Author Archives: Yatie

Online Shopping Di Tesco

Walapun I bukan shopaholic tapi kekadang ada jugak shopping. Hahaha.. no I am not shopaholic. I am just normal person. Semenjak menjadi surirumah, aktiviti shopping dah bertukar rentak dan gaya. Dulu pantang lunch hour ada je pi membeli. hehehe almost everyday. Kalau benda takleh makan, benda yang boleh makan. Tapi most of the time kat supermarket Cold Storagelah especially masa stress dgn virtual boss kat jepun. I suka sangat grocery shopping. Entahlah menenangkan. Itu dulu ok, ada masa masuk supermarket kat shopping mall. Now?? I rasa malas sangat nak pi supermarket cari barang dapur. Bukan I je, Kheirul pun sama. Bawak anak 3 macam 10 anak. Terpekik sana, terpekik sini. Nak kata dorang ni jakun tak pernah masuk supermarket dah selalu dah masuk. Pastu barang yang dok dalam list takde yang takde dalam list banyak plak. ce citer acane?

Now bila I dah tau pasal Tesco online…wawawa suka suka suka untuk spesis macam kiterang laki bini yang suka sangat online shopping. Dua dua suka membeli secara online. I memang takleh lepaslah HopShopGo. Dua bulan sekali cukup duit tabung, mulalah dok senyap depan PC . Kadang siap sembunyi hahaha takut laki marah.hahaha dia tak marah pun sebenarnya tapi excitement tu best. Alah nak marah buat apa dia pun sama, senyap senyap barang sampai kat opis lagi senyap. Benda yang best pasal online shopping, kita boleh budget banyak mana RM nak guna, boleh memilih dengan tenang dan selesa. Buat masa anak dok tidor lah takde gangguan. Kalau ngan anak nak pilih baju pun susah. Kalau beli baju dorang, I tanya je yang mana satu berkenan kasi multiple choice pastu pilih.

Ha back tu Tesco, semalam baru mencuba. Susahnya nak cari review pasal online shopping tu. Tesco taknak amik sawanila ke tolong buat iklan??? hehehe Senang je step dia. Macam biasa kalau nak online shopping haruslah register dulu, kena key in alamat rumah, clubcard details . Macam biasa. Lepas register ha apa lagi..berjalanlah secara virtual pilih barang. I tak beli banyak mana pun , beli mana yang perlu. Sebab kalau nak pi Tesco semata beli kicap , belacan cereal harus sampai RM300 beli barang. Semalam RM122 je termasuk kos penghantaran RM10. Murahkan

tesco1 tesco2

 

Senarai barang yang dibeli.

Kebaikan beli online kat Tesco, ni pada sudut pandangan saya ye

  • Kalau orang yang malas macam I nak ke Tesco bersesak beli barang beratur kat kaunter nak membayar memang sesuai. I memang tak suka drive and cari parking kat sana. Kereta panjang memang terhegeh-hegeh lah nak parking. I dah lah jenis paranoid dgn tempat parking nak-nak berdua dgn Rayyan.
  • Boleh pilih barang dengan tenang, boleh survey harga jugak. Contoh macam kicap cap kipas udang, harga yang biasa kiterang jumpa kat mana-mana even kat Tesco, harga dia RM10 tapi semalam jumpa RM7.59, terus Kheirul cakap beli 3 botol senang. Dia memang, takde kicap tak tenang dia nak makan. Kicap brand lain tak nak. Pastu Telur ayam, boleh tengok berapa harga then beli. Kat rumah kuat makan telur jadi memang kena ada dalam stok
  • Shopping dari rumah ni senang, boleh je check kat dapur apa yang takde then click add. Pastu kalau dah confirm order sekali teringat alamak..belacan habis, sirap takde cheese pun dah menyusut, boleh je tambah. I tambah orde semalam pastu Tesco hantar email lagi sekali .Tapi ni semua kena buat before pukul 11pm
  • Boleh set budget. Macam ni I set RM150 je, so pilih apa barang yang habis. Kalau tak asal pergi barang dapur je, RM300. 4 kali pergi acu kira berapa
  • Barang dah sampai, kita boleh check dan bayar. Tak suka barang itu kalu boleh je decline without any charge
  • Boleh booking slot untuk delivery. Maksudnya boleh pilih pukul berapa nak dorang hantarkan. Macam I yang dok rumah ni haruslah pagi lagi senang :)
  • Sesuai sangat untuk housewife macam I ni kan :)

Keburukan?

  • Bab barang fresh ni, takut nak try jadi I tak beli pun. Ingat nak beli lauk ke tapi sebab suami saya sangat crewet bab lauk maka dia dia cakap..takpe yang tu beli kat pasar. Bab sayur kena serahkan pada I lah sbb I mesti nak cium nak hidu baru beli
  • Tak boleh check tarikh luput.. jadi masa barang sampai sila check… kalau dah luput boleh decline
  • Bayar pakai credit /debit card je. No cash

 

brg

 

Alhamdulillah barang dah sampai. Delivery man pun mesra pelanggan. Barang yang sampai saya check dulu..semua ok. Yang penting kicap cap kipas udang ada dan murah. Selalu jumpa RM10. Telur Sandy murah kali ni, ada macam-macam cheese untuk sandwich and cereals for us sahur nanti. Next time beli beras pun I order online je kot :) . Puas hati. BArang sampai baru bayar ye :)

Nota kaki: Ini bukan iklan ye , segala feedback adalah ikhlas dari hati. Supermarket lain patut buat macam ni jugak

Menu Berbuka di Bulan Ramadhan

Lagi 2 hari nak puasa, Ashraff dan Afriena tak sabar. Dah siap kasi menu untuk berbuka dan bersahur. Yang berbuka tu boleh caya, yang bersahur tu macam was-was. I memang akan tetapkan dalam seminggu mesti ada menu untuk  anak-anak. Contoh kegemaran dorang, Pasta dan semestinye dengan cheese. Ada jugak sandwich, Mee ,Soup dan Nasi. Senang susun menu macam ni, pastu nanti tampal kat fridge. So dorang akan tau nak makan apa. Hari ahad hari buat kuih sbb hari sekolah memang tak sempat. Dorang Balik awal dalam pukul 4, jadi pukul 3.30 dah kena standby keluar rumah. Sampai rumah nak kena solat, masak, monitor homework bebudak, kalau sempat nak pilates. Buat homework time siang, supaya malam ada masa buat revision untuk 30 minits sebelum tidur. Kena tidur awal sbb dorang nak bangun sahur. Solat Terawih … Insya’ allah tahun ni nak join tapi cuma hari yang cuti esoknya. Sebab kena bawak bebudak kan. Mintak-mintak boleh kawal Rayyan. Tapi Rayyan memang senyap dalam surau kecuali ada orang kacau lah.

Berikut adalah senarai menu yang I buat. Kalau you all nak amik sebagai panduan pun boleh..I tak kisah . I paham ramai yang kadang-kadang buntu pikir nak masak apa. Buat senarai macam ni senang nak beli barang dapur kan.

<<CLICK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH BESAR>> menu

Rayyan… otak math

Dah lama tak cerita pasal anak-anak. Asyik citer pasal makan je kan. Minggu ni minggu exam setelah ditunda dari minggu lepas sebab minggu lepas sekolah tutup sebab jerebu. Jadi minggu ni berhempas pulas jawab exam.Semalam masa kat sekolah, macam biasalah I lepak menunggu bebudak kat sekolah sambil bersembang dengan cikgu tanya perkembangan anak-anak. Kat sekolah tu open, boleh jumpa cikgu anytime, tanya pasal perkembangan anak-anak. Dari apa yang cikgu cakap, boleh lah tau anak yg ni suka apa, anak yang tu lemah apa.

Macam Ashraff, dia macam lemah maths bukan sebab betul lemah math  sebab cikgu kata dia susah nak paham bila diterangkan dalam bahasa melayu. Jadi untuk senangkan dia paham, cikgu dia terangkan dalam bahasa cina. I was like .. bahasa cina? kat sekolah Ashraff sekarang, ada sorang cikgu boleh cakap n tulis cina. Mungkin bila terangkan dalam bahasa cina, dia senang paham.Personal coaching katanya . Ashraff pun ada ngadu, dia cakap tak paham lah math..boleh tak Ashraff hafal math in chinese like last time? Itu satu hal… subjek lain tak tau lagi kena tunggu. Bab mengaji, dia ok. always excited dan kata cikgu besar yang dorang panggil Ummi, ” Saya terkejut Ashraff cepat mengaji.”

Ye.. Ashraff minat mengaji. Some of ayat dia dah hafal. kadang I saja mengaji dalam kereta, kalau ada salah.. eh mama salah lah..macam ni. Tapi ayat-ayat dari juz amma je lah. Alhamdulillah.. takpe slowly. Dulu masa dia start sekolah dia start dengan Iqra’ 3 walaupun kat sekolah lama dah iqra’ 5. Now dah baca Quran surah Al-Baqarah.

Afriena plak, dia baru Nak masuk Iqra’ 6. Dia cepat jugak tapi masalah dia adalah tak nak bukak mulut. Dulu masa kat Qiraati… boleh plak baca kuat. Kalau pasal akedemik, banyak problem dia. Dia tak reti sangat bahasa melayu…entahlah tak reti langsung atau dia tak minat. Cikgu cakap kalau time jawab exm BM, dia akan tulis slow je, tapi kalau time English, laju je. Semalam cikgu cakap English dia 100%. BM dia cikgu? cikgu senyum je, sebab dia nak kena cek dulu. Kiterang dah cakap kat dia, sebab dia nak basikal, maka exam result haruslah semua A, samada akademik ataupun bukan akademik.

buku

 

barang yang mesti bawak masuk tido. Buku tu mana dia pergi mesti ada kat sebelah. Buku hadiah birthday dia :)

Ryyan plak? Dia manjang dengan buku math dia. Nak tido bawak buku, main ipad pun belajar math. I ada cakapkan yang dia dah boleh mengira sampai 20 samada BM atau English. Ingat nak ajar dia Chinese and Arabic sekali tapi rasa macam keterlaluan plak. slowly. Disebabkan dia pandai mengira, maka dia sangat berkira dalam semua benda. Apa yang nak makan, kalau dia mintak 5 , lima lah kena kasi. Tak boleh lebih tak boleh kurang sbb dia akan kira. Macam hari tu dia mintak epal potong. Dia cakap

bb nak epal…3. (sambil kira jari 1 2 3 pastu tunjuk 3 jari.Macamlah mama dia tak tahu kira kan)

ok..pergi mintak dengan abang… cakap kat abang Rayyan nak epal satu

no no no.. 3 apple ( sambil tunjuk tangan dan kira 1 2 3)

selagi tak kasi selagi tu dia kira. Kena kasi 3 potong jugak hehehe. Selain tu, setiap benda dia akan wakilkan dengan nombor. contoh ipad.. ipad 1 ipad 2. kaki 1 kaki 2. Macam tu lah. Kalau mintak makanan favorite dia, nasi kicap telur..pun dia akan kira.Make sure 3 benda kena ada dalam pinggan.

video dia main BINGO

Apa-apa pun, bila dah besar sikit kena ajar dia hafal quran. Budak kecik senang masuk dalam otak dia. Bila dah 5 atau 6 tahun baru masuk sekolah lah.Semoga anak-anak saya senang hafaz quran