Author Archives: Yatie

Floating Market Hatyai

Panjangkan sinopsis ? sampai ada part 2. Now let me stori mori pasal floating market plak. Floating market ni kira dekat je dengan city centre, dalam 15 minit je driving. Kalau naik tuk tuk, dorang charge 500Baht pergi balik so dorang tunggu la kita kat situ dalam 3 jam kot.Kiterang sampai check -in hotel pun dah pukul 12, so first thing to hit off course la shower.Gila melekit badan mesti kena mandi. Lepas mandi rest kejap, lepak tengok tv sementara tunggu Kheirul tidur. Bebudak ni? dorang ada ipad, notebook senyapla.Dalam kul 2 , kiterang pun mula berkumpul, tapi disebabkan GPS kat Hatyai ala-ala pening so, kiterang naik kereta je sbb tak jumpa geng konvoi lain.Naik kereta set GPS..tadaa dah sampai.

Hah.. gambar kat atas tu adalah gambar parking dia.. so kalau nak pergi ngan keter, kena datang awal baru dapat parking.. kalau lambat, parking full n sesak.. Parking free aja takde kene charge apa apa.. janji parking keter elok-elok dan takde blocking keter orang lain.

Inilah rupa floating market dari atas jambatan.

Ashraff and Afriena memang la excited sebab mana pernah dorang jumpa orang menjual atas perahukan.

Siap beli air sendiri lagi. Semua benda harga dalam 20 Baht – 25 Baht. Oklah. Beli makan and makan kat situ je.

Ni memang kena try sedap. Oh ya 80% makanan kat sini halal. So senang la.

Cute kan, Yang muka macamkucing tu actually fishball, Rayyan tak makan dia sayang. Dok pegang samapai bilik hotel.Rasanya banyak gak kiterang beli habis dalam 300baht. Memang kenyang kat situ je. Beli jagung (now terkilan tak try jagung kaler purple), pastu dessert yang dalam buah kelapa, ikan bakar, air 3-4 gelas sebab cuaca panas. Kalau you all ke situ, sila jaga bed ye sebab ramai sangat orang. Kalau nak drive ke sana sila awal dalam pukul 3 waktu tempatan so that you all dapat parking.

 

Steady je dorang dok masak atas perahu. Mana nak balacekan badan lagikan.Kalau perasan kat setiap perahu memang akan ada chop halal for those yang halal, kalau tak halal dia tak letak apa-apa. KAlau pat jual air , memang takde halal but normally air yang jual kat situ adalah teh susu, laici dan oren.

Kalau kat entrance tu dia ada pasar malam gak, ada jual baju, souvenirs, tit bits dan tak lupa juga makanan yang famous  cengkerik goreng, belalang goreng, ulat goreng dan segala macam serangga goreng.hahaha sapa berani try??? I lalu tengok pun dah rasa loya.

Cuma beli telur puyuh goreng. I memang tak makan kalau telur tak masak full, so tak tahu sedap ke tak tapi menurut kata pecinta telur tak masak iaitu Kheirul and Ashraff dorang kata sedap sebab dorang letak sos masin and pepper kot.Pastu apalagi balik la.. nak pi cari pulut ayam plak.

 

My New Coach *wink*wink*

Semalam lepas sekolah keluar kejap sebab nak makan pizza, ye demi mengenangkan anak tersayang yang tak nak makan, nak pizza plak..so tunggu papa balik terus je keluar. Sampai je, kiterang splt, papanye ke surau dulu, I ke Papa John dulu order, so senang lepas dorang solat, terus boleh makan while I plak ke surau. Tengoklah budak yang baru lepas muntah,

mengada-mengada ..lapar-lapar..padahal dia ni memilih makan.

Order 2 9″ pizza yang set tu, chick wing, wedges and drinks. Tinggal ni je.

Ni muka budak yang selalu enjoy makan…pastukan tak nak duduk dalam stroller. Kakaknya yang duduk dalam stroller. Yang dia plak berlari je. Haish penat tau.

Tengok kakak dia… sekarang ni dia yang banyak duduk dalam stroller …Rayyan cuma duduk kalau dia rasa penat je. Tapi nak tunggu dia penat tu lama sikit. Pastu kita ke tempat membeli barangan coach ye

hehehe beli spek mata itam  coach je.. bukannya beg. Hakak  tak mampu nak  beli handbag. Tak kerja kena buat cara tak kerja. kui kui Thank you husband sebab belanja. Have to buy sebab my spek mata itam yang baru beli last June hilang last week. MUST have spek mata itam sebab I kuat silau nak drive susah. Ada diskaun masa beli ni 30% off. Sapa nak beli boleh lah ke kedai cermin mata kat Equine tu ha. Salesman dia pun senang berkira.

 

Sakit Dada

Adeeh…tak hapdet pun blog… Tadi pagi kebizian plak. Yelah bangun pun dah kul 6.15, pastu Rayyan bangun nak susu, susukan dia sekali dgn mama dia sekali tertidur sampai 6.45am. kelam kabut you.. hahah dengan kesejukan pagi lagi. Dah settle yang wajib, buat breakfast, rebus hotdog je sbb bebudak nak bawak bekal hotdog. Bagus gak senang kerja mama kan. Kalau tak mesti nak kena omellete, hotdog and baked bean untuk bekal.Pastu kejut Afriena, sekali tengok habis katil dia bau masam, dia muntah masa tidur rupanya…. ya Allah nasib baik tak tersedak ke apa ke. Kena mandikan dia, syampoo semua..Ashraff senang, mandi sendiri.

Dah hantar pi sekolah balik kena masak awal sikit sebab Afriena nak makan nasi, masak lauk semua. Ye ye je nak makan nasi tapi makan 3 suap pastu tak nak dah. Macam mana nak gemuk.Cuba kalau makan pizza, ke makaroni ke, laju je. Takkan la mama nak masak benda alah tu je hari hari, nanti Rayyan plak tak nak makan.hish… Tapi masa dok masak -masak ni, I tengah dok tahan sakit, sakit dada tiba-tiba je rasa sakit dada.

Tak boleh jadi ni,kena pergi jumpa doktor, risau gak kang ada  yang tak diingini terjadi plak kan. So , lepas settlekan budak-budak, hantar pergi sekolah, terus pergi klinik. Nasib baik Rayyan tak meragam, siap duduk sebelah mama lagi while doktor check. Doktor cakap, tulang rusuk berlanggar dengan tulang rangka…tu yang dia rasa sakit tu kalau tekan. Tanya dia kenapa? dia plak tanya kita, you ada batuk ke, demam ke? Demam dah habis batuk baru habis, Pastu dia cakap, Banyak sebab, stress , kepenatan, angkat berat,batuk pun boleh buat sakit. Pastu muscle akan sakit. I tanya balik, something wrong with my jantung ke? no no kalau jantung, bila kita tekan, tak sakit tapi you sekarang bila tekan you rasa sakit. So now, balik makan ubat rest , jangan angkat berat, jangan stress. Hahah Stress ke aku ni? sebenarnya stress gak kalau dok ngadap buat kerja sama..

Alhamdulillah lega, ingat kan ada masalah ke dengan jantung. Risau gak, yelah anak-anak kecil lagi, kang kalau sakit, susah gak nak jaga dorang. Semoga Allah sentiasa memberikan saya tubuh badan yang sihat, semoga panjang umur supaya dapat saya jaga anak-anak saya dengan penuh kasih sayang.