Author Archives: Yatie

Garrett Popcorn yang sangat S.E.D.A.P

You all pernah makan Garret popcorn tak? Tak lama dah ni dok ngidam cuma takde kesempatan nak pergi KLCC or IUtama nak beli. Finally hari Ahad lepas dapat pergi KLCC sebab nak pergi collect hadiah kat SKII. So sampai je KLCC from parking tu Ashraff dah tanya something..

Ashraff : What’s the smell mama?

Mama: popcorn kot….

terus dia cakap nak popcorn..hehehe memang nak pi beli pun…

 

I told Kheirul….Bang … dah lama tak makan popcorn yang sedap, last popcorn yang sedap adalah masa kat Disneyland Hong Kong 2 tahun lepas. Lama dah tu. So dia cakap yela yela..kita beli la nih..hahaha. Nak pow kena kasi ayat kesian sikit

 

Tapi 15 minit gak beratur..pheww punyala ramai orang beratur. I beratur dengan Ashraff and Afriena sebab dorang nak tengok popcorn dekat-dekat. Yang  staff kat situ plak dok melayan budak 2 orang ni. Beli 3 pek kecik yang ingat pek medium.

This is for me and Kheirul … Chicago Mix (Caramel Crisp and Cheesecorn). Sedap rasa dia. Paling suka sebab ada masin ada manis. Tengoklah popcorn diabesar-besar. satu biji dia sebesar ibu jari.

 

Afriena punya yang caramel and Ashraff punya yang cheese. Dua-dua sedap tapi lagi sedap bila makan 2 flavor serentak. Rasa cheese yang sikit masin akan mencair dalam mulut pastu rasa manis caramel yang crispy akan datang menyelamatkan lidah anda. Kalau nak beli beli yang mix or beli 2 jenis ni then balik rumah , letak dalam mangkuk gaul dan makan.

Lepas beli popcorn , amik hadiah lepak kat tepi tasik jap sambil tengok maid indon yang cutihujung minggu dengan entah apa pesen baju dok dating. Lepak kejap je…tak tahan mata den tengok gelgat memasing. Balik masuk kereta sambung makan, pastu kat rumah makan pagi tu pun makan lagi. Now sudah sangat ketagih nak makan lagi. Harus kena kesana lagi. Next month la kot. tetiap minggu cannot la….

Bubba Gump @ The Curve

Dah lama tak makan  kat Bubba Gump. Last Sunday, before pergi event Chipmunk, kiterang pi pekena makan kat Bubba Gump.  Sapa pergi sana kena makan udang tapi kiterang tak order pun udang, yang lebih menarik perhatian adalah ribs. Ribs dia sedap gila.  First time makan which was 2 years ago pun makan ribs tapi takleh habis sebab amik yang besar but this time amik combo. Ada ayam, ribs , chips and coleslaw. Nak tukar ke mashed potato pun boleh. Order 2 ribs combo + ice lemon tea and kids  makan free. Rayyan share je sesapa punya sebab dia suka makan share orang lain punya esp mama dia punya.

Yang ni free meal Ashraff punya, cheese burger + chips + apple juice and jelly. Bila tanya dia sedap tak ? Dia senyap je, bila habis baru cakap sedap sebab nya bila dia kata sedap nanti semua nak try.Kedekut kan

Afriena plak , pastaq with tomato sauce + chips+apple juice and jelly. Banyak for kids tapi habis dorang makan. Memang tak rugi bawak bebudak ni makan sebab dorang makan banyak. Cuma yang pelik napa dorang kurus. Nak beli baju sekolah , saiz ok dah tapi bab pinggang semua longgar.

iuioh h 

Inilah hasilnye selepas 1 jam lepak makan kat situ. tinggal tulang je. recommended makan ribs sebab bbq sauce dia kena dengan ribs yang isinya yang tender tapi tekstur dia masih tak lari dari bentuk daging yang asal. Balik rumah terus check darah , tengok ada perubahan ke tak sbb doktor suruh makan daging lebih sikit so that bp boleh naik. Tengok biasa je tak naik pun. Next time pergi nak order baked rice la plak… tapi nak ribs jugak. cam na nih???

Disney Junior’s Jake & The Never Land party!

Baru nak hapdet padahal event dah seminggu berlalu. Last Saturday, ada event Disney Junior’s Jake & The Never Land party! 

So Sawanila.com one of the lucky blogger for the day sebab only 15 family je invited. Pagi bangun kejutkan anak-anak siap-siap  terus drive pergi sana. First time pergi event whithiut husband. Quite challenging sebab eventnya kat Pubika @Solaris quite far(terima kasih GPS ), pastu sebagai isteri yang mengada-ngada, harus I tak berapa expert nak bukak stroller (thanks tu Quinny sebab very friendly and thanks to Ashraff sebab ajar mama dia yang mengada tak reti bukak stroller). Alhamdulillah we made it, and really enjoy the party.

 

Sampai je register ourselves,photo session lepak-lepak sembang dengan blogger lain. Ada yang familir and unfamiliar. hehehe tapi blogger is blogger harus bersembang kan. Lepas tu ada mini treasure hunt :)

Tengah briefing pasal treasure hunt.

And this is the clue for the treasure hunt. senang je tapi susah sikit for us sebab harta karun nye tinggi… kalau papanya ada kan senang. FYI papanya cannot make it that day sebab ada Taekwon-Do event . Belajar pasal teknik pressure point. Balik rumah habis lebam-lebam and I jugak jadi mangsa sebab dia ngajar bini dia plak.Ok the treasure hunt rasanya dapat no 5 kot, ah nvm sebab kids enjoyed, kalah menang dia tak heran.

 

Lepas tu ada movie time and lepas tu  apa lagi makan time. Oh ya event ni kat Marmalade cafe. A very child friendly restaurant. Siap ada play corner, and their food semua cute.Biasalah bebudak esp my kids memang suka kalau makanan seperti ini. You have tomato sauce, cheese , pizza and pasta  memang laju je dorang makan.

This spaghetti marinara , sedap Rayyan makan banyak. Ashraff and Afriena pun sama…and yang paling banyak dorang makan adalah mini tiramisu. sedap sangat. 2 cawan sorang siap pergi amik sendiri.

Lepas makan, I letak je Rayyan kan play corner tu, kasi dia main sengsorang. Seronok lah dia macam tak ingat nak balik. Siap nangis masa nak balik tuh.

Oh ya… Ashraff menang consolation price for photo contest. Happy dia tapi Afriena pulak yang jealous. Ashraff siap pujuk, it’s okay next time you’ll win ok. Good Brother. Yang menang no.1, is Airyll , anak  Azzamoro.Cute dia geram tengok….cool je masa dia menang.

This is the group photo…yang I kenal tak ramai sangat.. Shila Shower , Merryn, Siti Fatimah, Azzamoro, Kak Ros, Ibu Emir dan ramai lagi. Really had fun and bangga dengan diri sendiri sebab manage to take 3 kids out alone. Pastu kan tetiba je, KHeirul cakap nanti boleh lah drive balik Kelantan… yelah tu.. kang baby nak susu macam mana?

Thank you Shopia for the invitation and FYI , Disney JUnior telah melancarkan  New Online Celebration REsource for Fun party themes and Ideas. So sesapa yang  cari idea untuk buat themed party bolehlah visit www.disneyjunior-asia.com. I pun tertarik dengan idea dia, nanti birthday Rayyan bulan 3 ni bolehlah buat…:)