Author Archives: Yatie

Bazar Iftar kat Machang

Actually tak plan pun nak pergi bazar iftar kat Machang nih. Plannye nak ke Temangan jer, sekali terlajak ke Machang. apa lah kheirul nih sampai ke Machang bawak kiterang . Nasib baik ada spec mata itam boleh bergaya skit hahaha. Dahlah tak bawak purse. Plan nye nak ke farmasi beli baby oil untuk ganti my sis punya. Ashraff kasi tumpah. geram betul tau. Lately suka sangat buat orang marah. Maybe terlampau excited kot.Sekali lalu, bazar iftar??? apalagi callo jer… but I tak bawak purse :(. Tengok lah apa ada kat sana, sira pisang.. nampak sedap mcm nak beli jer…puteri mandi, seri kaya, sira labu bla bla

kat sini kuih sagu, lompat tikam, seri muka,agar-agar, sardin gulong, kuih cara yang lain I tak nampak.. Yang ni I tengok jer tak bel sebab tak berapa suka.

Ha yang dicari dah jumpa, nampak kaler merah tuh? tu namanye nikbat, sedap tuh..yang colourful tuh puteri mandi. Nekbat tuh I rembat makan sorang jewr, puteri mandi my abah makan kot favorite dia

Yang ni potato … selalu nampak kat sini beli gak utk bebudak makan dalam keter.

Ha…. nasib baik I tak bawak purse, Colek perut nasi air.. sapa pernah makan??? I suka giler. Dulu sampai sanggup lompat pagar asrama curi curi keluar nak pergi makan bendalah nih. Sedap tau…

Selain beli nekbat and puteri mandi, kiterang beli murtabak. Murtabak dia memang sedap kaya dengan isi yang tebal. Harga dia RM2 satu . Kalau kat sini RM5 satu kot.Beli 5, pakat makan for buka puasa.Balik jer , my mom cakap apasal beli makanan lagi punya banyak kat rumah nanti tak habis.. hehehe no worry memang habis. Last day berbuka kat kampung ada banyak lauk. Ada Ayam goreng, hati ayam goreng kunyit, sayur campur, asparagus goreng belacan dengan petai,sup kaki ayam, pastu moksu aka my aunt hanta sup tulang,jeruk petai dan sambal. Giler penuhtempat makan. Air ada 3 jenis. First time makan penuh meja. Lepas makan ada lagi dessert, Pulut Durian. Hahaha giler I layan jer makan pulut durian tak engat. banyak gilerkan. Alhamdulillah semua habis sebab semua makan second round.

Bilalah nak balik kampung lagi…. tak puas balik kampung hari tuh…

Aktiviti di hari raya

Apa aktiviti you all di hari raya? Kiterang (bukan kiterang) selain bergambar…

Budak laki dan bapak budak laki “waste” their time main PS2. geram betul kalau dorang dok ngadap benda tuh. Sebab tak leh tengok TV. Kat kampung ada 2 TV tapi TV besar je ada astro. TV lama takde astro. geram tau…Tu tengok AShraff suka la dia ada geng. Tak cari dah mama dia sebab dok lepak dengan uncles dia.

Yo ok oo je Ashraff main game kan padahal tak bersambung pun.Malam tu dia tidur kul baper tah main game.

To papa, sila JANGAN BELI PS2, sebab kalau ada PS2 kat rumah, bukan setakat anak dok ngadap, bapak pun dok ngadap dgn bendalah tu. nasib baik PS2 lama dah rosak.

Hensem tak Ashraff? rambut raya pakcik dia yang potong kan

Aktiviti sampingan ambik gambar………

Sekali tengok Afriena ni macam anak cina la pulak. Dia ni ratu puluk. Dia ngan Patuk dia aka atuk dia memang sama naik makan pulut. Asala atuk dia amik pulut, ada je dia dok kat meja join nak makan puut. pergi raya rumah orang pun dia dok makan ketupat pulut jer. Last-last my mum suruh belajar buat ketupat pulut. Maklumlah satu family inc MIL suka pulut.

Aktiviti malam ialah main bunga api dan mercun. I tengok jelah dah tak kuasa nak main bunga api sebab baby kecik lagi. Rasanye ada gambar dorang dok main mercun. Rumah makcik I pun sama dok main dengan pakcik I sekali sebuk panjat bumbung main mercun. bestkan tapi bising yang amat macam dok berperang.satu kampung dok perang mercun.

Selain aktiviti menziarah yang perempuan, sibuk dok masak and cuci pinggan mangkuk. penat tau.Dulu ada maid senang jer balik raya semua bab cuci mencuci dia buat hahahaha…. tapi sekarang buatler sendiri. Tadi Ashraff and afriena tanya bila nak balik kampung lagi sebab dorang kata best. Papa bila nak balik lagi? Raya haji ok tak?

Note: I suka pakai dress tuh, boleh beli lagi nih

Baby demam

Sikecik ini on raya kedua dia demam. Sebab sepupu dia demam. biasalah bila ramai-ramai time rayakan mesti berjangkit punya. Malam tu badan panas and mengeletar. Nasib baik I standby bawak ubat.Habit kiterang since ada anak mesti bawak ubat demam. hihi senang sebab kita merancang Allah tentukan. So far demam dah ok cumaada hingus plak.Nasib baik jenis tak merengek macam AShraff and Afriena time kecik dulu.Tapi bila demam, banyak pulak dia nak susu badan.Masa on the way balik KL, dia tak nak duduk dalam seat pun, nak duduk atas riba hisap susu jer…Tapi doctor dah cakap susu ibu bagus kalau baby demam.

So far, Abang and kakak takde demam lagi lagi but this morning Afriena plak start batuk. Mintak-mintak epat sembuh sebab next weekend nak travel lagi. Tak sabar rasanya nak travel. I pun dah selsema. tak suka sebab bila selsema,mesti tak selesa. Nasib baik tak teruk sangat.

Now dalam kepala masih terbayang ketupat pulut and nasi dagang. Sempatlah berguru nak buat dua benda nih. Kang ada yang I buat ketupat pulut nih. Mana nak cari daun pisang and daun palas nih.Ketupat sambal daging pun sedap jugak nih. muah muah nak ketupattt……..hari tuh tak makan sangat sebab terlampau banyak makanan nak makan. Durian pun makan sikit jer. Oh pulut durian sempat I makan.