, kiterang hantar je. Pergi hantar kat kelas sama je. Kawan kiterang yang ajar bekas tok guru takewondo I le. Siap tanya, bila mak nya nak sambung balik? hahaha kalau tak berenti kemungkinan dah black belt 3rd Dan kot. Hehehe , I cakap tengoklah dulu. Kalau Rayyan dah besar , badan kuat boleh lah. Belajar gitu-gitu je kat rumah. Nak buat split macam dulu pun dah tak boleh. Tengoklah nanti nak jugak belajar sesuatu yang baru, ilmu pertahan diri yang tak buang tenaga. ada kot.

BTW, bebudak 2 orang ni malam sebelum nak pi kelas, mula lah buat perangai tak nak pi. Kata kaki sakit la, kaki takleh angkat la, tapi bila bangun pagi semangat. Bangun makan breakfast sendiri. Siap makan, masuk kereta sampai dah melompat-lompat. Masa hari pergi ada budak baru hahaha siap nangis tak nak join. Nangis teresak-esak la bukan meraung. Anak manja kot. Lepas tinggalkan dorang terus kiterang ke mamak kat bawah makan then pi Giant cari tombol pintu. Tombol pintu rosak on Friday. Masa sidai baju I terkurung kat luar. Yang Rayyan plak dok dalam. Suruh bukak pintu dia kata cannot…sambil nangis. Memang stuck. 10 minit gak lah dok pusing-pusing pintu finally terbukak.

Ok lah kita layan gambar budak bertaekwondo

image

macam nak main tomoi plak

image

eleh Ashraff slow nye

image

Style Bruce Lee

1175371_10151702065383089_1923924180_n

ni Afriena..not bad (gambar ehsan dari Synergy Taekwon-Do Club)

Next week plak. Sebenarnya bagus masuk apa jenis Martial Arts pun. Selain belajar ilmu mempertahakan diri dan menyihatkan badan , Ia juga bagus untuk mendisiplinkan diri dan meningkatkan daya keyakinan diri.

Saturday Breakfast

Tajuk nak bunyi mat salleh je kan. heheheh Sabtu lepas la ni, kiterang keluar pi breakfast. Dah lama tak sarapan kat luar. Selalu breakfast kat rumah je. Buat 2 – 3 macam hidangan dah boleh kenyang sampai ke petang. Tapi Sabtu lepas kena breakfast kat luar sebab nak service kereta. Service kereta sekali service dah 600 . Dulu zaman I pakai kelisa, sekali service paling mahal baru 200. Hahaha ada ke patut banding kereta Kelisa dangan kereta sekarang. Macam tu lah …kita takleh nak banding harga minyak kita dengan Singapore. Banding harga minyak tapi tak plak bandingkan gaji nye (siap darabkan dgn currency sekarang) dan juga harga sebotol Nutella. Apa melalut ni…heheh sebenarnya kita rindu nak ke SIngapore. Rindu nak shopping kat sana.  Tapi Kheirul cakap kalau setakat nak pi makan tulang merah boleh lah. Shopping no no no. Shopping  online je ok.

ok ok lah….kita cerita pasal sarapan. Kiterang sarapan kat restoran berhampiran tempat service kereta. Afriena lah apa ke mimpi dia nak makan nasi lemak. Punyalah lama menungggu orang kedai nak masak nasi lemak.

image

Muka menunggu untuk makan. Ashraff makan popiah je. minum air barli suam. Rayyan muka macam tu sbb dia nak duduk dengan mama dia tapi I malas riba sebab dia berat.

image

Lempeng kelapa tu untuk Rayyan. Sedap je lempeng kelapa tu. Nanti kalau terjumpa kelapa parut naklah buat. cicah sambal ikan bilis. Kat restoran ni, sambal dia..manis. Semua sambal rasa manis. Kuat makan gula dorang ni. Air dia pun manis. Kheirul cakap..mungkin bagi dorang tak manis, tapi bagi lidah kiterang tersangat manis sbb kiterang jarang makan atau minum manis. Tapikan sambal tumis kalau manis sangat memang tak sedap. Sambal kalau nak sedap kena rasa masamnya sikit, pedas sikit dan manis sikit. preferably guna gula perang atau gula melaka.

I makan lontong. Kuah lodeh dia ok not bad tapi lontong dia keras and sambal dia manis. Rindu nak makan breakfast kat Santai, Taman Tun . Ha bawah tu nasi lemak Afriena. dia tak makan pun sambal tu. Dia rasa sikit je. Yang dia makan nasi lemak, ikan bilis , telur dan hotdog sikit. Kheirul nya makanan tak yah tunjuk sbb dia pun makan nasi lemak. Lepas makan balik ke bengkel tunggu kereta siap. Nasib baik bengkel tu ada TV, ada aircond dan yang penting ada wifi.

So apa you all breakfast Sabtu lepas?

 

Jamuan Merdeka Raya kat Sekolah

haih jenuh baca status kat FB hari ni. semua dok marah, ada yang gembira, ada yang sedih sebab minyak naik 20 posen. Ada yang cakap 20 posen je pun. Hahaha 20 posen tu duit tau. Kalau isi minyak selalu penuh tank RM95 hari ni dah RM105. alah 10 inggit je pun. Tengoklah kesinambungan dia. Harga barang naik lagi. Sapa yang terasa? Orang yang bergaji sikit. Orang yang duduk kat kampung yang gaji dorang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu boleh simpan untuk esok. Sebab 20 posen jugak lifestyle sesetengah orang mungkin akan berubah. Dari mampu makan sardin cap ayam mungkin akan makan sardin cap tah apa- apa yang tak sedap. Daripada sedap dapat makan ikan merah masak asam pedas terpaksa tukar ikan kembung asam pedas. Kan lain rasa dia nanti. Kan bagus kalau harga minyak naik tapi harga makanan tak mahal? ada kawalan?

Anw, back to jamuan merdeka raya. Ahad lepas ada jamuan merdeka raya – hari terbuka sekolah- get together dgn anak-anak yatim-jamuan raya. Jamuan start pkul 12  tapi kiterang pukul 2 baru sampai sbb nak tunggu keter siap di cuci, tunggu budak balik kelas taekwon-do. Jamuan buat kat sekolah rendah. Ada anak-anak yatim yang join. Banyak hidangan yang tersedia. Ada laksa terengganu..1st time rasa. Macam laksa kelantan tapi rasa dia tak manis kuah dia. Pastu ada laksa utara versi pantai timur hahaha sebab dia ada nenas, daun salad…sedap laksa dia. Pastu nasi dagang terengganu. Soto. Actually banyak lagi tapi tak nampak benda lain dah sbb nampak nasi dagang n laksa. Sampai budak yang serve – anak yatim.. sikit nye makan. Sikit je I jawab… auntie nak makan makanan lain lagi.

Actually I bawak jugak potluck. Bawak 2 tray Mac n ‘ Cheese yang tak sampai setengah jam dah habis. heheheh malam tu kena buat kat rumah plak sbb bebudak komplen tak cukup. La bebudak ni, potluck tu utk semua orang merasa bukan utk dorang je makan. 2 tray je sempat bakar. Kalau ada oven besar boleh buat banyak sikit. Oh ye ada spaghetti jugak. Yang tu je bebudak makan, Ada satay, ayam bakar. Haih meriah betul nak-nak tuan punya sekolah tu YB, lagi lah ramai yang datang.Sempoi je YB, wife dia pun tak macam bini YB sembang macam biasa. Wife YB tu lah cikgu besar sekolah bebudak ni. Dorang panggil umi and YB tu plak dorang panggil Abi. Sangat mesra cara didikan kat sekolah. Alhamdulillah.. memang macam tulah sepatutnya anak-anak dilayan kat sekolah.

 

Ada gambar 3 keping je
2

Ashraff

3

Afriena

1

Rayyan