Assalamualaikum.. apa khabar semua? Lama tak update cerita pasal anak-anak kan?
Tahun ni AShraff dah nak masuk 18 tahun. Blog ni masa baru bukak, umur dia baru 4 tahun. Tahun ni dia ambik SPM. berdebar jugak SPM dorang. Anak yang lahir tahun 2004 selalu je ditikus putihkan. SPM silibus baru, kena plak dengan pandemik, followed by PKP. Rasanya untuk SPM, dia pergi kelas kejap je. Masa trial SPM result mostly G. TEngok result banyak G ku\ecuali Engliah je yang lepas.. there is something wrong lah. Amikkan dia online tution, then I top up lagi dengan ajar sendiri kat rumah. I kalau subject math , English and Agama ok lah..kalau yang lain macamtak berapa. Alhamdulillah, bila keluar result SPM, semua lulus siap dengan credit dan cemerlang. Dah keluar result SPM, kena apply UPU plak. Dapat lah dia sambung belajar di Utara ambik course masak-masak. Punyalah mak promote course pelik berkaitan IT, Digital atau animation even game designer, tak nak dia nak jadi chef. Kalau boleh nak lepas Diploma, nak sambung ambik pastri pulak pasal nak jadi Chef. Haa.. Dari form 3 kot kata nak jadi Chef. Memang nampak dia cenderung ke arah tu, Kalau bawak grocery shopping atau masuk kedai periuk belanga, dia more excited lah
So sehari sebelum hari pendaftaran, maka naik lah kami ETS ke utara
first time Naik ETS, macam ur blur gitu..
Best jugak naik ETS, laju jimat masa dan tenaga, boleh rehat dalam train. Pergi bertiga balik berdua. Nak train pergi balik, tidur je lah kami. Ni je time dapat rest.
kalau naik Siang dapat lah view cantik . kalau Malam Kita Layan tidur je lah
Nasib baik tak bawak budak kecik dua tu.. Sampai sana ambik Grab Car atau teksi je.
nexktie pun..papa Yang kena pakaikan..dia dah lah tinggi..kan
Alhamdulillah lega, dah selamat sampai dok hostel.Harap dia boleh sesuaikan diri lah. YE lah selama ni mama je yang buat itu ini. Last weekend call tanya buat apa dia cakap tengah buat laundry. OK lah tu. Cuma kami yang kat rumah ni masih takleh nak adjust kurang sorang kat rumah. Selalu je masak mesti nasi tak habis, Afriena kalau hidang mesti pinggan terlebih satu haha
Haaa gitu lah cerita nya. NExt year Afriena plak punya turn. KEjap je kan anak=anak dah besar, dan kita makin tua. Semoga Ashraff berjaya dan capai cita-cita untuk jadi Chef.
Trend baru selepas PKP/MCO sekarang ni ramai yang beralih arah kepada aktiviti camping. Maklumlah, boarder tutop dan passport takboleh chop. So, ramailah yang start bercamping dari tepi pantai, tepi sungai, tepi sawah hinggalah ke dalam hutan belantara.
Dan sudah menjadi kemestian untuk membawa bekalan makanan dan minuman untuk disimpan untuk tempoh 2 atau 3 hari. Pilihan coolbox sangat penting untuk memastikan kesegaran bahan makanan dan minuman kita dapat dikekalkan.
Secara peribadi, saya membandingkan 2 product ini, Coleman 25L cooler box dan Kotak Polysterene 25L pekak yg beli kat kedai hardware.
coleman cooler box 25l
Kotak Polysterene
Design
Design hebat macam golongan kayangan
Design ala kadar jer
Durability / Ketahanan
Sangat kuat. Sepak tak pecah
Sangat rapuh. Salah pegang boleh pecah
Mobility
Ada roda, senang dibawa
Kena angkat ngan tangan
Ruang Simpanan
Cakap je 25L… tapi tak sampai pon 25L… ini kerana bahagian bucu kotak tu dah melengong skit. Dan bahagian bawah ada kecil sedikit drp bahagian atas kotak
Ruang memang 4 segi betol, memang 25L… panjang dan lebar bahagian bawah dan atas adalah sama…
Tempoh Sejuk Beku
1 -2 Hari sahaja. Ais akan mula mencair pada hari kedua dan hari ketiga, ais totaly jadi air yang tak berapa sejuk
2-3 Hari. Ais akan mencair pada hari ke-3. Dan hari ke-4 pon walaupon cair tapi suhu masih sejuk
Harga
Harga Bangsawan – RM500
Harga B-40 – RM10
Kesimpulan
Kalau nak bergaya.. pakai la yg ni walaupon tempoh sejuk beku kurang. Kalau setakat day-trip boleh pakai.. tapi kalau nak camping 2-3 malam atau lebih, agak mengechewakan
tempoh sejuk beku yg boleh bertahan lebih lama. Tak ralat kalau tak tahan pon, sebab harga dia RM10 jer.. kalau pecah beli yg lain.
Secara peribadi saya lebih suka menggunakan kotak polystyrene pekak sebab No.1 murah, tempoh sejuk beku lebih lama, dan tak ralat kalau pecah or kotor…..
Tandas ✅ 5/5 ,tandas bersih, cuma berpasir sbb ramai pwngunjung main masuk je tanpa tukar selipar yang tersedia, Masa pergi air kurang, toilet gelap, takde lampu, Kita takut wak. Supply air kurang nak nak time maghrib, Ha apa lagi, pi sungai la…kat tepi Surau pun Ada toilet, tapi jauh untuk Ku tinggalkan khemah dengan budak kecik.
Plugpoint ✅ ada
Kitchen and sink ✅ takde, tapi campers cuci pinggan Kat Sinki cuci tangan tepi toilet. Oleh kerana time lepas makan selalu je takde air, kami cuci sebelah khemah je sebab ada camper shower. Kadang 2 pi bilas Kat sungai. Sisa makan tu bersihkan le siap2 buang dalam tong sampah. Jangan buang kat sungai.
Fire pit ✅ Ada, macam Kat oversea plak gayanya. Crew Kat situ akan pasang api. Boleh lepak sambil petik guitar, minum kopi
best letak suasana malam
Sungai ✅ sungai dia best. Kena cari port bestlah. Kami main Kat atas. Sapa rajin boleh pergi lagi atas cari air terjun. Tanya crew Kat situ. Dorang sangat friendly .
Parking distance to Campsite? Tempat parking disediakan, jangan parking sebelah khemah, dalam 100 meter. harga Parking RM15
Entrance for Normal Car, Jalan agak mencabar sebab Jalan licin kalau lepas hujan dan berbukit. Tapi nampak ada 2-3 buah Alphard, Velfire, BMW..jadi jalan masuk Kira bolehlah untuk dilalui oleh kereta biasa. Kena watch out dengan cyclists
Phone Coverage? Kirim Salam lah..puas ketuk– ketuk phone, Celcom, Digi kejap ada kejap takde, Umoble takde bak kata ore kelate selok teruhhh
Security/safety? ✅(gated n guarded)
Insya Allah lagi dua tahun tempat ni famous lah kot..Bila pokok yang ditanam dah meredupkan tempat, facilities terbaik, bersih, ada crew yang banyak membantu, Ada surau yang cantik. gazebo pun ada,toilet pun banyak dan bersih. kami ni Kira antara yang bertuah sebab Masa ni GG Retreat BTS baru dirasmikan.
malam² ada campfire, boleh lepak sambil layan kopi ke coklat panas ke, bakar marshmallow ke, harap2 cepatlah COVID-19 berakhir supaya kita boleh melepak macam ni.
Bagi saya yang Ada anak2 kecil, Dorang suka sangat dengan sungai. Air Sejuk macam ais. malam memang sejuk, cuma malam pertama tu panas. Tapi bila bangun pagi huhuhu sejuknya. Tengah hari sangat panas, sebab takde pokok untuk teduhan lagi. Jiran camper Saya best.happening. malam2 dorang sembang gelak tak sunyi.Pagi dah dengar dia tumbuk batu lesung buat rencah nàsi goreng. Pastu dengar dia pekik, Ayam celup tepung mana?… Sempoiii.
Oh ya.. Kat GG Retreat BTS boleh sewa khemah. You all boleh tanya camana charge. Internet ada kena beli data ..tapi ambo Tak perlu semua tu. Tak pegang phone pun. Selain camping Ada jugak day trip, piknik, boleh sewa ATV, motor, boleh berbasikal Dan boleh mancing. Bagi saya memang best camping sini. insya Allah akan repeat.
ini port kami..ada plug point Kat situ tapi tak guna pundah siap pasangkalau siang lepas mandi sejuk syok berguling.makan time…budak tu memang suka timun. Makan nàsi ayam bertambah.
Bab makan..
asal camping je mesti lapar. Kerja nak makan je. Macam biasa kami bawa buah-buahan, roti,maggi,titbits Dan air kotak. Air Kotak kami bekukan dulu jadi kat sana, semua sejuk.
supper..bebudak ni layan marshmallow lah apa benda lagi
bbq time…
Day 2 breakfast – big breakfast
lunch – nasi ayam
teatime -Maggi
dinner – mee goreng basah
supper – tak layan dah..malam tu hujan tidur awal
Camping pun boleh masak chicken rice
Day 3
breakfast- mee sedap and french toast
Makanan semuanya dah disediakan, dibasuh, dipotong Dan dibekukan di rumah..senang untuk mengurangkan pelupusan sisa makanan and seperti lebihan sayur, lemak ayam. buat macam ni senang untuk suruh anak-anak masak..Ajar dorang masak, common sense
Okay..next nak camping mana plak???
untuk campsite ni, kami bagi 4.75⭐ sebab lagi 0.25⭐ tu, masalah air Kat toilet je. yang lain..memang best no complaint. crews sangat membantu. Siap tolong encik suami lipat khemah kecik lagi. Heheheh…Satu lagi, masa kat sana hujan, crew semua sibuk suruh pengunjung keluar Dari sungai. Siap dengan announcement..Terbaik lah