Author Archives: Yatie

Happy 7th Birthday Afriena

Hari ni birthday Afrena plak.Dah 7 tahun dah siputeri yang manja mengada. sikit- sikit nangis. sikit sikit nangis. Sampai Ustazah Qiraati pun komplen. Ustazah marah orang lain dia yang tolong nangiskan. Haih pening kepala saya puan. Ustazah…. ustazah buat tak tahu jer. Dia memang manja. Mungkin sebab lama jadi anak bongsu kot.

Afriena ni, kalau datang dia malas macam macam alasanla dia bagi. Last Friday ada exam math. Dia suka math cuma dia cepat boring. Tanya dia how’s your math exam.

Sambil buat suara dah nak nangis…

” mama…. I don’t like exam, So many question to answer. My hand so sleepy.

Adehhh… pemalas kan

ni Afriena masa baru lahir. 7 years ago. Paling senang nak beranak sampai kena tahan-tahan dulu sbb kena doktor sampai. Doktor tak sempat pakai apron dia pun keluar.Patut keluar lagi 2 minggu tup tup 10 Ramadhan dia pun keluar. Pastu bermulalah kehidupan yang sangat tough.

Ni plak Afriena masa umur 2 bulan lebih. kena masuk hospital, sebab lung infection. Kecik-kecik dah kena Xray sebab paru-paru dia bengkak. Duduklah berhari kat situ, dengan berwayar bagai.Lepas tu umur 3 tahun lebih masuk hospital lagi sebab Athsma plak.

ANW, Happy birthday Afriena. Sempena birthday Afriena, nanti dia akan tidur bilik sendiri sorang sorang. No more room sharing with Ashraff sebab Rayyan akan join Ashraff.No more manja mengada.

Happy 8th Birthday Ashraff

Alhamdulillah hari ni genaplah Ashraff 8 tahun. Pukul 12.34 karang la. Teringat lagi, 8 tahun dulu masa nak beranakkan dia. Dah lah overdue pastu takde rasa nak sakit adehh. PAgi nak pi spital tu relax je maklum lah spital ngan rumah dekat. Masa tu dok Seputih. Dekat giler. Pi Midvalley boleh jalan kaki, pi KL Sentral lepak je jalan kaki. Best betul dok situ.Masa nak admit hospital boleh melenggang kangkung lagi cakap saya nak bersalin ni. Staf kat situ plak kelam kabut, amik wheelchair.

Ashraff masa  umur 6 bulan

Paling susah nak berank Ashraff lah…sebab masuk labour pukul 8 kena induce, sakit kul 9 sikit-sikit, kul 10 sakit banyak kul 12 .34 baru keluar. Lama gak tu. Anak first. Patut bersyukur sebab ada orang sampai 2 hari 2 malam sakit nak beranak. My sis la tu.Masing-masing ad bahagian masing masing. Keluar dari labour semua nurse dok puji dia, hensem la, lesung pipit la. MEmang pun hensem, mana pergi semua orang nak pegang dia sampai I rasa takut plak sebab strangers nak pegang anak kita kan. Ashraff kecik dulu pernah menang kontest baby dapat nombor dua. Masa tu tengah pregnant Afriena. Banyak gak hadiah masa tu.

Sekarang dah besar macam pemalu plak. He only rapat dengan uncle, auntie and cousins dia. Kawan pun memilih. Tadi pagi tak wish pun birthday dia…mama lupa, takpe kang masa lunch kita wish. Dia dari berapa bulan lepas dok kira bila birthday dia. Tadi cakap ngan Kheirul…ohh malam ni kita kena keluar kan.. dia pun nyam  yess we need to buy my bithday cake for tomorrow. Kita combine party kat Qiraati esok je.

ANW, Happy birthday Ashraff Segoa berjaya dunia akhirat.. Jangan malas belajar, Jangan banyak main , jadi abang yang baik and sila ringan buntut sikit bila orang cakap  Ashraff sembahyang!!!!!!!

Al Rawsha Restaurant

50 kali lau nak pi klinik kat Pandan, 50 kali gak I cakap, Darling bila kita nak makan sini? Pastu darling pun cakap nantilah kita makan.Ada je alasan, tak sedap lah , mahal la, pastu cakap mesti tak sedap macam kat mesir la… ye lah tu. Pastu siap cakap mesti makan kat sini habis seribu… yeye o je kan. Kalau makan kambing sekor ye la kot.So dipendekkan cite, kali ni pi klinik, lalu je I tak nak cakap apa-apa. Sebab masa tu , I kena allegic. Sebab musabab doktor tak jumpa cuma doktor suspect dari ayam. So I cakaplah, selalu makan ayam takde plak kena camni, awat sekarang kena. Mungkin puan ada alegik dengan sejenis antibiotik. So bila antibiotik ni masuk dalam badan ayam then, puan makan ayam tu, tu yang kena macam tu kat Puan. Oh ok… takpe doktor kasi ubat no injection. Pastu saya makan ayam kampung je ok?

wait wait berbalik kepada AlRawsha…. so masa on the way pi klinik tetiba je… Darling I cakap.. mama nanti kita makan kat sini nak, lepas klinik kita makan sini ok. I ok je…sebab malas dah nak masak ngan gatal-gatl lagi nikan. Ashraff suka la…katanya nak makan kat castle. hahah restaurant tukan rupa macam istana…

So sampai je, terus masuk order.

Saja nak try baklava..ok sedap gak but i suka yang I makan masa kat Utrecht. Orang Iraq yang buat.  But okaylah..Rayyan suka lani.

Tengok la ni sikecik ni…nampak je badan cinonet..tapi makan banyak

Shawarma for me tapi di songlap oleh Ashraff and Rayyan, so kena order lagi satu. Isi penuh. This is lamb shawarma. betulkah ejaan ku ini, kalau salah tolong tunjukkan. My comment? SEDAP. juicy lamb cukup rempah and rasa mint. Laziz (لذيذ) time jugak terus boleh cakap Arab. hahaha I cakap syukran je. terus waiter tu tanya, you can speak arabic? heheheh malu gwe. slow slow boleh laju laju  cannot. Mau tak kena cepuk ngan ustaz..5 tahun belajar Arab komunikasi gitu :)

Yang ni cheese roll. cheese dia memang cheese arab kot. mesti buat sendiri. bebudak suka la ni. I boleh lah. But I know memang sedap

Yang ni Chicken Mandy. Nasib baik order seppinggan sebab memang banyak and we have to share. Ayam dia very tender, cukup rasa rempah ratus and nasi dia… Masya Allah sedap nye. Nampak macam kering..no worry you cedok dia nye kuah pebenda tu rasa macam masam pedas and campur plak dengan yogurt. Memang sedap tapi kenyang senak perut. Orang arab ni memang makan banyak eh? Ayam 1/2 ekor nak perabih tu.Tapi licin gak share bertiga.You have to try this out and the shawarma. Sedap.

Next time nak pi lagi….And Ashraff tanya bila nak makan kat castle lagi. Oh ya Afriena order creamy soup. Dia kata sedap. Entah kiterang tak try pun sbb dia makan senyap tak offer pun orang lain rasa. 1  Mandy chicken, 2 Lamb Shawarma, 2 soup, 1 cheese roll, 1 mango juice, 1 baklava, 1 orange juice and 2 ice lemon tea, total is RM100++. Good thing sini, toilet bersih, surau kat atas besar (masuk maghrib siap ada azan and staff dorang pi solat jemaah, and ada play area for kids.