Author Archives: Yatie

Syok gak Traveloka ni…

Memang hobi aku untuk menggodek laptop aku ini untuk surfing di internet, biasalah kanak-kanak 90an ini takleh jauh dari guna teknologi yang ada sekarang. Aku biasanya surf fb, twitter dan insta untuk tengok apa update terkini, nampak sangat dah lama tak baca suratkhabar so korang jangan contohi aku ya. Tapi yang paling aku suka baca blog orang yang suka travel dan ceritakan pengalaman diorang. Aku juga suka travel so info-info yang aku dapat memang berguna untuk aku. Aku suka baca pasal diorang yang pernah travel oversea atau juga dalam Malaysia, depends kepada tempat yang aku tak pernah pergi. Kadang-kadang ada juga tempat yang aku tak mampu pergi so dapat juga berangan lepas baca blog diorang ni kan.

Travel ni salah satu terapi untuk aku kasi clear mind sikit sebab aku ni pon kalau dah kerja tu memang kerja tak ingat dunia. So nak release tension baik aku pergi travel atau baca pengalaman orang yang best. So dapatlah aku plan nak travel ke mana bila aku free or dah cukup dana. Rasa-rasa korang kat web blog mana yang aku selalu buat research dulu? Sudah semestinya kawan baik aku Traveloka Malaysia. Hehe. Mende traveloka ni sebenarnya?

Traveloka Malaysia ni adalah satu web atau apps yang boleh aku cakap all in one, sebab apa? Sebabnya kat sini lah aku baca blog, kat sini juga aku baca rating tempat yang best atau tak best, kat sini aku boleh buat booking hotel, kat sini juga aku leh book flight ticket. Wow mesti korang tak sangkakan ada website yang full pakej ni. Contohnya kan, kalau korang nak pergi Langkawi, korang boleh search je Langkawi dan set berapa bajet korang. Korang boleh jugak baca blog kat sini pasal pengalaman orang lain di tempat yang syok.

lama dah tak pi Langkawi…anak-anak pun dah besar

Ada sekali tu aku saja la nak godek pasal Pulau Pinang, so aku tengoklah dekat Traveloka ni, mula-mula aku baca pasal pengalaman orang tu, tapi orang tu pergi 3 tempat dalam masa 3 hari. Mat salleh yang tulis blog tu so aku baca je la, sambal-sambil aku tengok sekali hotel-hotel yang ada promotion dan rating yang terbaik sesuai dengan bajet aku. So dapatlah aku plan percutian aku nak ke mana dan senang nanti tak payah pening pening cari port best. So dapat aku book awal-awal hotel yang ada. Boleh pilih juga nak hotel yang 5 stars atau 3 stars atau hotel bajet.

Traveloka Malaysia ni boleh dikatakan tengah compete dengan website booking lain yang korang tau, tapi bagi aku, web traveloka ini yang paling sesuai untuk orang macam aku yang tak suka buat banyak benda. Senang jer kalau buat booking kat sini. Kalau rasa malas nak drive jauh boleh jer aku book flight ticket kat sini. Cuma nanti kenalah minta tolong korang bawakkan aku ke airport. Haha.

So kat  sini selalu juga ada offer promotion so korang leh dapat diskaun pada masa yang tertentu dan terhad. Dia pon dah ada apps sekarang so korang boleh download je terus ke smartphone korang. So nanti boleh lah selalu tengok harga yang sentiasa update dan boleh find out best price pada date yang korang nak pergi.

Pada zaman yang serba canggih ni mesti kita nak selalu travel pergi bercuti sana sini kan, so plan lah yang terbaik, guna Traveloka dan kalau nak bercuti di Malaysia type jerk at google Traveloka Malaysia so lagi detail dan banyak cadangan dia dari dalam Malaysia. So nanti rajin rajin la yer korang browse apps dan web Traveloka Malaysia, bukan apa, kita kalau nak plan percutian kita kenalah tip top barulah investment untuk pergi bercuti kita berbaloi. Barulah mood nak travel takkan hilang dan dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Roti susu sedap

Rayyan kadang-kadang tanya…Mama bila nak pergi 7-11 lagi?

Kenapa nak pi sana 7-11?

Nak beli roti susu..yang sedap tu

hahahaha mana ada jual kat 7-11 sini…Dia ada kat Thailand je.

Roti ni sedap sebenar. Lembut, lemak berkrim. Kalau beli, mesti beli lebih . Kononnya beli untuk breakfast tapi malam tu dah nak habis. Rayyan suka makan kosong. Pagi-pagi..roti ni makan dengan butter/ jem /tuna spread. Makan dalam bilik. 

You all kalau ke Thailand, masuk je 7-11 kat sana.  Best worr…macam supermarket. Semua ada. Besar plak tu. Banyak jual makanan. Jangan risau ..kat sana ada shelf makanan halal. Dalam tu ada asingkan. Boleh beli tanpa was-was. Kalau was-was jugak korang tak payah beli. Ni kat komen ni jangan plak tanya.. halal ke ni?

aghhhh nak pergi lagi. Nak beli baju baby plak…

Krabi: Snorkeling Time

Pasal budget snorkeling boleh refer kat Budget Pergi Hadyai & Krabi 

Pakej dia termasuk makan buffet halal kat Phi Phi Don. Makan sedap sampai kenyang. Meamng lapar lah kalau banyak berenang berendam dalam air. Kita layan gambar je lah ye. Biar gambar berkata-kata…

Tengah tunggu boat nak jalan..muka kena gangstar sebab lama menunggu. Benci tau tunggu orang yang tak reti hormat waktu orang lain

Budak ni pening-pening lalat kot…tapi bila turun air…kalah ikan yu. Merata nak pergi

Cantik kan pemandangan dia

Air jernih..crystal clear tapi too many people

Kalau Rayyan masuk dalam air…mesti kena duduk sebelah dia. Dia mana takut 

Main pasir… pasir dia halus

Tengah nak tanam Afriena… pastu kiterang yang tukang tanam cakap..lepas tanam kita tinggal je kat sini hahahaha

NI rasanya tengah nak tackle monyet kot

clear kan air dia? Tapi tak banyak dah macam dulu-dulu

Monyet sudah mari…

Berhenti makan… makan ah sampai puas. Sebab memang lapar gila.  Asalkan jangan membazir dah

Biasalah Rayyan ni…peramah sangat. Dia kat sekolah ..sessi petang punya budak sekolah pun ramai kenal. Budak darjah 2 pun kenal. Entahlah kenal dia sebab dia suka nangis tak nak masuk kelas ke? kenal dia sebab dia selalu share lunchbox dia ke atau kenal dia sebab dia peramah? Tapi memang lah dia ni peramah. 

Sempat amik gambar dorang bertiga dalam air. Dorang terjun dari belakang boat je. I tak boleh terjun, doktor suruh jadi budak baik. So turun ikut tangga.

Habis sudah snorkeling… Balik hotel.mandi, solat..lepak atas katil tengok TV..tapau food pastu tido. Sebenarnya bercuti tak semestinya banyak berhabis duit, pergi tempat memahal..tapi yang penting masa kualiti bersama keluarga. Like my kids, bawak dorang pergi naik boat , terjun laut, makan seafood..they happy enough