Category Archives: Kids & Family

Pasar Tani Trip

Sapa tak suka pergi pasar tani…welll at least my family.Sabtu lepas kiteran gpi pasar tani. Saja selain pi breakfast kiterang pi beli ikan dan sayur. Best gak breakfast kat sana. Since dah lama tak makan nasi lemak, so dapatlah merasa makan nasi lemak rendang kerang.

So kita layan gambar je lah sebab nak taip ni macam malas je

Rojak Singapura.  Oklah rasa dia but not really singapore taste for me

Rojak Singapura for Kheirul… Oklah rasa dia but not really Singapore taste for me

 

Pulut Kuning and kari kambing for Afriena. Dia kan puteri pulut. Suka sangat lah dia ngan pulut

Pulut Kuning and kari kambing for Afriena. Dia kan puteri pulut. Suka sangat lah dia ngan pulut

NAsi lemak rendang kerang for me... Sedap

NAsi lemak rendang kerang for me… Sedap

image

moddy…tapi habis gak apam balik dia makan

Ashraff plak makan apa benda tah yag ada cheese bagai. Selera pelik betul. Lepas makan baru beli ikan dan sayur. Lepas tu balik lah sebab bebudak bising panas lah..penat lahh

 

Tournament Taekwondo di hari Sabtu

baru bangun tidur ni

baru bangun tidur ni

Tournament Taekwondo yang kedua untuk Ashraff. Sebagai ibu bapa yang begitu teruja haruslah pergi hantar anak and sokong kan. Tujuan hantar Ashraff masuk tournament TAekwondo ni adalah untuk bina keyakinan dalam diri dia. Takleh pemalu yang terlampau, kena berani dan kena kuat untuk hadapi cabaran getir. ceh ceh macam pakar motivasi. Tapi sebenarnya betul. I sendiri dah berapa kali masuk tournament taekwondo memang berkesan untuk motivasi diri. Insya Allah peluang Afriena tahun depan plak.  Tahun depan Insya’ Allah  kalau mama dah dapat black belt boleh training sparring sama-sama. Kalau Sparring je…pehhh bukan setakat peluh jantan segala mak nenek peluh keluar. So Sabtu tu pagi lagi semua dah bangun. Lepas solat subuh pukul 7.30 dah keluar. Tournamentnye kat UIA. Jauh jugak tuh. Pukul 8.15  dah sampai. Kiterang breakfast dalam kereta je.  Since kena ada sana pukul 8.30 kan… Tapi hampehhh… tunggu punya tunggu, pukul 10.30  baru nak start. Tu bukan start acara lagi tau, baru nak start bergerak. Bayangkan… pukul 11.45-12pm baru start acara pattern. Mana I tak marah. I hate waiting! seriously sapa suka kan? Dah lah dewan tu kecik, takde aircond…ayoooo. Pukul 12 lebih Ashraff habis buat pattern. Bangga dengan Ashraff, pattern dia buat nampak lawa. Walaupun tak menang takpe, tapi he improved a lot. Buat pattern dengan yakin. Ada budak yang berenti buat sebab tak ingat.  Tak pe long way to go. You gonna win something!

acara PATTERN

acara pattern….

Cuma Ashraff and  sorang budak depan dia je wakil kelab kiterang. Yang lain ramai demam

Cuma Ashraff and sorang budak depan dia je wakil kelab kiterang. Yang lain ramai demam. Tapi I kenallah few budak dari kelab lain

Thank you to my sister and her family sbb datang bagi support. Ashraff lagilah excited sebab sepupu dia datang tengokkan. Dorang lepak sekejap, lepas tu dorang ke tempat lain plak. So, habis event pattern, kiterang pi cari makan.  Jauh jugak nak mencari makan. Lepas tu katanya pukul 2.30 kena balik ke dewan.  So sempatlah makan, solat semua pukul 2.30 kumpul balik. Bayangkan…memang kena banyak buat bayangan nih, dari pukul 2.30 kiterang kena tunggu berejam-jam untuk acara sparring.Ashraff dari excited nak sparring dah jadi malas. Pukul 4.30 baru panggil ke dewan tu pun Ashraff pergi solat dulu. Dari pukul 4.30 solat sampai masuk maghrib masih lagi dia menggu dalam ring. Masa tu lah nak panggil peserta, masa tu jugak buat table sapa lawan sapa, sampailah masuk maghrib , Ashraff pergi solat dulu, balik ke ring balik masih belum lawan. Baru je susun peserta. Hati dah membara. Mak bapak lain ada siap marah-marah lagi. Katanya punyalah lama tunggu, budak lapar, bayar yuran tournament mahal plak tuh.. Betul tuh, sepatutnya sediakanlah makan or air minum. Memang rasa macam nak sekolahkan je penganjur nih. Tapi siapalah I nak komplen kan, Serahkan pada suami saja. Tapi dalam orang dok sok sek tak puas hati ada terdengar oraqng puji tournament kat Shah Alam hari tu… hahaha tournament sapa tu?  hehehe I was one of the commitee.  Seriously kalau buat event tak kira apa event, benda yang perlu dia ambil berat adalah time management. Ini jadual event pun takde. Apa lagi benda-dbenda lain. takpe… we take it as lesson. Sapa yang nak buat event ke apa ke, should learn from this event. Time management and jaga hati budak-budak.

image

ni dah bosan menunggu ni… Jeling instructor Ashraff tengok dorang main glove ni

 

Champion!!!!

Champion!!!!

Till 8.45 , bebudak ni tunggu lawan. I can see muka Ashraff dah frust. Sakit jiwa untuk budak yang takleh duduk diam, Mana boleh duduk setempat. Dia siap cakap tak nak sparring lah dah penat tunggu. Ada budak nangis sbb stress tunggu, nak balik and lapar. Finally dia lawan. Tak seperti yang dia lawan masa training. Mungkin lapar, frust atau stress atau mungkin letih menunggu. Tapi memang dia cakap…penat tunggu dan bosan.  Habis event je, sebab dia kalah… dia ada cakap malas lah menang kena tunggu lagi… terus balik, eh bukan, singgah Bangsar makan kat Chilis dulu. Kena amik hati bebudak sebab tunggu lama. Oh ya gambar sparring tak amik pun sebab iphone dah abis bateri…dah tu lama sangat tunggu..grrr

Sekian laporan saya, tapi tournament hari tu memang tournamat yang sangat teruk. ever. Sepanjang I masuk tournament Tae kwondo , inilah tournament yang paling sakit hati.

 

Toys ‘r’ Us Plakkkk

sambungan citer hari Sabtu…Lepas habis KidZania, pergi solat zubur then, ke Toys r Us plak. Masuk Toys r us untuk beli hadiah birthday. Kalau masak dalam ni memang berejam lah dorang duduk. Semua mainan nak try. Lepas satu satu dorang test, pastu decide barang. Ashraff n Rayyan biasalah budak laki, kalau tak beli kereta, beli gun. Lately dorang suka sangat lah nak menembak. So dorang beli pistol. Afriena plak nak beli doll. Not barbie doll, dia nak baby doll. Hah memula dia nak yang doll yang boleh makan minum tukar nappy tu kan, ha yelah lah…elok elok mama papa dah lama tak spend duit beli nappy dia plak nak kena beli nappy doll plak… Pot pet pot pet…last dia amik doll yang tak payah nappy bla bla….

image

Tengah mencari anak anak ang berkeliaran

image

Sopan je anak dara…. Dia dapat spent lebih sikit sebab dapat nombor tiga masa ujian pertengahan penggal

Blur dah tak tahu nak mana satu

Blur dah tak tahu nak mana satu

 

Tengah dok mencari cari

Tengah dok mencari cari

 

image

dah dapat dah…sorang satu

 

image

Afriena pilih ni

So balik rumah masing -masing kilik mainan masing-masing. err Actually, I pun test gak pistol dorang. Bebudak nilah suruh main mama papa main lawan-lawan. Buat masa ni, setiap kali tidur mesti pistol kat bantal. Dah siap guna wat tembak cicak. Kena putus ekor lagi.. Afriena plak, doll dia tu siap tidur sebelah. Kasi minum susu, tukar0tukar baju. Kadang dalam kereta boleh teringat, alamak baby tak minum susu lagi. Rayyan kalau kakak dia takde  rumah, dia masuk bilik dia koreng-korek biji mata…nasib baik anak patung bukan baby betul