Category Archives: Free Time & Hobbies

Embun & Chemong

Esok cukup seminggu ada member baru dalam rumah. Ada dua ekor anak kucing yang cute. Yang memang manja takleh duduk diam.

Meet them

Ini Chemong…jantan. 

Dia tak suka posing. kerja dia berlari, melompat, terjun.

Ni plak Embun. Wah nama tak nak kalah. Nama sopan habis, tapi tuan dia adehh..macam Chemong jugak. Lompat sana sini, berlari dan part paling dorang suka wrestling. Dorang berdua ni adik beradik. Kiterang memang cari sepasang. Tempat tinggal pun dah beli apartment kucing 5 tingkat. MAlam tidur dalam tu lah…Siang dua jam sekali dapat main dalam rumah dengan syarat kaki kena cuci. Orang yang handle ni Afriena, Ashraff n Kanda Papa.Saya cuma tengok dan melayan je. Afriena lah orang yang paling gumbira dapat kucing sebab dah lama mintk kucing. Since dah duduk rumah atas tanah, barulah dapat membeli kucing.

Ni Samel. Kucing jiran sebenarnya. Tapi selalu je lepak kat rumah ni. Makan sini, tidur sini n manja-manja pun kat sini. Dia ni bodyguard pada budak berdua ekor tu. So far takde plak dikacaunye budak berdua tu cuma sekali je dia tampar embun sebab Embun pergi provoke dia. Pastu dah tak kacau je. Dia cuma pandang besar kecik je selalunya.

Tercapailah hasrat Afriena nak kucing…jagalah dia. pepagi take turn cuci jamban kucing, kasi makan.

Resepi Laksa Kelantan

Lagi berapa hari nak mula puasa kan? Bila puasa je je orang dok fikir pasal nak makan apa. Macam kami satu keluarga, Menu berbuka mestilah simple. Tak payah nak masak 5-6 lauk untuk berbuka. Makan simple apa yang ada je. Mostly masak sendiri lah. Lagipun..bukankah puasa untuk untuk melatih kita bersabar , melatih kita untuk berjimat…Jangan membazir makanan. Ingatlah ada lagi yang susah, yang nak makan pun susah. Janganlah anggap puasa adalah bulan untuk berpesta makanan. 

Kami sekeluarga suka makanan yang dimasak dirumah. Kalau tak masak kita berbuka dimasjid je. Dan macam saya, saya ada makanan kegemaran sema berpuasa. Makanannya adalah Laksa Kelantan. Hehehe..buat sendiri lah sedap, kalau beli mesti ada yang tak kena. Ada  terlebih manis lah, kadang terbasi, rasa kuah kurang ikan lah..kerabu tak cukup lah… Buat sendiri je senang.

Nak resepi? Ini resepinya

Bahan A:
Laksa kering- rebus sampai masak… biar overcook sikit baru sedap

bahan B (kuah)

  • 10 ekor ikan sardin
  • santan kara 2 kotak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 10 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • air secukup nya
  • garam
  • 10 keping asam keping
  • gula

bahan tabur

  • daun kesum
  • bunga kantan
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • sambal belacan – mesti kena pakai cili padi baaru ummphh and belacan + asam limau kena lebih

cara-caranye:

rebus ikan dengan sikit air, 10 asam keping and garam sikit. rebus semalam sebelum lagi bagus. saya rebus pagi untuk makan malam, so asam dia akan serap dalam ikan
then, asingkan isi ikan. separuh isi ikan di mesin bersama bawang- bawang, halia dan lada hitam. mesin dengan sedikit air sampai lumat. lagi separuh tumbuk sampai lumat. pastu mesin tulang-temulang ikan dengan air rebusan, then campur dalam ikan yang telah ditumbuk/mesin(jgn lupa tapis nye, kalau tak tercekik tulang) lepas tu masak dengan santan, taruk 2 keping asam yg yang telah digunak masa rebus ikan tadi. masak hingga mendidih, kalau pekat sgt campur air . rasakan dengan garam, gula.tutup api then boleh makan.

Cara hidangan:

Ambil laksa, sendukkan kuah letak kerabu atas laksa, sambal dan jangan lupa belacan.bila makan laksa, dengan rasa kesegaran kerabu campur plak sambal dia yang pedas berdesing lepas tu tergigit plak belacan…adehhhh sedap gilerrr..

BAhan-bahan nak masak laksa senang je. Semua boleh cari kat kedai runcit atau pasar kan. Tapi kan Lazada pun ada jual laksa lah. Kalau tak jumpa laksa kat kedai, beli je kat Lazada hehehe..amacam? sempoiiii

Tak caya tengok

MAcam saya…saya memang suka kalau groceries ada jual kat Lazada. Senang kerja. Saya beli je laksa ni kat Lazada

Haahaha orcer je bila-bila masa ..buat stok. Bila nak masak barang dah ada. Sekarang ni Lazada buat  Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale dari 19 May hingga 30 June 2017..hah apa lagi serbulah..sebab ada diskaun sampai  90% gitu…

Best kan?

 

Krabi: Snorkeling Time

Pasal budget snorkeling boleh refer kat Budget Pergi Hadyai & Krabi 

Pakej dia termasuk makan buffet halal kat Phi Phi Don. Makan sedap sampai kenyang. Meamng lapar lah kalau banyak berenang berendam dalam air. Kita layan gambar je lah ye. Biar gambar berkata-kata…

Tengah tunggu boat nak jalan..muka kena gangstar sebab lama menunggu. Benci tau tunggu orang yang tak reti hormat waktu orang lain

Budak ni pening-pening lalat kot…tapi bila turun air…kalah ikan yu. Merata nak pergi

Cantik kan pemandangan dia

Air jernih..crystal clear tapi too many people

Kalau Rayyan masuk dalam air…mesti kena duduk sebelah dia. Dia mana takut 

Main pasir… pasir dia halus

Tengah nak tanam Afriena… pastu kiterang yang tukang tanam cakap..lepas tanam kita tinggal je kat sini hahahaha

NI rasanya tengah nak tackle monyet kot

clear kan air dia? Tapi tak banyak dah macam dulu-dulu

Monyet sudah mari…

Berhenti makan… makan ah sampai puas. Sebab memang lapar gila.  Asalkan jangan membazir dah

Biasalah Rayyan ni…peramah sangat. Dia kat sekolah ..sessi petang punya budak sekolah pun ramai kenal. Budak darjah 2 pun kenal. Entahlah kenal dia sebab dia suka nangis tak nak masuk kelas ke? kenal dia sebab dia selalu share lunchbox dia ke atau kenal dia sebab dia peramah? Tapi memang lah dia ni peramah. 

Sempat amik gambar dorang bertiga dalam air. Dorang terjun dari belakang boat je. I tak boleh terjun, doktor suruh jadi budak baik. So turun ikut tangga.

Habis sudah snorkeling… Balik hotel.mandi, solat..lepak atas katil tengok TV..tapau food pastu tido. Sebenarnya bercuti tak semestinya banyak berhabis duit, pergi tempat memahal..tapi yang penting masa kualiti bersama keluarga. Like my kids, bawak dorang pergi naik boat , terjun laut, makan seafood..they happy enough