Author Archives: Yatie

Ibu , Ayah… kau sungguh kejam

Semalam dok tengok buletin utama sambil menyusu Rayyan diringi suasana hiruk pikuk anak yang lagi dua orang duduk bergurau senda main computer game.Memang rasa  sangatlah bising tapi itu adalah satu rasa yang membahagiakan. Tetiba dalam berita da memaparkan kisah bayi yang ditinggalkan dalam longkang. Sampai hati si ibu dan si bapa membiarkan anak ditinggalkan dalam longkang. Rasa sayu hati saya bila dengar cerita sebegitu. Sanggup tinggalkan anak kat tempat yang sebegitu kotor dan tidak selamat.

Apa akan jadi kalau tiba- tiba hujan dan air longkang jadi penuh? Ya Allah.. kemungkinan bayi itu akan mati lemas. Kalau tak hujan pun, tak terpikirkah dia kalau-kalau bayi tu nanti akan dimakan anjing? Tak terfikirkah dia kalau-kalu anak itu mati kelaparan? Sedih mendengar bila diceritakan bayi itu ditemui kelaparan dan kesejukan. Alhamdulillah ada orang jumpa dia .Panjang umur bayi itu. Nasib baik ada budak-budak jumpa dia. Sanggup mak bapak dia buat macam tu.

Saya sebagai ibu.. nak tinggalkan anak sekejap pun dah risau inikan pula tinggalkan dalam longkang??? tempat yang kotor dan bayi tu sudah pasti belum diberi imunisasi lagi. Kenapalah bodoh dan jahil mak bapak si bayi comel itu.

Nampaknya kita dah kembali ke zaman jahiliah…. Semoga anak kecil itu selamat hendaknya. Tak tahulah apa akan jadi bila dia besar nanti. .?

Dengan itu saya titipkan puisi untuk mereka yang berhati batu

Wahai Ibu…Wahai Ayah……

Kau sungguh kejam!!!!!!!

Dimanakah sayangmu????

Dimanakah cinta di hatimu???

Hina sungguhkah aku dimatamu???

Hingga sanggup kau pinggirkan ku….

Oh Ibu Oh Ayah

Sayangilah aku lindungi aku

Kerana engkau cinta pertama ku

Yang lahir dari benih cintamu

Note: Ini adalah puisi ciptaan saya sendiri.Kalau tak best jangan gelakkan sebab saya bukan seorang yang puitis kerana ini hanya luahan saya sebagai seorang ibu.

Dah Confirm dah…..Sekolah

Alhamdulillah… finally dah confirm dah sekolah darjah satu untuk Ashraff.Mintak sekolah lain dapat sekolah lain. Tapi kiterang amik je sekolah tuh dekat ngan rumah dalam 2-3 km jer.
Orang kata sekolah tu banyak gangster.. so kiterang tengok dulu camner, Kalau ada apa-apa hal berbangkit baru pikir tukar sekolah lain. Tapi first impression pergi sekolah tuh, nampak sangat bagus compare dengan sekolah yang satu lagi. Bersih and teratur.
Pasal gangster, kite tengok dulu macam mana, betul ke tak sebab pasal gangster ni citer orang  je… kot salah direka citer. Kita tengok dulu. Kalau Ashraff kena buli, ha mai tengok mama and papa gangster dia datang nanti.. Tapi kalau Ashraff jagi ganster??? ni yang pening.
Since dia akan sekolah cina…. nampaknye dia kena bawak lunch box lah setiap hari.Kat situ ada special counter untuk muslim, tapi takut kang dia tersalah beli…

Note: sekejap jer anak dah besar. Nama sekolah tidak akan di reveal atas sebab keselamatan

Nasi Ayam Tomato

Last Week punya masakan hari ni  baru nak hapdet. Malas betul kan.. Actually bukan malas.. tapi bz dengan anak.Bila dah kesekolah baru nak boleh ngadap pc. Once budak berdua tu balik nak layan dorang lagi and time tu jugak baby merengek. TIme tulah nak sembahyang time tulah budak 2 orang tu nakberak mandi kencing makan semualah. Ingat jadi housewife tak bz? Stress lagi banyak dari dok opis. Cuma short term stress kalau opis long term stress but comes with big money.

Merapu plak kan…. ha ni nasi ayam tomato nak tunjuklah kan. Cam biasalah sisuami before gi kerja main order je nak makan apa… Dia cakap nak makan nasi ayam tapi dalam hati kecilku teringin nak nasi tomato. Kang buat nasi tomato cam derhaka plak kan.. so I buat nasi ayam tomota. Nak resepi??? sat noooo tengok bawah. Well Buat nasi ni pekena dengan ayam bakar madu and sup. Kalaulah dapat makan dengan ayam masak merah perrrrrhhh.. Tapi Ashraff suka plak nasi tomato ni.

INGREDIENTS

  • 2 cups os fragrance rice – washed
  • 1 screwpine leaf
  • 2 spoon of tomato puree
  • a tsp of mince garlic
  • 1 anise star and 2 caddamon
  • 2 cups of chicken stock
  • 1 tbps of margarine

METHOD

  • heat the margarine
  • then saute garlic with anise star and caddamon
  • add the tomato puree and screwpine leaf (daun pandan)
  • then add chicken stock.
  • once the stock ready and cooled, cook the rice with stock las usual.

Sorry dalam bahasa orang putih, copy paste dari posting lama. Ayam tu plak , I bakar dengan madu, kicap, and bawang putih for 30 minutes. Jangan lama sangat nanti kering tak sedap.Kalau nak resepi ayam putih click SINI and kalau nak resepi sup kaki ayam click SINI

Try le esp for bukak puasa.