Author Archives: Yatie

Kenduri Kak Ina KL

image

Sebulan sebelum kenduri kami satu family dapat jemputan dari Kak Ina KL. Siap hantar berpos lagi. Ini memang wajib pergi. Kami sekeluarga keluar puku1 2 petang. Sebab dari pukul 10 sampai pukul 1 , Saya tidur. Kena senggugut dah. Dah lah pagi tu pergi jogging kononnya, tapi lebih kepada berjalan sekeliling taman. Masa berhenti makan lah , senggugut menyerang. Memang rasa nak pitam dah. Dengan rasa loya nak muntah. fuhhh. Balik masuk kereta terus layan tidur dengan perut sakit. Balik rumah Kheirul kasi ubat suruh telan. Mandi pastu masuk selimut sebab sejuk menggigil. Dalam tengah tidur dok dengan anak-anak terpekik-pekik, maklum papa yang menjaga kan. Haih lantak lah … kena layan tidur dulu. Bila bangun pukul satu badan dah berpeluh, dah ok dah, terus ke kenduri. Nasib baik, orang tak bungkus lagi sbb sampai lambat kan.

image

bubur kacang sedap

Kali ni makan kenduri lain dari yang lain sebab , ada masakan kampung. Rugi tak ambil gambar. Ada Ayam goreng berempah,masak lemak kuning ikan masin, keli berlada, Pastu ada bubur kacang yang sedap. Satay pun ada. Bubur kacang berapa kali makan dah ulang amik kiterang. Air tembikai bercawan-cawan minum, di hari yang panas terik, memang kena lah. Ingat memula nak tambah bubur kacang lagi sekali menjadikan 3 mangkuk tapi, Rayyan buat terkejut…ha ha ha (mulut ternganga)…mama nak yak sambil pegang punggung dia. Kiteorang apa lagi terus cepat-cepat makan dan balik lah…. Sampai kereta dia tak yak plak. Boleh macam tu…

image

door gift. Banyak lagi muffin yang Kak Ina beri, tapi anak-anak dah ngap.

image

Dalam kotak ni ada pinggan tau. Thank you. First time dapat pinggan pergi kenduri.

Apa-apa pun terima kasih Kak Ina KL atas jemputan. Tahniah Kak Ina dapat menantu. 

Lepas habis kenduri on the way balik nampak durian, singgah beli durian. Besar gak durian,lemak manis rasa dia. Separuh makan, separuh buat bubur sebab Rayyan , Afriena dan mamanya suka makan bubur durian. Alhamdulillah… bertambah budak 2 orang tu makan. Asal ada pulut je.

image

Tengok lah isi dia. Bau tak payah cerita lah. Tapi rasa dia sedap. Lepas makan berkipas panas sampai ke malam.

MasterChef Australia Cooking Tip-Off

Selamat Pagi semua!!!!!!!!!

 

Hari ni hari Jumaat kan. Selalu hari Jumaat takde post, tapi hari ni saya nak kongsi satu post. Pasal MasterChef Australia Cooking Tip-Off yang saya kongsikan di FB Lifetime Malaysia. Tip yang saya kongsikan terpilih. Boleh tengok video dia kat sini.

 

Tip ni ada saya kongsikan di posting yang lalu.

Tersengih je bila tengok tip sendiri dalam ni. BTW, Thanks Lilian sbb tips ni saya memang guna pakai dah berapa tahun hasil membaca blog beliau. Suka baca blog Chan Lilian.

Aktiviti Cuti Sekolah

Untitled

Saya baru je siap buat jadual untuk isi masa cuti sekolah.  Sekolah Ashraff dan Afriena ada menyediakan latihan untuk dibuat semasa cuti sekolah. Bagus juga ada sesuatu untuk dibuat. Saya suruh mereka siapkan dalam minggu ni supaya minggu depan boleh buat latihan lain plak. Latihan yang saya sediakan. Mengaji dan Hafazan pun kena buat. Yang itu I yang buat. Boleh betulkan makhraj, tajwid mereka. Dan saya perkenalkan English dan Malay Speaking Day. Walaupun mereka boleh bercakap 2 bahasa utama tapi, saya nak kena betulkan penggunaan bahasa. Semoga Istiqomah ye anak-anak.