Author Archives: Yatie

Me and Adidas

Tadi dok susun kasut-kasut kat rak yang telah disepahkan oleh Rayyan. Sekali terpandang le kasut buruk Adidas yang kaler merah tuh. Dah buruk dah rupa dia tapi I still dok pakai. Kalau travelling, strolling kat park even masuk gym kat rumah ni pun pakai. Sayang sangat kasut ni. Walaupun dah macam sangat lunyaikan. Dulu time kerja, Selalu gak pakai (if happen kalau pi kerja kena drive), Kalau naik motor , pakai boot jo lah.

Ni saja kena buat entry yang istimewa kat kasut ni, sebab tak lama lagi kasut ni nak masuk umur 7 tahun dah. Umur dia lagi tua dari Ashraff. Beli dia pun masa dok pregnantkan Ashraff. Kalau tak salah harga dia masa tuh RM375 kot. Kalau you all nak tau, I ni peminat setia barang Adidas. Since bujang sampai berank pinak. Kalau masuk Adidas mesti nak terbeli something, sampaikan sekarang kena cuba mengelakkan diri dari masuk kedai Adidas kerana memikirkan purse tak berapa tebal. Selain kasut, I ada beli baju, swimming suit,seluar, socks, baby shoes cap,bags soft ball untuk baby, mitten and booty for babies and selipar. Giler fanatik kot.Selain saya, Kheirul pun peminat Adidas, Dia plak suka beli Jersey. Pakai nye tak dok simpan dalam almari.

Ni some of the kasut baby, Ada few yang hilang especially kasut Afriena sebab tercicirlah…dia suka bukak kasut masa dok dalam stroller bila samapai rumah dah takde.Tadi masa dok layan mata, I tengok Adidas.com, sekali nampak kasut ni..

Lawakan.. tapi tak beli kot tak mampu ler..harga dia dalam €360 kot. Den mampu dalam RM jor. Tapi kalau suami ku nak belikan apa salahnye. BTW, terima kasih suamiku sebab hadiahkan iPad and I just got another hadiah dari diri sendiri, SKII :). Finally ada gak stock dia. Semalam mencari kat KLCC. Nantile I show show (malas sebenarnya kot kot orang kata nak tunjuk diri ada kelass plak) jahat you mulut.Tapi sebenarnya SKII dah lama dah nak try cuma busy sangat sampai lupa nak beli :)

ciao….

 

Hot sun in my tummy

Hari ni I on EL ! Boleh gitu? Semalam Rayyan and Afriena demam. Pukul 5 macam tu, badan dorang panas. Afriena takdelah meragam lagi active adalah especially bila Abang dia balik sekolah. Siap makan biskut lagi dengan Ashraff. Satu benda yang I suka pasal Ashraff, Anything he gor from school mesti bawak balik share dengan Afriena. Semalam dia dapat biskut, Lǎoshī dia kasi sebab dia boleh buat Chinese reading. Nextweek start dah exam and Afriena lagi 2 minggu exam. Exam kali ni penentu untuk Ashraff ni . Semoga dorang boleh buat exam dengan baik.

Since 2 budak demam semalam, Tidur I pun tak cukup. Kejap-kejap kena bangun sebab Rayyan panas , pastu dia nak asyik minum susu je. Semalam I tidur awal pukul 11 pm gitu, tapi 12.30 bangun balik sebab badan Rayyan panas, dalam 39 darjah, so kena masukkan ubat kot tutttt (memang ubat standby doctor, sbb doctor takut kena sawan) Pastu lap-lap badan dia, letak coolfever then tu pergi check Afriena kot-kot badan dia panas gak. Yang kelakar.. masa masuk bilik Afriena, I terlanggar kipas sampai terjatuh, Rayyan sempat lagi cakap ha hah ha hah, dalam demam pun boleh dia kan…

Tadi pagi bangun tidur, kepala I sakit sangat sebab tak berapa cukup tidur, asyik bangun je so I cakap nak EL je lagipun Afriena tak bangun lagi, Rayyan sampai sekarang belum bangun. So Ashraff pergi sekolah dengan papa dia je, later baru I pergi amik for lunch and hantar ke Chinese school. NAsib baik Ashraff tak buat perangai kot kot dia jeles Afriena tak pergi sekolah…

Afriena bangun dah…dia cakap

“I have fever because there’s hot sun in my tummy, and my body became hot…”

I tanya, “hot sun?”

Dia cakap, I don’t want hot sun, I want blue moon in my tummy….

Tu dia, dia ingat matahari masuk dalam perut, pastu badan jadi panas then dia demam…

Tu belum bab dia cakap duit ada 100 sen. Mama dia blur kejap. 100sen = RM1 boleh buat order pizza katanya.