Author Archives: Yatie

Why and because, by Afriena

Kali ni citer pasal Afriena plak. Mungkin most of us tau yang Afriena ni suka melawakan dan memposingkan dirinye dengan camera. I ingat nak daftarkan dia kat mana-mana talent agency. Anyone can recomend tak?Dia senang untuk bekerja…

Lagi satu perangai dia…suka baca buku. Tak kira buku melayu ke omputih ke or chinese. Tetiap hari mesti baca buku.So setakat spelling yang simple dia tau la sesikit. Yang kelakar bila dia tau eja some word mula lah.. mama how to spell good? I sajer eja salah G.U.D .. dia no mama wrong! G.O.O.D. Pas banyaklah spelling session dia buat. dia yang soal kiter.

Selain padatuh.. dia teramatlah terkenal sebagai drama queen di kalangan keluarga terdekat. kena marah sikit mulalah nak pengsannlah, tak leh jalan la.. sampai tengah hari buta yang panas pun dia buat gigil sejuk. Kuat jeles ngan I kalau lebih-lebihngan papa dia.

Ha lagi satu banyak soal. Soklan yang ditanya tak tau nak jawab macam mana..

contohnya: Mama, why papa always go out to office – ni hari-hari dia tanya camno nak jawap ponek den

lagi soklan yang ditanya, mama, why baby Rayyan always drink milk then sleep then drink milk…..

Satu lagi dia suka tgk iklan Olay Natural White. Mesti tanya, Mama why u don’t have natural white? I ckpjela , mama not buy it, dia tanya lagi why u don’t buy it? my answer is no money… pastu dia cakap it’s ok we go buy tomorrow ok?? sib baik dia tak cakap..nevermind can ask money from papa… hahah. FYI ini soklan yang akan ditanya setiap petang dalam lebih kurang pukul 6 lebih sbb I tgk citer cina. Dia join sekali sbb dia nyebuk nak cakap maksub perkataan cina yang some of them dia faham.

Bila tengok gambar ni… cepatnya masa berlalu.. dah besar dah budak kurus ni. Makan banyak tapi tetap keding macam mama dia kecik dulu. Next Entry akan citer pasal my Hero, Ashraff. Tadi nak tiidur, Afriena masuk bilik and told me, ” Mama, say good night to doll please!!” Fenin kalau melayan doll dia

Kacang Pool aka Madames Foul

Disebabkan penangan kacang phool masih lagi terasa kesedapannya, so I decided masak kacang phool sendiri. Resepi amik kat mana? Hari tuh ada tengok rancangan Icip-icip so I gave a try. Hasilnye memang memuaskan hati sebab rasa dia mmg macam kacang phool yang I makan kat Kacang Phool Haji hari tuh.

Senang jer nak masak kacang phool nih. kejap jer.Yang paling best budak-budak pun suka makan kacang phool. Ashraff makan 2 pinggan lagi.Kalah mama dia. memang kenyang la maka kacang phool.

Nak resepi? please see below;

INGREDIENTS

  • 1 tin kacang Phool/Madames Foul
  • Semangkuk kecil daging kisar
  • 5 biji bawang merah dikisar
  • 1 biji bawang putih – dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis – di sagai dan dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih-di sagai dan dikisar
  • 1 sudu kecil ketumbar- disagai dan dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1/2 tin air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula

METHOD

  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  • Masukkan daging, kacau hingga masak
  • 3 suku kacang phool diramaskan
  • Bila daging masak, masukkan kesemua kacang phool
  • Tambah sedikit air kacau hingga masak
  • rasakan garam dan gula
  • Bila masak, hidangkan dengan Telur goreng mata, bawang dadu dan cili hijau

Selamat mencuba yer

Rayyan the superboy

Tengoklah budak kecik nih.. very the semangatkan. I tengok pun geram esp sekarang dia dah pandai nak layan orang cakap. FYI, dia dah pandai layan citer cartoon.

Tengok citer cartoon pun takderlah tergelak.. cuma dia cakap oooo.. ggrr kata orang baby talk. So kalau nak buat kerja I on jer citer cartoon. Nanti dia penat kang dia nangislah.. then kasik susu tidurlah dia.FYI, dia still on BF direct from “farm”.

Hari ni dah 3 bulan dah dia. Hari isnin lepas pergi inject yang 2 -3 bulan dah. Rilek er dia kena inject. nangis 2 saat pastu senyum-senyum. Pastu pi  timbang dia and berat dia sekarang adalah 6.5kg. Patutlah I rasa lenguh dukung dia. Now menyusu adalah kerap. Rasanya every 2 hours kot. Kalau tak mesti dok jelir lidah tak pun isap tangan yang kalau boleh sepenumbuk nak masuk mulut.

Dah pandaidah layan cakap dengan Afriena. Yang kelakar Afriena cakap melayu ala-ala pelat hahaha.