Category Archives: Free Time & Hobbies

Budget Pergi Hadyai & Krabi

This week ada beberapa orang yang whatsapp dan PM kami tanya pasal budget pergi Hadyai dan Krabi. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang merundum, Ringgit Malaysia pun jatuh, memang terasa sangat bila nak travel. Kalau nak ke Singapura tu memang kami kena pendam jelah. Harap takdelah yang mengidam nak makan makanan Singapore tu. Masa kami ke Hadyai dan Krabi banyak lagi kereta orang Malaysia, Tapi tidak sesesak dulu. Mana pergi nampak orang Malaysia. Masa kami ke sanam cuti sekolah, dengan cop passport kurang orang banyak. Mungkin tukaran wang banyak mempengaruhi. Mana taknye, dulu pergi duit RM100 boleh dapat THB1200, lepas tu pergi, RM100 dapat THB1000m sekarang pergi RM100 baru dapat THB783 itu masa kami pergi lah… Banyak ohhh beza duit dia. Nasib baik kat sana makanan masih murah. Beli baju kat Tesco (kat Tesco je mampu sbb baju bersih habis) pun dia buat harga Siam dan Malaysia. Bila convert balik harga Malaysia masih mahal.  Betul lah Malaysia ni ..negara berpendapatan tinggi. Kalau sesapa pergi, pergilah survey harga beras, makanan harian kat sana, you won’t get that their price here. 

Alhamdulillah makanan halal senang kat sana. Sekarang kalau kat 7E, siap ada rak makanan n chiller untuk Halal Food. Jadi kalau pi beli roti ke, even hotdog, tengok kat Halal sections. KAlau you all pergi ke Hadyai atau Krabi, untuk penjimatan makanan (kalau nak save budgetlah, kalau korang kaya, duit makan tak habis tak payah follow tips ni) cari tempat makan away from hotels n tourist area. Contoh kat Krabi pergi ke area masjid, harga makanan boleh jimat 30%-40%. Kalau setakat banana pancake, tepi jalan depan hotel jual THB50-60, kat area luar jual THB30-40. Nasi goreng pun cuma THB50. Tu nasi goreng seafood  tau. Beli 3 bungkus je , dorang punya portion besar.

Hatyai-Krabi-7839

Day 1, BEli 4 bungkus nasi, jenuh nak perabih. Nak buang berdosa membazir. Esok tu beli tinga je. Nasi goreng ayam, Nasi goreng Daging dan Nasi goreng sotong. Harga sebungkus cuma THB50

 

 

Breakfast kami, banyak save sebab kami sekeluarga bukan jenis kena makan nasi lemak, kami just beli roti, butter, jem dan Tuna spread takpun drive jauh sikit cari Pulut ayam goreng. NI semua hantu pulut kan…so bila makan pulut semua senyap

So tengoklah budget kat bawah ni. Harap membantu. Perbelanjaan kita mungkin tak sama sebab mungkin ada yang guna kereta Hybrid atau kereta diesel, 4WD, Macam kami kereta Toyota Wish. Pandai-pandailah bajet dan harap membantulah.

psst… beras kat sana murah weh.. sini beras yang sama harga RM42/5kg, sana baru THB179. ye ye tau, beras dari Siam, import punya. Tapikan (saja nak bakar), Beras paling murah pun THB79/5kg masih good kualiti oooiii. kami tengok jelah..

Budget:

  • Perbelanjaan : +-RM2500 hingga RM3000 bergantung kepada ketebalan poket
  • NOTE: Exchange Rate RM125 = THB1000
    • Tol : +- RM100
    • Petrol : +-RM400 (RM2.30/liter) – Based on Toyota Wish 2009
      • RM100 KL
      • RM80 Changlun
      • RM125 (THB1000) Krabi @THB27.0/l
      • RM80 Changlun
    • Hotel : THB4350 (RM543.75) – Booking.com untuk:
      • Hatyai : (1 malam)
      • Krabi : (3 malam)
    • Makan: +-RM 700
      • Songkhla (buffet utk satu family 5px) = THB700 (RM87.50)
      • Krabi (Seafood Lunch) = THB2000 (RM250)
      • Krabi lunch = THB300 utk sekali makan  satu family
      • Krabi Dinner = THB400 utk sekali makan satu family
    • Island Hopping : THB5100 (RM637.50)
      • Dewasa: THB1100 = 3pax
      • Kanak2: THB900 = 2pax
      • Note: Termasuk tiket National Park
    • Belanja + Shopping : THB6000 (RM750)
      • Hatyai : +-THB200
      • Krabi : +-THB300
      • lain2 : +-THB100 

Bekal ke sekolah : Idea ??

Susah betul takde unifi

nak update blog mmg susah

rumah baru takde unifi coverage.. dah tiga kaki apply,  jawapan tetap sama

hey come on…. TM do something… berderetnrumah dok menunggu unifi

slow lah

anw nak share idea bekL anak anak ke sekolah. Memang setiap hari saya masak untuk bekalanNk dan suami. Senang hati anak makan apa tang kita masak. Ashraff kata dlm kelas dia sorang je bawak bekal tapi dia tak heran ,  dia suka kadang dia yang masak untuk bekal. Afriena bawak bekal kawan dia pun follow. Rayyan pun ada geng bekal dah

Koay teow goreng utk sesi pagi

Mini pizza n oreo utk rayyan Sekolah petang

Pepperoni pizza utk ashraff

Nasi goreng utk suami sarapan kat opis

Mac n cheese untuk sesi petang

Sandwich fornhusband PB n’ J French toast with choc sauce for afriena

Dorang suka bawak bekal.  Duit poket mmg kasi so ikut suka dorang lah nak belanja atau masuk tabung…

 

 

Mee Rebus Sedap di Laziez, Sri Serdang

 

Selalu pagi hari minggu…jaranglah saya masak kat rumah. Kalau masak tu hahahah angin kerajinan yang datang. Tetapi selalunya, kalau masak breaskfast mesti dah plan lah nak masak apa. Boring kot hari bekerja dah masak pagi-pagi untuk bekal anak=anak dan suami, Anak-anak makan bekal, lepas kat sekolah memang dah ada tersedia sarapan. Banyak dorang makan sejak dua menjak ni. Nak membesar lah tu

Jadi Ahad beberapa minggu sudah, kami sekeluarga pergi makan sarapan ala-ala orang Muor. Kami makan  Mee Rebus. Dah lama dah mengidam nak makan ni. Alhamdulillah, jumpa jugak dan kebetulan dekat je dengan rumah.  Nama kedai dia Laziez di Sri Serdang, belakang Jabatan Pendaftaran Negeri. Baru tahu ada JPN kat situ…hai…
img_0745

Afriena mintak nak makan nasi lemak. Dia suka makan nasi lemak sekarang ni. Nasib lah mamanya malas nak masak nasi lemak. Sebenarnya bukan malas pun senang je, cuma saya tak suka tumis sambalnya. Nak menumis punyalah lama, lepas nak tunggu garing, nanti habis melekit dapur. Bila tanya Afriena sedap tak makan nasi lemak tu? Dia kata sedap. Memang licin dia makan tanpa pelawa orang rasa. Memang sah sedap. Saya rasa sikit je sambal. Sambal dia sedap. Kalau tak salah saya nasi lemak dia RM5 termasuk ayam goreng.

img_0746

Apa kelas makan nasi lemak. Nasi lemak kat mana-mana ada. Kami bertiga pesan Mee Rebus. Tengok kuah di pinggan dah berapa kali telan air liur. Sedap. Ringkas tapi sedap. Cukup rasa manis, perah asam limau sikit, makan berulam cili hijau tu…huhuhu ibarat jangan pandang belakang.img_0747

Ini version saya. Kami pesan jugak sate. Sate dia sedap. Mana nak dapat sate pagi-pagi kat sini. Kalau kat Muar ada lah. Eh ehe kat kelantan pun ada tau. Nasi impit bungkus dengan sate  2 cucuk. Hang pi mana…Hang pi mana…hang pi mana (nyanyi macam Siti Sarah dengan anak dia)img_0748

Ini lah sate dia, yang bau seantero Sri Serdang.  Sedap. Saya selalu cakap susah nak jumpa sate sedap sekarang. Selalu nak makan sate sedap kena makan kat Jalan Kolam Air kat Ampang, ada medan selera situ. Haa situ sedap. Satu lagi tempat kat East Coast , Singapura. Hahahaha maafkan saya tersasau jauh.  Sate kalau nak yang sedap, taknak berminyak sangat, tak nak hangus, rasa perapan yang sedap dan cukup dan semestinya kuah sate yang sedap. Kacang tak boleh terlampau hancur, kuah tak boleh terlampau manis. Manis sangat kuah sate, rasa macam nak marah je. Tapi yang ni, memang kena dengan selera kami. Mana nak cari sate sedap, pagi  pagi hari kan

Jadi, apa lagi ditunggu…semua pergilah makan Mee Rebus ni…tak payah pergi Muar, pergi je kat Laziez, Sri Serdang.

Ada lagi menu lain, tapi tak sempat rasa..mesti kena  rasa menu lain bila pergi lagi sekali. Ada lontong dan soto.

Sekian