Category Archives: Kids & Family

Puasa 2016- day 2

Selamat berpuasa semua…. Uolls masak apa? Busy tgk trafik blog time bulan puasa orang dok cari resepi berbuka. Hari ni I masak sagu gula melaka n buat sambal mangga muda. Oleh kerana kiterang berbuka kat masjid, maka takdelah I masak lauk pauk…

image

menu berbukabkat masjid hari ni adalah nasi putih, sayur lemak taugeh  dan ayam goreng berempah. Ada jugak sambal belacan, tembikai dan kurma. Alhamdulillah. TErima kasih pada yang menderma.

Projek Basikal

Projek lah sangat… sebenarnya biasa biasa je… Sebenarnya dah lama nak beli basikal tapi dok pi mai pi mai dok pikir kat mana nak simpan basikal. Maklumlah duduk apartment … nak simpan kat depan takut orng curi…tapi so far takde lagi… kot lah kan…

Takpe nanti nak try cakap ngan jiran… nak park basikal 3 biji kat depan rumah… pastu letak CCTV. So sebab kiterang buat dek je tak beli pun basikal.. budak bertiga tu, menabung. Menabung punya menabung, rimas plak dok tgk dorang dok kira je duit tu nak tunggu cukup beli basikal. Last last ,,, I amik duit tu pi masuk tabung haji terus daftar haji….

Tak puas hati lah dorang… jadinya Ahad lepas, lepas training Taekwondo dengan bau masam masam manis peluh bagai dengan seluar Taekwondo, kiterang pi kedai basikal kat Seri Kembangan. Dah berapa kali lalu situ… aghhh beli je lah…

image

macam macam jenis dan warna.. tapi takdelah beli yang kaler pink gitu utk Afriena…

image

ni ada lagi… kat sini ada basikal dari harga serendah RM250 hingga ke entah berapa puluh ribu kot… Yang tu kat dalam dan sebelah lah….

So tgk basikal… last last pilih dua basikal. Satu untuk Ashraff dan satu untuk Afriena. Beli yang besar untuk Ashraff dan medium untuk Afriena.. tiba-tiba, Rayyan tanya… Basikal Rayyan mana? Pastu Kheirul pun tanya dia balik.. Rayyan nak basikal jugak ke? Bila soalan dijawab dengan soalan memang nangis lah dia…hahahha… Suka sangatlah papanya menyakat si kecik tu. Last last kena beli 3 basikal… Mama baru nak pow rollerblade… dah takde bajet dah.

image

At first Rayyan nak basikal macam ni… kecik sangat lah Rayyan…

image

So amik yang ni… nanti boleh buang tayar kecik bila dah pandai … emmmm dia dah bawak basikal lepas tangan dah pun

image

Ni Ashraff punya… yang Afriena punya.. gambar terdelete… takpe ada video

Petang tu… mama n papa tak dapat rest pun dah lah Jumaat training TKD, Sabtu petang Swimming, malam TKD, pagi Ahad TKD…. fuhhh rasa penat… Cakap nak tidur 15 minit.. ngam ngam 15 minit dorang kejutkan… nak pi Taman Tasik Titiwangsa

Petang tu….

Belajar bawak basikal

image

man tah dorang… ramai orang  lepas tu…

image

Kejap je dia….terus seronok while Abang n Kakak terkial -kial belajar

Besoknya..sambung balik tau..

Pagi lagi pukul 9.30 turun bawah… breakfast pun tak…Beli makan kat bawah…adehhh

image

Dorang suka lah macam ni…makan kat bawah…lepas tu main basikal… then baru naik. Macam hari ni lepas main basikal…err termasuk mama dia lah main basikal then pi swimming plak…

KEjap je dorang boleh kayuh… 3 session… petang Isnin tu dah boleh dah sikit-sikit… Selasa pagi dah boleh bawak dah walaupun macam mabuk kiri kanan…

tengok je lah video ni

 

 

Kot kot  ada yang tengah cari basikal…ha boleh lah ke kedai ni

image

 

Kuih -kuih Nyonya @ Baba Charlie, Melaka

Memang set dah dalam kepala hahaha actually memang ada dalam plan pun, kali ni pi Melaka nak makan kuih Nyonya. Since  selalu pergi tapi tak pernah nak beli kuih-muih. Oleh kerana bebudak ni suka sangat kuih-kuih talam and pulut, memang peluang lah ni. Dah beberapa kali tengok TV citer pasal kuih Nyonya kat Melaka yang kat Baba Charlie. So nak kena cuba ni. Pernah keluar dalam AFC and TV8. Mesti cuba ni. Yang unik dan yang menarik perhatian sebenarnya kuih dia banyak yang letak warna dari bunga telang. Masa tengok TV tu dia ada tunjuk kuih yang special iaitu kuih pulut yang warna biru lepas tu makan dengan kaya.

So apa lagi, set GPS kite pi ke Tengkera Melaka. Senang je cari… cuma kena masuk dalam jalan sempit sebab dia kawasan perumahan. Takpe ada side board. Dia dekat ngan Masjid TEngkera. Masjid Lama. Masa bayar kat kaunter, cashier dia siap cakap… kat sini ada Masjid, Masjid lama… Mungkin dia nak remind  or memberi direction pasal kejap lagi The Boys nak pergi Solat Jumaat.  tq…

 

IMG_0497

Sampai je dalam kedai tu… apa lagi…dah lah breakfast pau sebijik sorang harus lapar… semua kuih nak. macam-macam kuih dan warna. Macam biasa setiap orang ada fav dorang. Kalau Rayyan suka kuih lapis, Afriena suka kuih yang berpulut, Ashraff semua makan kecuali kuih koci dan Ang Ku… dia takleh telan…dia rasa lekat kat anak tekak..

tengok lah kuih-muih dia…

IMG_0496

kuih koci tu..Kheirul suka… Yang kaler biru tu kuih sagu…. I suka cara hidangan kuih sagu tu. boleh try buat sendiri nanti….sedap sangat…bebudak pun suka. Satu kuih ni pakat suap sikit sorang. Seri Muka dia sedap… huhuhuhu

IMG_0495

Ni Kheirul yang suka…. I makan satu je. Lain dia makan…

IMG_0493

Yang ni..pulut inti MUST BUY n’ TRY. perfect…IMG_0489

Berpinar mata tengok kuih…kalau boleh semua kuih nak amik. Tapi kena sabar…IMG_0498

Kuih ni yang dorang fokuskan masa dalam AFC kot… pulut ni dimasak lepas tu dia tekankan  kasi padat. Lepas tu makan dengan kaya. Sedap dan sangat special.

Kuih-kuih yang kiterang beli ni.. banyak Makan- makan ada lagi. Sampai esok pagi simpan. Boleh buat makan pagi dah sebab tak balik pun kuih dia. Janji kuih tu dalam balutan plastik dan uoll tak pegang ngan tangan atau gigit dia.

Boleh lah next time pi Melaka untuk singgah lagi…