Author Archives: Yatie

Grilled Strawberry Granola Trifle

Ini Adalah Posting Berbayar

Bila bercerita tentang dessert, mesti terbayang dessert yang manis, yang banyak calori yang memang bila makan, lepas tu rasa menyesal. Betul tak? Semalam saya ada beli yogurt. Kat rumah ni yogurt memang benda yang sentiasa ada dalam peti sejuk, Sebab yogurt, memang digunakan untuk masak kari, buat ayam tandoori, buat smoothies, buat salad buah.

Memandang anak-anak saya suka sangat makan yogurt jadi saya cuba buat dessert yang sihat. Bukan seperti selalu, kalau dessert je mesti manis dan berlemak. Saya buat Grilled Strawberry Granola Trifle.Cara nak menyediakan dessert ni sangat senang. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.Dan yang paling penting, cepat disediakan. Cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit je.

Kita tengok apa bahan-bahan dia

photo 4

Bahan-bahan yang diperlukan

photo 3

Dari kiri: oat, bijiran sarapan pagi,oren, stroberi dan walnut.

Bahan-bahan

Masa penyediaan : 20 minit

Hidangan untuk 2 orang

  • NESTLÉ Natural Set Yogurt
  • 6 biji stroberi
  • ½ buah oren – ambil jus dan parut kulitnya
  • 1 sudu bijiran oat
  • 3 sudu bijiran sarapan pagi yang berkacang (saya guna banana clusted nut breakfast cereal)
  • 1 genggam walnut – tunmbuk kasar
  • 3 sudu sirap penkek
  • 2 sudu gula perang

Cara-cara

  • Panaskan oven dengan  suhu 180 darjah
  • Campurkan parutan oren, jus,bijirin oat, campuran bijirin, walnut , sirap penkek dan 1 sudu gula
  • Gaul rata dan bakar di rak atas sekali selama 15 minit untuk menjadikan granola
  • Sementara itu panaskan kuali gril
  • Salutkan stroberi dengan gula dan panggang diatas kuali sehingga berkaramel
  • Selepas 15 minit, keluarkan granola, sejukkan seketika.
  • Apabila sejuk, granola akan mengeras dan rangup
  • Hidangkan trifle, dengan cara melapis granola- yogurt-stroberi-yogurt-granola-stroberi
  • Taburkan sedikit gula perang diatas stroberi

photo 2

Stroberi yang sedang dipanggang

4

Tadaa dah siap. Senangkan. Boleh terus dimakan.Bayangkan keenakannya. Bayangkan rasa rangup granola bersama rasa lemak berkrim NESTLÉ Natural Set Yogurt yang sejuk bersama rasa manis  strawberi yang di panggang.

Sedap, cepat, senang ,ringkas dan sihat

Gambar lama yang kurus

Bila belek-belek gambar 2 – 3 tahun lepas… huhuhu nak nangis tengok diri sekarang yang agak gemuk. Gemuk ke? ke berisi?  Diri ini sangat besar sekarang. Sejak masuk kelas Taekwon-do, Berat baru turun 2 kg dan maintain di situ sahaja. Makan ke tak makan ke, kat situ je. Kalau boleh nak lah shade another 3 kg. Baru selesa. Tapi sepatutnya saya kena bersyukur sebab, awalaupun badan berat sikit, tapi badan sihat , Alhamdulillah. Takde pening-pening lalat nak pitam sebab tekanan darah rendah. Walaupun berat, badan masih boleh lagi lompat buat kicking. Tapi saya nak shade 3 kg lagi.

Sekarang ni, saya takde catu makan, makan je apa yang di masak, cuma saya kurangkan garam dan gula. Air manis tu, limit sekali sehari kot. kadang tak minum langsung. Minum air kosong je. Pilates dan senaman dalam rumah dah lama tak buat sebab bila anak tak sekolah ni, kerja asyik masak, kemas dan monitor homework je. Sapa kata jadi surirumah tak penat. Penat tau. Buka mata je, buat itu buat ini.

Kena set dalam kepala, 3 kg untuk dibuang, untuk lebih sihat. Insya’ Allah.

Tapikan saya tengah teringin nak makan laksam lah….

 

Berenang, kolam atau sungai?

Budak bertiga ni, kalau tengok jadual ada swimming memang sangat menepati masa. Cuba kalau suruh study? Kejap kejap, Macam biasa pukul 5.30 bawak dorang pergi swimming sementara cuaca panas elok macam ni kan. Berlari-lari nak pergi swimming pool dorang ni. Sampai je terus terjun. Tak kira yang kecil ke yang besar. Rayyan ni tak padan kecil, Terjun selamba je. Dah terjun dia menyelam plak. Lama plak tu.

berenang

Masing-masing dengan cara tersendiri. Afriena tak berapa pandai berenang sangat, boleh gitu-gitu je. Dia kan semua benda penakut. Kalau Ashraff tak kisah. Dia boleh berenang dah. Tak bawak pergi kelas pun, Saya ajar sendiri je. Cuma Afriena je yang susah nak ajar. sikit-sikit takut,pastu panik, pastu nangis. Tunggulah berani dulu. Ashraff walaupun pandai berenang, kena perhatikan jugak, sebab dia suka pergi ke adult pool. Rayyan plak? berapa kali terjun tiruk dah. Nasib baik mama tak join kalau tak dia mesti masuk adult pool. Nanti kena ajar Rayyan berenang sebab dia dah pandai selam.

Teringat masa kecil dulu, Takde kolam renang pun untuk belajar berenang. Kami adik beradik pergi main kat sungai. Belajar berenang kat situ. Belajar kat air cetek. Dulu sungai tak macam sekarang. Dulu sungai air jernih sekarang air mengalahkan teh susu. Kat sungai jugaklah, kami adik beradik pergi berkelah, setiap petang tolong mak siram pokok sayur kat kebun yang tepi sungai. Dah abis siram, pergi cari etak kat sungai. Kalau lapar cabut ubi kayu lepas tu bakar. Cuba bayangkan…. memang best pengalaman macam tu. Kira macam back tu basic.  Dah petang macam tu baru balik rumah, mandi makan nasi lepas tu pergi mengaji. Macam tu lah hari-hari. Bangun pagi pergi sekolah, balik sekolah, tolong mak, makan, buat homework, lepas asar pergi kebun, balik tolong mak, makan, pergi mengaji, malam balik sambung homework lepas tu tidur. TV tengok gitu-gitu je mana ada cerita sangat. masa tu channel ada 3 je.

Tu belum lagi cerita pasal tanam padi. Ni pun best jugak. Jaga padi tak nak kasi burung makan padi muda, tahan pukat burung, mancing, Yang paling best bila dapat banyak burung yang ditangkap guna jaring. Lepas tu dapat plak ikan haruan sebesar lengan. Rindu plak dengan bauan sawah padi. Bau tanah liat.