Author Archives: Yatie

Resepi Ayam Bakar Madu

Nak buat ayam ni senang jor….

INGREDIENT

  • Ayam 1/2 ekor
  • Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
  • bawang putih 6 ulas
  • Halia – ketuk
  • serai ketuk
  • garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
  • daun pandan
  • kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 4-6 titik minyak bijan

METHOD

  • Rebus air  bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
  • Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
  • kacau dan masukkan ayam
  • Celur hingga nampak separuh masak
  • Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
  • lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
  • perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
  • Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
  • Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
  • Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
  • Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

Resepi Asam Pedas Pari

Hari tu ada masak asam pedas ikan pari. Masak hari ahad malam untuk dinner. Bukan tak biasa masak asam pedas ikan pari tapi kali ni resepi lain sikit. Alkisaahnye, resepi sama tapi nak dijadikan citer, I mintak tolong si suami pergi beli cili, sepatutnya i kenalah cakap tolong beli cili kering tapi tak cakap sebab dalam hati dah set ” arghtakkan tak tahu, masak asam pedas mesti pakai cili kering” sekalu dia balik, dia beli cili hidup. nasib baik bukan cili padi kalau tak semua kena buasir… so , malas nak turun balik I masak je asam pedas pakai cili besar hidup. Rupanya, pakai cili hidup lagi sedap …. So apa lagi I pun sharekanlah resepi asam pedas

INGREDIENT

  • Ikan pari size M, potong 4 then rendam dengan air asam jawa, garam and asam limau
  • cili merah 6 biji
  • bawang merah 8 biji/bawang besar 1 biji
  • bawang putih 2 ulas
  • belacan sebesar ibu jari
  • serbuk kunyit satu sudu
  • lengkuas 2 inci – ketuk
  • serai 2 batang – ketuk
  • air asam jawa – semangkuk kecil
  • sedikit minyak untuk menumis
  • segemnggam daun kesum
  • bendi atau terung
  • garam dan gula secukup rasa

METHOD

  • kisar cili, bawang dan belacan
  • panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai dan lengkuas
  • kacau hingga garing dan masukkan serbuk kunyit
  • bila tumisan nampak garing, nasukkan air asam jawa
  • kacau seketika, tunggu hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan, ikan pari
  • Bila ikan pari agak nak masak, rasakan dengan garam dan gula
  • lepas tu masukkan kan sayur bendi atau terung

Rayyan Meniarap

Dah empat bulan lebih dah sikecik yang tembam nih. Cepatkan masa berlalu and sekarang dia boleh meniarap. Dah dekat 2 minggu lebih dia dah boleh meniarap secara profesional. Yelah asal letak jer dia pusing.Konon expert siap boleh main rotation. Alhamdulillah Rayyan ni budak yang takde masalah. Senang jaga. Harap sampai ke besarlah macam tu. Ingat lagi masa first ime dia boleh meniarap sendiri, around pukul 4 pagi kot. Punyalah bising mulut dia mungkin nak cakap dia boleh meniarap kot siap tepuk tepuk mama dia. SInce dah boleh meniara jadi position minum susu pun dah berbagai. Sukahati dia minum susu sambil meniarap.

Ha ni masa nak amik gambar berebut je lah abang and kakak dia. Kegemaran Rayyan sekarang adalah menghisap jari. Tak cukup jari dia, tangan orang pun dia nak pinjam

Syian my baby kena impit dengan abang and kakak…Beza betul muka dorang bertiga :). Ohya Rayyan dah start pergi swimming pool dah. Dia suka sangat.

Note: Selamat berpuasa to Ashraff and Afriena.