Author Archives: Yatie

Kenyang perut suka hati

Inilah rupa budak kenyang…lepas habis 2 keping roti + nutella, senyap je dia rupanya tido. Muka pun still comot dgn nutella. Makan banyak. Nak tido pun boleh lepak dok makan lagi, Ada je makanan dalam mulut. Orange la, epal la, biskut, roti mesti nak makan . Pastu minum susu baru tido.

Kata orang kenyang perut suka hati. Nasib baik tak gemuk kan Rayyan

Makan wrap je

Bila time tak nak makan nasi atau time malas nak masak, kiterang sebat ni je. Beli satu pack, tahanlah 3 hari.

First night , Kheirul yang buat inti. Dia buat kambing ala-ala Shawarma. Dia bakar kambing dgn jintan, ketumbar, bawang putih n garam, pastu gaul dengan capsicum and bawang. sedap gak.

NI rupa yang dah siap. Ashraff suka tapi Afriena tak suka. Rayyan tak kisah semua dia makan. love my busyuk boy.

Yang ni my version, more healthier. Grill chicken with lots of vegie. Ayam tu perap dengan oregano + jintan + garam then grill. pastu 3/4 cooked, hiris then kacau goreng (tak payah minyak) with bawang + capsicum, perasakan dengan lime jus and masak sampai ayam fully cook. Ayam kena masak penuh ye sbb ayam ada semolina salmonella, pastu, serve dengan lots of daun and avocado mash. Avocado tu I mash , tambah sikit dengan Mayonis+paper and lime juice.Pastu letak isi dalam tu, tomato ceri, letak cili sauce pedas, cheese dan makan.

Gemuk je wrap ni. Seketul sorang for dinner

 

 

Ikan kembung masak asam rebus dengan peria

Kalau tengok gambar asam rebus, mulut ni rasa dok kecur menahan air liur. Asam rebus, nasi panas, ikan goreng, ulam dan sambal belacan, memang complete set. Selalu mak kite buat asam rebus, dia letak nenas, kekadang kangkung. sedap. Ikan pulak guna ikan kembung,kerisi tak pun ikan selar. NI khamis lepas, belek-belek blog jumpa asam rebus abang mat gebu letak peria katak, mana nak cari peria katak kat sini, peria biasa adalah dalam fridge. So apalagi try je la.

Resepi abang mat, takde letak serai, tapi I letak sebab memang mak kite masak asam rebus letak serai, lagipun serai kat rumah berlambak, pening kepala pikir macam mana nak habiskan. Agak-agak serai buat jus boleh tak?, Serai ni bawak dari kampung. bukan main banyak dorang kasi.

Bila dah masak, yummy sedapnya, rasa pedas, rasa belasyan (read:belacan),rasa asam, rasa serai, pastu kena plak ikan kembung besar, waduh-waduh…lupa jap pasal diet.. hahahah

Resepi dia seperti dibawah ye puan puan

INGREDIENTS

  • 2 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji peria -hiris , pastu cuci air garam (I tak buat pun , sbb nanti takde rasa pahit, tak best)
  • 3 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 inci belacan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji bawah putih
  • 4-5 biji tomato ceri
  • sedikit kunyit hidup (sebesar ibu jari tukang masak)
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 keping asam keping
  • garam ,gula dan pati ikan bilis secukupnye
  • 2 cawan air

METHOD

  • kisar cili , belacan, kunyit dan bawang bersama 2 cawan air
  • didihkan bersama asam keping dan serai, garam dan pati ikan bilis
  • bila mendidih masukkan peria dan ikan dan rasakan dengan gula (kasi balance rasa sikit)
  • Bila peria dah empuk, tutup api pastu letak je tomato ceri dalam tu, nanti dia masak sendiri
  • sedia untuk dihidang

senangkan masak??? ni kalau da daun kesum sedap ni. dah macam asam pedas plak….ikutlah selera masing-masing. nanti nak try dengan nenas plak.