Author Archives: Yatie

Pasca Banjir

Ahamdulillah… last weekend dapat gak balik kampung. Berbelah bahagi nak balik takut terkandas banjir kat mana-mana. Tapi dipermudahkan. Kiterang lalu Muadzam. Punyalah rasa jauhnya. Kalau pi Phuket dah sampai dah kot. Sampai je Kelantan, masuk Machang, jalan punya lah sesak. Sesak dengan truck, lori dan kereta misi bantuan. Bila dah masuk Temangan nak ke Kampung Kerilla… sepanjang jalan tu dapat tengok kesan banjir. Macam lepas tsunami ada, macam lepas perang pun ada. Kaddan kat situ macam takde warna . Cuma warna kuning perang selut.  Sampai rumah je, duduk sekejap… betulkan tuang belakang yang sakit, lepas terus tolong cuci rumah.  takde dah mandi-mandi ke apa, sebab takde air. Cuma Rayyan je, menyibuk nak main air. Pakcik-pakcik layankan je, main air baldi sambil dorang cuci lantai. Lantai dinding penuh selut, kalau bahagian bawah tu, kat siling berselut, dengan kerusi rotan tersangkut kat atas tu. Daif sangat-sangat keadaan rumah, tapi macam mana pun tetap bersyukur masih ada rumah dan keluarga selamat. Dinding bilik semua dah kena  buka, meaning rumah takde bilik sebab , dinding bilik pakai papan lapis je. Bila terendam air 3-4 hari, maka papan lapis bertukar menjadi macam kertas. Kalau bahagian atas rumah pulak, dinding sebelah hilir dah terkopak dengan tiang senget bagaikan tunggu masa nak tumbang. seriau je tengok. Dia jadi cam gitu sebab air deras sangat dan air cari jalan keluar. Itu yang dinding terkopak tu. Kalau rumah batu untung lah sikit . Paling kesian rumah jiran tepi sungai, hanyut terus.

ni masa air baru nak naik...lepas tu nampak bumbung jr lah

ni masa air baru nak naik…lepas tu nampak bumbung je lah

Dua  hari berturut -turut bersihkan rumah. Sampai belakang rasa sakit sangat. Nak berjalan pun rasa sakit. Risau takut sakit lama berulang kembali. Tolong bakar sampah, sementara tak hujan sebab takut jadi sarang ular kalau tak kemas kat bawah. Lepas tu susun stok makanan pemberian orang ramai.  Memang banyak stok makanan, cukuplah untuk sementara musim tak bekerja. Baik sungguh orang Malaysia, dan baik sungguh NGO-NGO. Let alone yang nak berpolitik dengan mengambil peluang dengan plastik parti, mineral water parti…adehhh you wasting money. Baiklah duit tu bagi kat mangsa banjir supaya boleh kumpul baiki rumah. Lepas tu tolong susun baju pemberian orang . Macam-macam perangai orang derma baju. Ada tudung koyak rabak, ada baju dah jatuh standard kain buruk (yang ni tak buang, memang buat kain buruk) Ada baju tak siap jahit, Ada yang bagus kasi kain cadar , kain ela untuk buat langsir. Tapi paling kelakar ada orang kasi seluar dalam yang habis getah tahap Big Momma. Terus bakar buang. Biarlah berpada nak sedekah kat orang.

koto

keadaan rumah, ni baru lepas buang selut ni… patutlah my mom pening kepala katanya,, sebab dia tak suka rumah sepah and kotor

ni sebelah hilir, tak nampak plak gambar dinding and tiang senget. I tak amik gambar pun ni my sis yang amik. Punya lah bau busuk bangkai …walaupun dah tanam 2 ekor ayam mati. masih ada lagi tapi tak jumpa

Buat masa ni, keluarga masih lagi berusaha nak bermula semula. Barang dalam rumah semua kena buang. Perabut kayu pun kena buang. Semua lah kot… kecuali meja makan dan mesin basuh kot yang cuma boleh guna. Takpelah perlahan-lahan beli ..kalau ada rezeki. Yang penting kena baiki rumah. Apa -apa pun terima kasih bagi yang menderma… sebab memang membantu sangat-sangat. Pihak NGO dan persendirian  sangat -sangat baik, hanya Allah yang dapat balas jasa mereka, tak kira melayu cina india, berlainan bangsa dan agama semua datang tolong. Kalau time hantar makanan , kalau kita tak amik dia akan panggil. barang dah banyak pun dia suruh ambil. Selalu, penduduk yang I nampak lah, dorang akan tanya dulu… barang apa yang ada ..nappy ada , sejadah ada, pelikat ada…So far takde nampak berebut lagi. Ada jugak keluarga dari persendirian yang hantar makanan bungkus, siap datang tanya dan dapat ke makanan? Selalu  I tengok my brother amik 20 bungkus, 10 untuk family kiterang, lagi 10 untuk dihantar ke rumah jiran tepi sungai. Dorang jauh dari tepi jalan maka susah lah sikit nak makanan. Takpelah saling membantu, tak boleh tamak. Ashraff and Afriena suka lah dapat tumpang bakar sampah. Sambil bakar sambil cakap,,, nanti jerebu .

Kisah di penempatan pun menarik didengari. Ma saya cakap kat sana, dia boleh siap masak roti canai untuk ahli keluarga kami. Nasib baik dorang bawak dapur. Dapat lah merasa makan nasi berlauk ayam. Ayam pun amik mana yang jumpa atas pokok yang hampir ditenggelami air. Ayam-ayam lain banyak mati sbb takde tempat nak pergi.  Dapat lah jugak makan sayur betik muda yang mana dapat amik sepanjang duduk atas perahu sebab dah takde makanan lain kan. Kucing abah plak kesian dia… dia lari naik atas bumbung. 4 hari kot berhujan bersejuk dia. hari-hari pergi antar makan. Nasi kosong pun dia makan. Paling sedap pun nasi ngan budu. Ajak turun tak nak …kesian dia kan. Terus teringat Abu plak.

Banjir besar yang pertama kali dialami sepanjang hayat kami, banyak hikamah dia. Ujian ni bukan untuk mangsa je, tapi untuk kita semua. Apa yang penting hidup kena bermuafakat tak boleh bergaduh. Lepas ni orang -orang tertentu boleh lah guna otak  kuasa masing – masing untuk lebih memberi perhatian kepada alam sekitar. Jangan di tarah bukit sebab laparkan kayu balak,  jangan dok nak korek tanah nak cari bijih, jangan tarah je bukit, sayangilah sungai kita…jangan le buat yang Allah tak suka. Sepatutnya apa yang kita ada ni di simpan elok jaga elok.. Sungai yang ada boleh dijadikan sumber pencarian. Yang penting lombong bijih tu perlu di ambil berat! Pengurusan sampah sarap juga perlu ada di kampung pendalaman.

Sekian

2015 dah…. kita flashback 2014 dulu

Baru nak update blog…apakah yang sudah terjadi dengan diri ini? Adakah malas kian menebal? ENtahlah…mungkin kerna harus berebut  komputer dengan nak-anak yang super pandai dengan teknologi masa kini.

Ok lah saya rasa tiba masanya nak flashback

Tahun 2014, tahun yang best banyak pahit manis.

Manisnya

Paling manis, kami berpeluang menunaikan umrah sekeluarga. Rancang hanya di bulan Dec, tempahan pula sebulan sebelum pergi. Subhanalllah tempat yang sangat hebat.  Kalau boleh nak pergi lagi dan lagi. Bukan kami yang tua ni je yang nak pergi lagi, anak-anak selalu bertanya bila nak pergi umrah lagi? Tidak seperti semasa ke mana-mana tempat… sampaikan Ashraff mula membuat kerja rumah mencari upah untuk menyimpan wang untuk menunaikan umrah. Entah berapa tahun baru dapat pergi kalau upahnya RM1 untuk cuci pinggan, RM2 untuk cuci tandas. Apa-apa pun insya allah, kalau diizinkanNYa, ingin kami ke sana lagi dan lagi

Banyak lagi yang manis.. saya menang pertandingan memasak, walaupun tempat ketiga dan bahagian kategori. Menang hadiah contest yang best. Alhamdulillah rezeki. Selain tu yang best, pergi PHuket buat kali kedua. Hahhhh mestilah best bila dapat ke pantai. We are the beach lover!!!

BEst datang Phuket ni. Makanan best, oRang pun friendly. Insya Allah tahun ni nak ke tempat lain plak. Itu antara yang best lah…Ada gak yang tak best

Yang pahit tak berapa manis

Rayyan dua kali kena jahit kat muka. Sekali atas batang hidung sebab terhantuk katil. Dia lom-lompat sekali kena kepala katil. Yang tu seminggu sebelum umrah. Bukak jahitan pun di Madinah. Lepas raya kena jahit lagi sekali, terhantuk masa berenang. Yang ni dalam luka dia. Sampai sekarang saya tak bawa pergi berenang.

Sebagai penutup tahun 2014, Banjir besar melanda kampung. Memang satu kampung tenggelam. Kami terputus hubungan untuk masa yang lama. Masa tu makan lalu sikit je, Mandi tetap bash tidur memang tak lena, sebab risaukan orang tua dikampung. Entah makan ke tidak, dapat bantuan ke, dah berpindah ke. BAnjir kali ni adalah pertama kali menenggelamkan kampung kami. Ada juga rumah yang hanyut. Ujian Allah yang pastinya ada hikmahnya. Dia mahukan kita sentiasa ingat kepadaNya. Alhamdulillah ahli keluarga selamat, walaupun satu benda puntak dapat diselamatkan dalam rumah ruma meja makan je yang dpt selamat. Pinggan mangkuk dapatlah… Sepanjang banjir tu, kucing kesayang abah, duduk atas bumbung tak nak turun walau dipujuk. Makan pun nasi ngan busu je. Kesian dia. Nanti lah saya udate cerita pasca banjir

Selamat tahun baru, Semoga hidup kita lebih diberkati, buat azam yang baik. Kalau yang belum menutup aurat, marilah kita menutup aurat, Kalau yang belum behenti rokok, behenti lah merokok, kalau ada yang belum lengkap solat, marilah cukupkan solat, tambah ilmu didada dan sentiasa istiqomah. Ini ingatan untuk saya juga yang serba tak sempurna.

 

 

Banjir di Kampung Kerilla ada ceritanya

Tak tahu nak cerita apa…. Nak bercerita pasal makan-makan, resepi ,rasa tak molek untuk dikongsikan kerana ahli keluarga saya, orang kampung saya mungkin ada yang tak cukup makan. Khabarnya agihan makan tak berjalan lancar. Ada juga pihak yang monopoli makanan. Kononnya sesiapa yang tak sokong parti tertentu tak dapat makanan. Jika benar ia berlaku… anda adalah seorang yang kejam, stupid, bodoh bangang.  SHAME ON YOU!!!!! Anda sepatutnya amanah!!!! Saya tak tau khabar ini benar atau tidak tapi ini yang disampaikan oleh kawan sekampung yang baru je dapat menyelamat ibu nya. Ini cerita di PPS, yang berlindung di atas bukit, saya tidak maklum. Khabarnya sudah diselamatkan.

Saya  ingin berterima kasih kepada sepupu yang paling tua dan kawan-kawan beliau yang juga orang sekampung kerana mengambil inisitif sendiri untuk membawa bekalan. Memang bekalan kurang , mungkin masalah kenderaan. kumpulan sukarelawan kampung kami, dapat membawa bekalan dengan selamat, dapat menyelamatkan kawan saya yang baru bersalin dan dalam pantang…Alhamdulillah dia dah ok, sebab dia dah balas SMS saya.  Datuk saya juga dah dhantar ke hospital. Hari pertama dihantar masing-masing panik whatsaap sana sini bertanya khabar berita kerana katanya tok ayah mcm nak pergi… Alhamdulillah misi aka jururawat di hospital update katanya dah stabil. Bapa mertua adik saya juga pergi melawat malam tu jugak kerana sangka kami tiada waris yang menjaga kerana puas menghubungi Mok Adik. Alhamdulillah dapt jugak dihubungi mereka. Pukul 1 pagi Nenek Tiri saya telefon tapi tak berangkat. Esok pagi baru saya telefon. Kata beliau

Ayoh napok molek doh, tadi ambik oksigen , ni tengoh tido

jawab saya,

ok moksu terimo kaseh banyok, kalu ada gapo-gapo telefon kito deh

Sepupu saya pun dah telefon menyampaikan pengkhabaran dari kampung. Katanya rumah ok lagi… tapi  tak berapa ok sebab rumah lama dah berdinding kayu. Kereta pun tak tahu macam mana…motor lagi…  Semalam 6 orang adik saya, bersama 2 adik ipar, bakal adik dan sudara mara balik kampung. Mungkin hari ni baru dapat bertemu keluarga dikampung kerana semalam mereka tumpang tidur di rumah bapa mertua adik kerana ingin melawat Tok Ayah dihospital. Harap-harap dapatlah khabar dari sana. Ingin tahu keadaan mak abah dan adik juga Maksu, dan keluarga sepupu. Bila ditenung gambar yang dikongsi sepupu, nampaknya lumpur banyak.

Terima kasih adik-adik kerana balik menjenguk dulu, walaupun gaji belum dapat tak ada duit tetap balik tong tong duit

sumbangan dari syarikat Wing Food untuk orang kampung

sumbangan dari syarikat Wing Food untuk orang kampung – Thank you Wing Food

Terima kasih hero-hero Kampung Kerilla yang berusaha untuk balik ke kampung walau di saat yang genting. Naik lori, HIlux, naik boat, turun bot naik bot sampailah di PPS. You truly Hero.. Sabri, rojak dan lagi beberapa orang. (kalau ada nama sila beritahu saya ye)

Terima kasih pada yang menyumbang untuk orang kampung walau cuma sedikit

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mesej bertanya khabar walau ramai yang tidak sebangsa seagama.

Terima kasih kepada kawan yang baru berjumpa sekali sahaja tetapi telah menghulurkan bantuan yang banyak… Akan saya sampaikan bantuan itu kepada keluarga saya.

Terima kasih buat suami dengan kata kata semangat dan sokongan, Ibu mertua  dan kakak-kakak ipar yang sentiasa bertanya khabar

Terima kasih kepada YB Parlimen Machang yang proaktif , masih sempat membalas komen saya hanya untuk memberi tau perkembangan di kampung tentang bantuan. Saya tidak mengira parti politik mana, semua saya cuba untuk hubungi, Parti Biru ke Hijau ke …asalkan orang kampung dapat bantuan bekalan makanan dan air.

Terima kasih kepada kawan-kawan sekolah yang pakar dalam bidang masing-masing, ada askar , ada sukarelawan ada pakar update berita dan pakar nasihat… you guys ROCK. Sebab always be there when needed.

Yang paling utama…Terima Kasih Allah yang maha pemurah dan maha penyayang kerana melindungi keluarga dikampung . Sesungguhnya ini semua ujian untuk kami dan untuk kita semua. Insya Allah ada hikmahnya…

mmm… Sekolah yang menjadi tempat perlindungan kini dah terkenal, selalu masuk surat khabar dan risalah untuk bantuan. Bagi yang tak tahu, SK Kampung Kerilla berada di dalam jajahan Machang. Kampung yang berjiran dengan Jajahan Kuala Krai dan diseberang sungai nya ialah Ladang Kerilla yang dalam Jajahan Tanah Merah. Wartawan surat Khabar nampaknya kena lebih menyelidik  lagi.

Tempat pemindahan banjir.

Tempat pemindahan banjir. – diupdate oleh YB Jazlan

hari 1

gambar di PPS pada hari pertama banjir – dikongsi oleh penduduk kampung

surut

Air mulai surut – dikongsi oleh penduduk kampung

Dengan berlaku nya banjir yang sangat besar ini, harapnya, dapat lah pengajaran kepada pihak -pihak yang berkenaan supaya lebih mencintai alam. Sudah- sudah lah mengorek pasir di ulu sungai yang menyebabkan air keruh, hakisan, Pada yang tamak , sudah-sudah lah mengorek bijih di Bukit Besi. Janji manis di tabur dengan wang ringgit, tapi janji tinggal janji yang tinggal bukit yang dah gondol. Sepatutnya kita lebih amanah dengan alam sekitar . Jaga kebersihan sungai, Jangan tarah bukit. Apa lagi yang kita nak? Tengok sahaja di Lembah Klang, selagi ada hutan selagi tu hendak di tebang buat rumah, tapi harga rumah tetap lah mahal.  Semoga Majlis Pembandaran Machang akan ambil inisiatif dengan pengutipan sampah di Kampung Kerilla, Pasir Sena dan Temangan Lama. Ini adalah pengajaran untuk kita.

Sekian dari saya

Sungguh pelik rasanya bila menulis bahasa rasmi

Tapi nukilan ini untuk dibaca dan difahami

Andai ada silap salah boleh lah email saya untuk pembetulan.