Category Archives: Kids & Family

Exam week n buat dunno

Since last Monday, kat sekolah budak 2 orang tuh dah start exam. Last week dorang buat revisiolah sesikit. Sebagai ibu yang tak nak stresskan anak dengan exam bagai masa zaman riang dorang, I buat dunno jer. Takde buat revision pun. For me pre-school adalah time untuk belajar bersosial bukan untuk stress with homework and all.

Maybe some of you do not agree with that, but me myself tak suka anak-anak stress bab buat homework. Knwoing now dorang kat Chinese preschool, so homework berlambak-lambak. Samapai nampak muka stress.

Ohya semalam dorang ada exam, tanya Afriena boleh buat ke tak? dia cakap boleh buat. Tanya Ashraff boleh buat ke Chinese, dia cakap boleh but tapi tetiba je ada BUT, I cannot do it bina ayat. Tau dah mesti takleh buat. Umur 6 tahun dah ada bina ayat in chinese. Mak bapak pun stress. I think cara pembelajaran sekarang tak betul. It’s more to hafal not paham.Seingat I dulu bina ayat start masa darjah 2 not in kindergarthen.

Macam stress jer sekolah. Takpe nanti abis exam kita enjoy. So far both of them boleh membaca slowly. They can read Malay, English and Chinese. Oklah tuh. Soon kena belajar bahasa jawi plak. Mau pening kepala. :)

Saya rindu sama awak

Hahaha.. macam romantik tak tajuk dia???? Bukan rindu sesapa pun rindu kat Ashraff n Afriena. Sebab tetiba jer I rasa yang I jarang luangkan masa yang berkualiti dengan dorang.Since baby dah mula tak reti duduk diam.. lagilah rasa macam no time for them. Time baby tidur baru boleh buat kerja macam sidai baju, masak, kemas mandi and sembahyang.

Kesian jugak dengan Abang and kakak … dulu I selalu suapkan dorang makan tapi sekarang dah tak sebab sendiri nak makan pun kena cepat-cepat. My style is, I tak suka makan time budak nangis, I suka makan tanpa gangguan. Makan tanpa gangguan cepat kenyang dari makan dengan gangguan.Dulu selalu bawak dorang pergi swimming, tapi sekarang dah kurang sebab tak sempat, mana nak masak,nak suap baby makan nak mandikan baby.

My main purpose benti kerja adalah nak jaga and spend more time with my kids. Macam ye and tak ye jugak. I’m getting busy rasanya.Nak luangkan masa untuk diri sendiri  pun dah takde masa. Contoh menjahit, macam tersidai jer mesin jahit tuh. Mana ada masa….Asal tekan jer…. waaaaa nangis. Si kecik tuh tak boleh di lepaskan sebab dia suka tolak kerusi kang jatuh.. kalau kurung dalam Cot nangis plak… like I said I suka buat kerja time yang tenang jer… Baking pun dah lama tak buat. semua kena korbankan. Harap pengorbanan ni semua adalah manfaatnya.

Kesian plak dengan Ashraff and Afriena. The only time I have with them cuma time buat homework, time nak tidur and time mandi. During homework time, I yang ajar, hahaha dari tak reti bahasa cina now I tau dah sesikit. I can recognise few words dah tau. 2 budak ni pelik sikit, kalau hoemowrk tak nak plak si papa nye mengadap. So terpaksalah dengan gendong baby dok ajar dorang. TImenak tidur, walau I marah jadi singa camner pun mesti dorang carik mama dorang nak tidur. Nak kiss mama dulu. Time mandi I mandikan le kekadang tak gak.. mandi kena scrub dorang semua kalau tak berkarah ler…Insya’ allah kalau baby dah besar mungkin ok sket kot. but frankly, memang penatlah jadi housewife nih. Rasa macam nak back to work jer… :(

Ohya.. ada pesanan untuk papa,

Anak-anak selalu dok tanya esp Afriena, why papa always late to be home? ni soklan setiap hari ditanya. And semalam, dinner, dorang tak nak makan walau dah lapar sebab nak tunggu papa balik makan sama.Tapi I paksa suruh makan dulu sebab kesian.. So pepaham je la…dorang rindu kot

NOTE: Masih tak dapat hadiah hari jadi…

Breakfast Basket

Salam Jumaat……… Hari ni saja nak share pasal anak-anak juga. Ashraff and Afriena kuat makan kalau nak tau. Dorang suka makan benda snack macam biskut and bread. So, memang Roti and Biskut kenalah ada setiap hari atas meja. Normally I letak semua dalam bakul and tetiba je dapat nama Breakfast basket.

Dalam bakul tu kena lah make sure ada spread for the bread. Our favourite is Nutella and Strawberry Jam. FYI, Ashraff tak suka jam dia suka butter. So dorang alernatelah kekadang nutella , kekadang jam or butter. Kalau dah boring bread dorang makan biskut. For me oklah makan benda macam ni dari makan junkfood. Tapi merasalah jugak dorang dapat makan junkfood. Tapi no no no to sweets. I memang tak berkenan kalau budak makan sweets. Bukan apa selain rosak gigi, dorang jadi hyper plak. Fruits pun ada tapi memilih, Ashraff suka Mango Afriena suka Orange. Kalau makan Apple or grapes plak kena kupas kulit. Aci tak. Malaslah nak kupas kulit grapes tuh…