Author Archives: Yatie

Dia pun busy!

Orang ada homework dia pun busy nak buat homework. kasi buku kat dia to conteng conteng

tak cukup buku lantai plak

pastu main toys plak…now dia dah pandai bukak baju sendiri so, kejap pakai kejap bukak…. Geram dengan budak kecik ni. Satu hari berapa kali kena cium and now dia pun dah pandai kiss orang.Kejap-kejap kiss :)

Resepi Percik Ayam

INGREDIENTS

  • 1/4 ekor ayam – sapu garam kunyit
  • santan satu kotak
  • 7 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bwang putih -kisar
  • 1 inci halia- kisar
  • 2 btg serai – kisar
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • asam keping

METHOD

  • Panaskan Santan
  • masukkan bahan kisar dan asam keping
  • rasakan dgn garam , gula dan serbuk lada hitam
  • masak hingga pecah minyak
  • bila kuah  masak, bakar ayam sehingga 3/4 masak
  • bila 3/4 masak, lumurkan kuah percik semasa membakar, supaya kuah dia meresap dalam isi ayam
  • bila dah masak, hidang dengan kuah percik.

Note: Nak bakar pakai arang boleh tapi saya bakar dalam oven

Ramadhan 20 – beli je

Ni semua lauk beli kat PARAM PKNS Shah Alam. Mahal ler compare dengan PKNS Bangi

Gulai Kawah – oklah tapi kalau dia masak lagi lama baru sedap. terlebih rempah ni – RM5

Siput sedut sedap -RM5

Ayam Percik..okla…Not bad.RM8

Kambing Golek…sedap gak RM10

Banyakkan? Tapi habis semua. Sabtu tak masak..tak sempat. Sempat masak nasi je. For kids, dorang makan McD. Kecuali Rayyan. Dia mesti nasi