Category Archives: Kids & Family

The pisang lover

Suka sangat dia dengan pisang. Sebiji tu boleh habis dia makan. Actually bukan dia je, abang and kakak dia pun suka. I pun suka tapi prefer cooked version.

Pengat pisang,

cekodok pisang

kek pisang

especially puding raja

hehehehe…. apa-apa berkaitan dengan pisanglah. Lepat pisang,pisang goreng,sira pisang and pernah tak you makan pisang muda masak lemak? sedap kan? tapi I tak reti masak dowh. Ingat lagi kalau kat kampung time ada kenduri, dorang akan masak lemak/ kari pisang muda, pastu ada ikan masin goreng then kerabu lah…fuuhhh sedap tu makan. Rindu plak kat kampung. Adakah nak kena balik kampung?  Kang balik kampung kang …

Little Golfer

Amacam ada gaya tak nak jadi golfer? Tu set golf Ashraff n Afriena yang dia selongkar dalam bilik. Dah takde orang nak main so dia main. Sikecik yang suka kemas rumah, kuat merajuk,suka panjat. Favourite spot adalah panjat katil or sofa then terjun ala-ala acah nak suruh mama dia marah.

Makan pun dah susah.. memilih je. Bubur nasi dah tak nak nak makan apa ysng orang lain makan.Perkataan baru yang dia boleh cakap ndi = mandi, anak = tak nak, cat , ekk ekk [astu yg lain tak phm lg. Routie tunggu papa dia balik adalah duk depan pintu, bila papa dia masuk je, ajak turun bawah siap standby dgn kasut. Suka mandi. Pandai bukak seluar sendiri pastu standby depan pintu toilet.

Cepatkan dia dah 13 bulan…

 

Komen Tok NiLa: Atok tok main golf.. Atok main POLO jer…

Sepagian di Mid Valley

I rasa weekend lepas banyak pulak keluar. Jumaat malam pergi IKEA sebab nak cari sofabed. Pergi Jumaat malam bukan apa nak mengejar delivery schedule hari Sabtu. Management kat sini ketat. Move/load in/out takleh on after 1pm Saturday. Only working ours. So kena berIKEA hari Jumaat. Best plak berIKEA Jumaat malam sebab orang tak ramai. Then Sabtu pun keluar for breakie. On Sunday best sebab dapat ke MV. Kul 10 dah sampai.Parking pun dapat depan pintu.Tujuannya adalah untuk bersarapan kat McD. Actually kat rumah adapun Mc D, tapi MV memenuhi syarat untuk berjalan hari tu. Ada McD Breakfast, Ada Jusco Supermarket and ada counter tempat memain budak. Dengan sakit-sakit belakang (ke pinggang) pergi gak berjalan hehe .Lepas makan, round dalam Harvey Norman tengok-tengok je.. pastu berpecah pada 2 team team 1, Kheirul + Ashraff+ Afriena, Team 2,Me + Rayyan. Team 1 pergi main game dlm Jusco.Activity wajib dorang.Team 2 pergi SKII counter kat JJ. SKII counter JJ  punya SA tak friendly buat dekkk je mentanglah aku pakai jeans koyak, kemeja lusuh and selipar adidas buruk je… Tapi selamba gua tanya… tapi takde stock. So I ke Metrojaya, SA dia very friendly. Memang takde stock, so dia amik no telefon, nanti dia call katanya by next month masuk balik. Ingat nak menapak ke The Gardens, malaslah sebab pinggang menyengat, mana nak tolak stroller lagi. So jenjalan dalam Watson cari barang keperluan then naik atas jumpa Team 1.

anak ke bapak yang bersungguh main nih

Kan dah merajuk :(

Habis perabiskan duit kat game tu kiterang pi shopping barang dapur kat bawah.

apasal orang belakang garu kepala ek?

Ada previlage day, so sambarlah nappy untuk Rayyan 2 pack Huggies Ultra, selalu harga biasa RM54, tapi hari tuh dapat RM36.90, potong lagi 5% kot, dapat RM35. Untung dah. Rayyan dah tak pakai cloth diaper, sebab dia pandai bukak kang berterabur. Habis je shopping, pergi Subang makan Rojak , minum Cendol. sedap gilerrr…..

Amacam weekend you all?

p/s: Dalam dok lama dalam kereta hari tuh, kiterang dapat idea baik punya…. nantilah dikabarkan :)