Author Archives: Yatie

Ramadhan 14- simple menu

Berbuka semalam adalah antara yang tersedap. Habis nasi seperiuk. Selalu masak 2 cup tak abis tapi semalam abis. Adakah kerana I masak sambal udang? Oh kuih di atas adalah dibeli dari gerai biasa. Tapi semalam kuih dia tak sedap. Karipap je yang sedap

For the first time since bersalin barulah dapat merasa sambal udang yang di masak sendiri. Sedap….

And juga ada ayam goreng. Macam biasa my ayam goreng selalu diperap dengan halia, bawang putih dan kunyit.Ingat nak buat ayam goreng berempah, tapi malas nak menumbuk. Afriena ada offer nak tolong tumbuk rempah tapi kalau dia tumbuk, mau 3 jam dia main kat situ.Kang sepah dapur. heheheh I tak suka dapur yang bersepah…

So hari ni ingat malas nak masak… beli jelah. So far berpuasa baru sekali makan yang dibeli. What to eat today???Ingat pasal makan je kan. Apalah nasib orang kat Pakistan dan Palestin. Dorang bukak puasa makan apa ye? I selalu bebel kat bebudak kalau dorang tak abis makan, cakap kat dorang yang orang lain ada yang tak dapat makan. Pastu kalau ada keluar dalam TV tunjuk orang tak dapat makan, cepat-cepat i tunjuk kat dorang biar dorang tengok .

Buka puasa- potluck Ramadhan 12

Hari ahad we decided to have potluck breakfasting. Potluck with my sisters and brother. My SIL cannot join.Tengoklah for the first time meja makan penuh. Selalu 2 lauk satu sayur jer. But this time ada  dekat 10 pinggan

So, my siblings requested asam pedas. apalagi masak je la asam pedas ikan pari.Tips tak nak kasi ikan pari bau hancing, rendam ikan pari dengan air asam jawa sejam pastu rendam dengan asam limau for 30 minutes. Insya’ allah takde bau.

pastu I buat sup petola untuk bebudak, tapi dorang tak makan nasi pun makan kuih banyak.
P

Paprik campur, My sis “masak ” kat Bazar Damansara Damai

Ni pun sama dia “masak”, sambal ikan bilis dengan petai. Tapi macam banyak kulit petai.

Ayam percik yang best , sedap giler. She “masak” jugak kat Bazar. hahaha. Giler serious cakap,

Penat nih aku masak

Kau masak? wah banyak. Tapi apasal bungkus? blur sekejap I kan

Aku masak kat Bazarlah sebab penat nak masak sendiri

Pulut panggang – sedap sebab inti dia banyak. Afriena sukalah . Anything with pulut.

Samosa

Kuih gulung, ni bakal adik ipar yang bawak. Sedap sedap pakai kelapa muda. Oh ya this year is her first time puasa. Alhamdulillah puasa penuh lagi.Selain dari tu ada lagi kuih, Sira roti (pesal lah suami tersayang tak snap gambar), sebab dessert yang special. My brother yang masak. I sendiri tak tahu nak buat. Cara dia buat, adalah french toast masak dengan santan, gula dan bunga cengkih. Berebut semua makan sebab only him and my mom yang tau buat. Resepek betul dengan dia. Kang nanti nak suruh dia buat lagi.5 kali I tanya, betul ke dia masak… dia cakap betul. Awek dia pun cakap memang diayang masak. hahahaha . Memang dia tau masak, asam pedas pun dia masak sendiri.

Anyway.. bestlah potluck buka puasa walaupun kejap jer. Nanti nak ajak dorang berpiknik plak. Makanan yang penuh meja tu semua licin sebab sebelum balik semua dah dibungkus untuk dibawa balik. Bolehlah lagi dorang buat makan untuk sahur. Gambar makan jer ada, gambar orang takde plak.

Ramadhan ke-11

Juadah berbuka hari ke 11.. daging masak kicap yang manis dan pedas. My favorite nih. Kalau nak resepi bolehlah ke sini (resepi dia berbeza sedikit). Tapi both resepi ni berbeza sikit sebab selalu masak daging kicap pakai air asam jawa but this time I pakai sos tomato and seikit cuka. So saya dia lagi sedap. Nanti I letak resepi yang ni.

sayur campur yang cruchy, brokoli, capsicum and carrot. Saja buat bentuk bunga sebab nak suruh budak makan sayur. MEmang menjadi cara macam nih. Dorang suka la.

dan kek pisang yang dibeli. Sedap. Ni kek pisang cap High 5. First time try selalu makan kek marble dia.