Author Archives: Yatie

Aktiviti Cuti Sekolah

Untitled

Saya baru je siap buat jadual untuk isi masa cuti sekolah.  Sekolah Ashraff dan Afriena ada menyediakan latihan untuk dibuat semasa cuti sekolah. Bagus juga ada sesuatu untuk dibuat. Saya suruh mereka siapkan dalam minggu ni supaya minggu depan boleh buat latihan lain plak. Latihan yang saya sediakan. Mengaji dan Hafazan pun kena buat. Yang itu I yang buat. Boleh betulkan makhraj, tajwid mereka. Dan saya perkenalkan English dan Malay Speaking Day. Walaupun mereka boleh bercakap 2 bahasa utama tapi, saya nak kena betulkan penggunaan bahasa. Semoga Istiqomah ye anak-anak.

Nasi Kerabu sedap @Kak Mah Nasi Dagang

Kami sempat sarapan Nasi Kerabu kat Kak Mah Nasi Dagang Putrajaya Gate I. Patutlah setiap pagi lalu situ kereta berderet parking. Rupanya makan pagi kat situ sedap sangat. Ada macam-macam jenis breakfast .  Maafkan diri ini, sebab tak sempat ambil gambar banyak-banyak. Ramai sangat orang. Nak mencelah tengok makanan pun kena jeling maut.Tapi yang Saya nampak dan sangat menarik ialah, Pulut Durian, Laksam, Akok, Nasi berlauk, Nasi kerabu, nasi dagang dan kuih-muih. Keropok goreng pun ada.  Hajat di hati nak makan nasi dagang, tapi nasi dagang dia guna beras putih. Ala tak menarik plak. Terus makan nasi kerabu biru. Sedap sangat. Rasa macam duduk kat kampung dah.

image

You all patut cuba nasi kerabu ni.Kedai dia, kat simpang nak masuk Putra jaya , kalau dari SILK Highway dan kedai tu sebelah dengan Sek Rendah Dato Abu Bakar Baginda.Makanan lain tak cuba lagi. Rayyan plak makan roti canai order dari kedai sebelah. Peminat roti canai ni. Mesti nak roti canai je.

Yeay cuti sekolah

Orang lain dah lama cuti, Ashraff n Afriena baru je start cuti sekolah. Sabtu lepas ada ihtifal kat sekolah. Jadi memandangkan cuti sekolah bermula, maka papanya telah membawa kami semua melawat IKEA. Hasrat ke IKEA cuma satu 2, Satu nak makan, dua nak beli meja dan jam. Tapi sebelum ke IKEA banyak pulak persinggahan nya. Yelah kena beli stok barang meniaga dulu. Lately, Alhamdulillah banyak order masuk. Pembeli lebih suka membeli lasagna saiz medium. Terima kasih ya Allah.

Oh ya, Mrs Mama kini telah bergerak ke depan. Kami kini memperkenalkan menu baru.

mac n cheese

Sesiapa yang nak order lasagna untuk minggu ni , bolehlah hubungi kami. Menu Mac n’ Cheese with BBQ Meaball juga dibuka untuk tempahan. Mac n’ Cheese with BBQ Meaball adalah resepi baru yang tiada dimana-mana kedai. Rasa keenakan, kelemakan makaroni dengan keju di seimbangkan dengan rasa BBQ bebola daging. Bebola daging dibuat sendiri oleh saya. Begitu juga dengan BBQ sauce. Saya tidak menggunakan sebarang readymade atau frozen. Rasa ialah keunikkan nya. Tempah sekarang. 

Ok, sampai je di IKEA, kami kena makan dulu. Macam biasa, kalau ke IKEA mesti nak makan kat restoren dia. Tak paham betul bebudak ni, tempat tu dah lah crowded. Tapi nasib kami baik, sebab dsenang dapat parking, senang dapat meja. Sebab, masa sampai kononnya, beratur untuk meja hujung tu, tapi tiba-tiba ada satu couple, panggil suruh duduk kat meja dorang. Siap kemaskan meja lagi. Alhamdulillah semoga anda dirahmati Allah. Paham jelah nak dapat meja makan kat situ macam leceh sangat. Ada yang tak reti bahasa. Macam 2 orang yang makan kat sebelah ni, muda lagi la.. Dari kami duduk tunggu makanan sampai , hinggalah kami habis makan, tak jugak mereka berdua selesai makan. Memang berjanggut sesiapa menunggu. 10 kali ulang ambik kopi. Sangat mementingkan diri sendiri. Ingat nak sound je, tapi Rayyan dah buat dulu. hahahaha. Selesai makan, nampak satu family dok menunggu so, panggil dorang suruh duduk. But they keep apologising us. Eh no hal la.. bukan nya kami nak lepak lama kat situ. Rimas kat situ panas dan ramai orang.

Lepas makan terus ke tempat yang dituju. Ambil 2 meja kecik dan 4 buah jam. Dah habis beli terus balik. Sebab malam tu nak kena masak untuk tempahan.

afriena

Afriena secara sukarela nak pakai tudung dan stokin. Bila tanya dia, betul ke nak pakai macam ni ? Dia jawab ye , alasan dia senang nak solat.Alhamdulillah