Author Archives: Yatie

By Road To Malaysia

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang pengembaraan sebuah keluarga  dengan sebuah Motohome dari UK ke Malaysia. Sangat mengujakan hati kami suami isteri setiap kali membaca  status update di facebook mereka. Saya rasa bermula dari hari pertama mereka mereka memulakan perjalanan, kami sudah mula mengikuti perkembangan mereka. Terasa seperti kami berada bersama mereka. Bukan calang-calang orang yang boleh merentas benua dengan memandu sebuah  1998 Mercedes Sprinter motorhome bersama anak-anak . En Jamal Ismail, Puan Sofinee dan 4 orang anak mereka Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, and Seif, 10. Seronoknya.

Seronok bila baca travelogue mereka di facebook. Mereka mengembara lebih cari 39 negara, dan setiap negara yang dikunjungi ada cerita yang berbeza. Bila baca tentang Eropah, nampak segalamnya berjalan lancar, dari tempat berhenti makanan dan sebagainya. Tapi bila memasuki Asia, banyak cerita. Bagaimana kisah yang jika kami sendiri yang mengalaminya, mungkin agak menakutkan seperti disamun di Iran. Namun kisah perjalanan mereka makin menarik bila mereka memasuki China. Saya dan suami, dah lama berhasrat untuk ke Xian, China kerana ingin melihat kehidupan muslim di sana, bagaimana rasa terujanya melihat bermacam-macam makanan yang dijual (street food). Semoga angan-angan kami akan menjadi kenyataan.

Kisah perjalanan mereka masih lagi diteruskan, dan kini mereka di Thailand. Bestnya!. Seperti kami yang dah biasa memandu ke Thailand, cuma paling jauh ke Phuket je tapi setiap tempat yang kami lalui, kami menikmati sebaiknya. Banyak masjid yang ditemui, memang tidak seperti yang apa yang di war warkan di dalam media . Ramai muslim yang kami jumpa dan ramai antara mereka berusaha untuk berbahasa melayu.

Untuk team By Road To Malaysia, kisah perjalanan anda banyak memberi kami inspirasi. Kami memang ada merancang untuk mengembara secara Road trip. Antaranya, Menunggang motosikal pusing Eropah, Motorhome di NZ dan Insya’ Allah, satu lagi cita-cita yang sangat tinggi, iaitu memandu ke Mekah. Menunggang Motosikal pusing Eropah kononnya akan dibuat bila dah pencen nanti, berdua sahaja tanpa anak, Road Trip ke NZ, memang kena kumpul duit sebab nak pergi satu family bukan senang kan, Tunggulah Rayyan besar sikit, supaya dia pun akan ingat sampai besar nanti. Ashraff dan  Afriena, nampak macam suka dengan aktiviti luar macam berkhemah. Mereka dah pernah berkhemah sekali semasa berumur lebih /kurang setahun macam tu.  Ashraff memang dah berangan untuk memancing, bbq  dan tidur dalam khemah.  Dan memandu ke Mekah pula, perlu perancangan yang teliti. Entah dapat, entah tidak, hanya Allah yang akan tentukan. Projek Mekah ni memerlukan, masa yang panjang, kos tinggi dan kekuatan fizikal dan emosi yang kuat. Dan yang penting niat kena betul.

Seperti kami sekeluarga anak-beranak, kalau melancong, kami lebih suka pantai, makan-makan, jalan-jalan. Sangat mudah . Dalam kamus kami, kalau melancong untuk membeli belah tu takde. Shopping can be done online!. Most important thing, enjoy the journey, meet local people, eat local food and write about it, and don’t forget to make sure our kids have fun too.Thus, we must at least find them a good theme park or beaches. Teringat masa kami ke Hong Kong, bila terjumpa dengan muslim tempatan, Punyalah dia teruja melayan kami, bawak kami tunjukkan jalan ke tempat makanan halal, Begitu juga semasa di Vietnam . Semasa di Amsterdam plak, masa nak beli souvenir, ada sorang lelaki tanya, Are you muslim, ? Yes I am… terus dia Assalmualaikum, come come I give you discount :)

Apa-apa pun saya sekeluarga mendoakan By Road To Malaysia, selamat sampai ke destinasi. Jangan lupa menikmati makanan yang enak-enak di Thailand. Sebolehnya, kami ingin menyambut anda sekeluarga di sempadan, tapi apakan daya, suami saya dah habis cuti tahunan.

Buat semua kengakawan, anda semua boleh mengikuti perkembangan By Road To Malaysia dengan “LIKE” facebook mereka. Sila click gambar di bawah. By Road To Malaysia, dijangka akan tiba di Sempadan Bukit Kayu Hitam pada 14 Dec,2013 pukul 11.30 pagi. So Anda semua yang berkesempatan  dan ingin bertemu mereka boleh lah sambut kepulangan mereka di sana.

brtm

By Road To Malaysia, Semoga selamat sampai dan sentiasa dilindungi Allah.

Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

Semalam tak update blog. Tak sempat sebab kalau Rayyan bangun pagi mula lah dia nak itu nak ini. Pastu dok ngadap je komputer. Bila orang nak pakai sibuk dia nak tengok Mickey Mouse. Bila orang tak nak guna tak nak plak dia menempel kat situ. Ni nak citer …Ahad lepas kiterang konvoi ke Bagan Lalang makan ikan bakar. Dah lama tak ke Bagan sebab selalu kalau nak makan seafood kiterang ke Jeram je. Sebab kat Jeram harga dia murah and sedap.Next time kena konvoi ke Jeram la nampaknya.

image

8 buah kereta join konvoi. Banyak kaler hitam and dalam banyak-banyak kaler hitam tu Rayyan still kenal mana satu kereta kiterang. Siap mention no plet gitu. Sejam lebih gak baru sampai. Maklumlah bila konvoi dia lambat sikit.image

Ha inilah nama restorannya. Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

image

Sampai je, pergi pilih ikan, udang sotong ketam bla bla. Tapi kiterang tak amik ketam. Rasa takde selera nak makan ketam. Just amik terubuk, sotong for kis, kerang for me yang tak cukup darah dan apa benda nama binatang tu tak taulah. Macam clam tu..

image

Kerang rebus bagus untuk orang tak cukup darah. I suka makan panas-panas, bila sejuk boleh keluar air mata nak telan pastu kena cicah sambal kicap baru blh telan. time sejuk lah, time panas makan kosong je.Tapikan kerang dah mahal. RM5 sekilo kat pasar borong.

image

Ikan terubuk bakar. Sedap ni. cicah sambal kicap. Ni kalau makan ikan terubuk kena manja-manja sikit ngan Kheirul, sebab nanti dia tolong cubitkan isi, tolong buang tulang. hahaha. manjalah sangat. Kejap jelah dia tolong cubitkan isi pastu dia lupa dah bini dia sbb dia nak makan kan.image

Kailan ikan masin. Masin rasa dia. Mungkin sebab kiterang dah jarang makan benda masin kot.

image

Sotong celup tepung ni sedap. Memang sedap. Memang Ashraff n Rayyan dua beradik tu je makan. Afriena plak makan nasi sayur n telur dadar. Susah kalau makan memilih ni.

image

Inilah  apa benda tah nama benda ni. Masak cili. Macam biasa benda macam ni panas -panas je I suka , kalau sejuk tak berapa. Masakan dia sedap, sebab nama masak cili, maka pedas berasap telinga makan. Sedap. Ada rasa halia, tapi bagi saya, kalau dia tambah serai dalam ni lagi sedap. Makanan bercengkerang memang sedap kalau tambah serai. Pedas berapi dalam 2 jug air order.Must try. Cuma tukang masak, kurangkanlah garam sikit.

image

Sebelum makan nasi, makan aiskrim dulu. Tu aiskrim Rayyan, dia suruh suapkan tapi mama dia pantang dengan aiskrim, pantang tengok, pantang pegang, mesti nak masuk mulut. Monyok muka sikecik tu, sbb  tadi dia terkencing dalam seluar. Tak sempat nak pi toilet, sambil tengah berjalan tu dia kencing.Yelah orang nak masuk surau tetiba , mama nak shishi… nak pi toilet punya jauh, tengah jalan jugak settle. Nasib baik kat tepi pantai ada jual baju. Beli baju RM8-10 sepadsang. boleh lah baju tu buat belasahan basahan kat rumah. So lepas makan lepak kejap tunggu azan maghrib, solat reramai then baru balik. Macam jauh je Bagan tu kan?

Rayyan punya pasal, tak sempat

Rayyan bangun awal, tak sempat update blog. Dia nak komputer. Bila pegang ipad dia nak ipad. Ada jugak kena letak kat luar ni.

image

Budak bandar jarang jumpa padang luas

image

Habis kotor selipar pastu meraung suruh cuci

image

Baju tu dibeli dengan harga RM8 sepasang kat Bagan Lalang sebab dia terkencing dalam seluar. Tak sempat sampai toilet.Selamba je dia jalan pi kedai tak pakai baju, just pakai seluar basah.